Bahan-bahan (A) untuk diperap selama sejam:
1 ekor ayam di potong mengikut kesukaan anda
8 ulas bawang putih dan tumbuk
3 sudu besar serbuk cili (kalau anda mahukan extra pedas boleh tambah 2 sudu lagi)
2 sudu serbuk kari ayam
2 sudu teh garam
secubit bikarbonat of soda
secubit perasa yang dibenarkan atau ajinomoto
Sedikit air untuk tujuan bahan-bahan rempah di atas senang di perap dan digaul hingga sebati bersama ayam
Bahan-bahan (B) untuk salut tepung pada ayam:
3 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
garam secukup rasa
secubit bikarbonat of soda
1 sudu serbuk cili (mengikut citarasa anda)
1 biji telur – pukul telur secara berasingan
Cara-cara penyediaan ayam goreng KFC:
Anda perlu perap ayam yang telah dipotong selama 1 jam dengan bahan-bahan (A) di atas tadi.
Semua bahan-bahan (B) salut tepung digaul rata hingga ramuan tepung sebati
Selepas itu pukul telur dan golekkan ayam dengan telur,
Selepas itu letak ayam yang sudah di golekkan dengan telur ke dalam bahan - bahan (B) iaitu bahan salut tepung dan diletakkan ke dalam bekas yang ada penutup serta digoncangkan sehingga sebati,
Seterusnya yang terakhir sekali adalah goreng ayam yang telah disalut dengan tepung ke dalam periuk atau kuali dan biarkan ayam tenggelam dalam minyak yang panas. Masak sehingga 15 minit dan boleh dihidangkan.
Credit : http://cahayashifa.blogspot.my/2015/06/terbongkar-resepi-rangup-ayam-goreng.html?m=1