♥ - JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.
♥ - JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
♥ -JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna
♥ - JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
♥ - JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.
♥ - JANGAN biarkan mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
♥ - JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
♥ - JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
♥ - JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.
♥ - JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.
♥ - JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.
♥ - JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
♥ - JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.
♥ - JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
♥ - JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
♥ - JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita