Amalan ketika haid & nifas


Terlalu banyak amal-amalan yang boleh kaum hawa lakukan ketika datang haid dan nifas atau dalam berhadas. Antara amalan tersebut adalah:-

1) Berdoa ~ berdoalah untuk apa saja tujuan

2) Memperbanyakkan beristighfar dan bertaubat

3) Memperbanyakkan zikir kepada Allah سبحانه وتعالى.

4) Berselawat ke atas Nabi, seperti Selawat Taisir, Faith dan Nariyah.

5) Qiamullai menghidupkan malam

I) Bermunajat

II) Bertafakur

III) Berzikir; bertahlil, bertahmid, bertasbih dan sebagainya.

6) Memuhasabah dan menghitung diri

7) Membaca zikir Asmaul Husna

8) Bersujud ketika mendengar ayat sejadah

9) Membaca dan menghafal kitab-kitab Hadis

10) Membaca buku, majalah dan risalah agama.

11) Mengulangi surah-surah yang biasa diamalkan

12) Mengkaji dan memahami terjemahan al-Quran

13) 'Tolabul Ilmi’ (menambahkan ilmu pengetahuan)

14) Membaca Al-Ma’thurat (niatkan untuk berzikir)

15) Mendengar ceramah melalui tv, dvd, youtube dsb.

16) Mendengar bacaan al-Quran dari qari dan qariah yang baik

17) Menghadiri/mendengar majlis-majlis ilmu yang diadakan

18) Membasuh pakaian beribadat seperti telekung dan sejadah

19) Membantu juga mencuci peralatan solat surau dan masjid

20) Bersabar dan menjaga tutur kata serta kebersihan diri

21) Berkhidmat dan membantu suami dan keluarga

22) Melaksanakan urusan rumah dan keluarga

23) Sediakan makanan untuk orang bersahur

24) Memberi makan orang yang berpuasa.

25) Melakukan kerja-kerja rumah

26) Berbakti kepada Orang Tua

27) Perbanyak infaq dan sedekah

28) Melakukan khidmat masyarakat.

29) Melakukan perbincangan ilmiah

30) Menjalankan kerja-kerja dakwah

31) Belajar dan bekerja dengan sabar dan tekun

32) Menjalin dan mempereratkan tali silaturahim

33) Melafazkan ucapan takbir ketika hari raya

34) Menghadiri Solat Hari Raya (Aidil Fitri dan Aidil Adha)

35) Mengerjakan segala ibadah haji dan umrah kecuali tawaf dan solat.


Ketika membaca dan menghafal surah-surah, berdoa, istighfar dan zikir yang diambil dari Al-Quran hendaklah dibaca dengan niat untuk berdoa, berzikir dan beristighfar, bukan dengan niat membaca al-Quran.

Menurut pandangan Jumhur ulamak termasuk Imam-Imam mazhab empat; Diharamkan ke atas orang yang berhadas besar membaca al-Quran dengan lisannya sekalipun satu ayat. Mereka berdalilkan hadis dari Ibnu Umar yang menceritakan Rasulullah ﷺ bersabda; “Janganlah wanita dalam haid dan orang yang berjunub membaca sesuatupun dari al-Quran.” (HR Imam at-Tirmizi dan Ibnu Majah).

Berdasarkan hadis ini, jumhur ulamak memutuskan; orang-orang yang berada dalam haid dan junub dilarang membaca al-Quran dengan bersuara. Adapun membaca dengan hati (tanpa menggerakkan lidah), diharuskan.

Imam Malik pula berpandangan; Diharuskan wanita dalam haid dan nifas membaca al-Quran dari ayat-ayat yang dihafalnya jika dibimbangi dan takut hilang dari ingatannya jika tidak dibaca sepanjang tempoh haid atau nifasnya. Namun, orang berjunub dilarang sama sekali membaca al-Quran.







4 Sifat org mukmin

Empat Sifat Orang Mukmin Sidiq,
Amanah ,
Tabilq,
Fatanah.

Setiap orang mukmin yang ingin menjadi para daie yang istiqamah perlulah mewarisi sifat para Nabi dan Rasul iaitu siddiq, amanah, tablig dan fatanah. Walaupun mungkin sebagai manusia biasa kita tidak mampu mewarisi sepenuhnya sifat-sifat yang mulia ini kerana para Nabi dan Rasul bersifat maksum, tetapi sebagai asas akhlak yang mulia perlulah empat sifat ini menjadi pakaian dan perhiasan untuk para daie yang mukmin, yang berhasrat menjadi pewaris para nabi untuk menegakkan risalah Allah S.W.T.

Perwatakan seorang mukmin mestilah dihiasi dengan sifat ikhlas, murah hati, merendah diri dan benar, berhemah tinggi dan sederhana juga diharumi dengan sifat mengasihi dan menyayangi serta sentiasa mengalirkan kegembiraan dalam perhubungan, menjadikan akhlaknya sentiasa menjadi ikutan masyarakat.

Dalam dirinya tercantum segala sifat-sifat mahmudah yang sejati. Pada waktu siangnya bekerja keras untuk mencari nafkah untuk keluarga dan pada masa yang sama menyampaikan mesej dakwah dan tarbiah kepada masyarakat. Di waktu malamnya solat tahajud, berdoa dan bermunajat sehingga menitiskan air mata penyesalan mengadap Tuhan Rabbul Jalil.

Sifat-sifat tersebuat adalah seperti berikut :

Pertama : Siddiq (Benar)

Seorang mukmin harus memiliki sifat benar tidak ada sepatah pun perkataannya yang mengandungi kebatilan, dalam apa sahaja keadaan dan suasana. Sifat siddiq adalah asas kemuliaan, lambang ketinggian, tanda kesempurnaan dan gambaran dari tingkah perlakuan yang bersih dan suci.

Sifat siddiq (benar) adalah inti sari daripada kebaikan. Sifat inilah yang dimiliki sahabat yang paling disayangi Rasulullah SAW iaitu Abu Bakar as -Siddiq.

Dari Abdullah bin Masud, Nabi S.A.W. bersabda bermaksud :
"Sesungguhnya siddiq (benar) itu membawa pada kebaikan, dan kebaikan akan menunjukkan pada syurga. Seseorang berperi laku siddiq, hingga ia dikatakan sebagai seorang yang siddiq. Pendustaan pula akan membawa kepada keburukan,dan keburukan akan menghantarkan pada neraka. Seseorang berperi laku dusta, hingga ia dikatakan sebagai pendusta."
(Hadis Riwayat Bukhari)

Kedua : Amanah

Amanah ialah sifat mulia yang pasti dipunyai oleh setiap orang dalam menghadapi perjuangan hidup demi untuk mencapai cita cita yang diazamkan. Suatu masyarakat itu tidak akan dapat dibina dengan harmoni melainkan hanya di atas asas yang kukuh dan tetap, antaranya asas amanah. Dengan jelas kita dapat menyaksikan perbezaan antara dua jenis manusia pertama yang amanah atau al amin dan kedua yang khianat atau al-Khain. Orang yang amanah akan menjadi tempat kepercayaan dan penghormatan orang ramai, sebaliknya orang khianat itu pula menjadi tumpuan kemarahan dan kehinaan.

Daripada Ibnu Umar r.a., katanya, saya mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya :

"Setiap orang daripada kamu adalah penggembala dan setiap seorang dari kamu akan ditanya perihal penggembalaannya. Pemimpin adalah penggembala dan akan ditanya perihal penggembalaannya. Seorang lelaki adalah penggembala dalam keluarganya dan akan ditanya perihal penggembalaannya. Seorang wanita adalah penggembala dalam rumah suaminya dan akan ditanya perihal penggembalaannya. Buruh adalah penggembala dalam harta majikannya dan akan ditanya perihal penggembalaannya. Jadi setiap seorang dari engkau semua itu adalah penggembala dan tentu akan ditanya perihal penggembalaannya. "

(Hadis Riwayat Muttafaq 'alaih)

Ketiga : Tabligh

Tabligh atau sifat menyampaikan dakwah dan Islam kepada masyarakat adalah satu sifat atau tugas yang diamanahkan oleh Allah S.W.T.

Firman Allah dalam surah Al Maidah ayat 67 yang bermaksud : ”Wahai Rasulullah, Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu dan jika engkau tidak melakukannya(dengan menyampaikan kesemuanya) maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan perutusanNya. ”

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa daripada kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka dia hendaklah mengubah dengan tangannya; jika dia tidak mampu berbuat demikian, maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya; dan sekiranya dia tidak mampu juga, maka dengan hatinya, itulah selemah-lemah iman.” (Hadis riwayat Muslim)

Berdakwah kepada Allah adalah amalan kebaikan diperintahkan supaya hamba-Nya sentiasa berdoa untuk mendapat keredaan Allah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang menyeru kepada petunjuk maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang mengerjakannya, Allah tidak mengurangkan sedikit pun pahala daripadanya. Dan barang siapa yang menyeru kepada kesesatan maka dia akan berdosa seperti mana dosa orang yang melakukannya, Allah tidak akan mengurangkan sedikit pun dosa itu daripadanya.” (Hadis riwayat Muslim)

Keempat : Fathanah (Kebijaksana dan cergas)

Sifat keempat ialah fathanah(bijaksana dan cerdas). Sifat ini adalah sifat penting yang perlu ada pada seorang mukmin yang bertugas menyampaikan dakwah kepada masyarakat, kerana sifat fatanah akan menyempurnakan sifat tabligh. Seseorang pendakwah yang terlibat secara lansung akan selalu terlibat dalam perbincanagan dengan musuh, menghadapi pertanyaan daripada ahli jemaah, serangan serta kritikan orang yang masih meragukan. Seorang yang memiliki sifat fatanah ini cukup faham keadaan mereka yang ingin didakwahkan dan mengambil pendekatan lemah lembut dan penuh hikmah. Dia juga berkemampuan untuk memahami isu-isu semasa, memahami kekuatan dan kelemahan orang yang ingin di dakwahkan dan mengambil pendekatan yang bijak supaya dapat mengelakkan fitnah dan penghinaan kepada Islam.

Abu Basyer
12.2.2019

#SuaraPrihatin

4 Jenis Kafir

🌿 Tazkirah Rabu 🌿

Apakah Semua Orang Bukan Islam Sebagai Kafir Harbi?

DALAM kehidupan masyarakat kita hari ini sering kita mendengar perkataan kafir harbi. Terutama di dalam media sosial kerap kali pihak yang tidak disukai dituduh sebagai Kafir Harbi, bersyubhat dengan Kafir Harbi atau menjadi talibarut Kafir Harbi.

Adakah benar semua orang bukan Islam di Malaysia atau parti yang di kuasai oleh bukan Islam sebagai kafir harbi? Atau sikap perkauman melampau ( extremis) ini lahir daripada dendam kesumat kerana gagal dalam memenangi pilihanraya?

Cukup mudah tuduhan- tuduhan seperti ini dilakukan keatas  sesuatu parti atau organisasi yang tidak sealiran dengan tuduhan Kafir Harbi sedangkan dalam Islam takrif Kafir Harbi cukup jelas.

Untuk menjelaskan kekeliruan masyarakat terhadap jenis- jenis kafir.

Kafir terbahagi kepada empat jenis;

1. Kafir Zimmi

2. Kafir Mu’ahad

3. Kafir Musta’man.

4.Kafir Harbi

Huraiannya.

1. Kafir Zimmi:

Iaitu orang kafir yang meminta perlindungan dari negara-negara Islam untuk melindungi mereka dengan syarat mereka perlu membayar wang perlindungan. Al-dzim bermaksud perlindungan.

Apabila dia meminta perlindungan daripada orang Islam, dia tetap kafir. Orang Islam memberi perlindungan kepadanya dengan syarat yang perlu ditunaikan seperti membayar cukai, ufti dan seumpamanya.

Seperti mana kerajaan Islam di bawah pemerintahan Khalifah Umar memberi perlindungan kepada kerajaan Spanyol dahulu. Mereka perlu membayar kepada kerajaan Islam setiap tahun sebanyak 10 ribu dinar emas. Maka dengan itu umat Islam haram menyakiti atau mengambil hak-hak orang kafir zimmi.

Sabda Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam di dalam hadis,

مَنْ قَتَلَ مُعَاهَدًا فِيْ كُنْهِهِ – أَيْ فِيْ عَهْدِهِ وَأَمَانِهِ- فَلَمْ يَرَحْ رَائِحَةَ الْجَنَّةِ

“Siapa yang membunuh orang kafir yang ada perjanjian dalam kunhi-nya (dalam penjanjian dan jaminan keamanan padanya), maka dia tidak akan mencium bau syurga.”

(Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Dawud)

2. Kafir Mu’ahad

Iaitu orang kafir yang ada perjanjian dengan orang Islam, seperti mana orang kafir yang ada di dalam negara kita.

Islam melarang membunuh, menghina, menganggu dan merampas hak- hak mereka sama seperti Kafir Zimmi

Mereka ada perjanjian dengan kita. Mereka merupakan rakyat dalam negara ini.

Selama mana mereka mematuhi perundangan dan perjanjian dalam negara ini maka mereka adalah Kafir Mu’ahad.

Jadi umat Islam dilarang menyakiti mereka, umat Islam dilarang mengambil harta dan hak mereka, hukumnya haram kerana mereka adalah orang kafir yang telah mengikat perjanjian dengan kita.

Tidak boleh kita sakiti mereka atau melanggar penjanjian yang dibuat dengan mereka.

Di Malaysia telah ada kontrak sosial dan mereka yang telah menjadi warga Malaysia telah bersetuju untuk taat setia kepada YDPA dan Majlis Raja- raja, Islam sebagai agama Persekutuan, bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan, hak keistimewaan orang melayu dan bumiputra dan hak kewarganegaraan.

Orang bukan Islam dan parti- parti politik bukan Islam mereka tidak menolak kontrak sosial , mereka membayar cukai dan bersama- sama menghorrmati perlembagaan persekutuan maka mereka bukan Kafir Harbi tetapi mereka adalah Kafir Mu'ahad.

Berdosa memfitnah dan menghina Kafir Mu'ahad kerana Islam menjaga maruah dan hak- hak mereka sama seperti Kafir Zimmi.

Jika ada individu orang bukan Islam menghina Islam maka individu tersebut didakwa dengan akta hasutan 1948 bukan borong semua parti tertentu sebagai Kafir Harbi.

3. Kafir Musta’man.

Iaitu orang kafir pelarian, contohnya yang datang dari Bosnia, Pakistan, Syria, Palestin, Rohigya dan sebagainya.

Sekiranya dia adalah pelarian, masuk ke negara kita dan meminta perlindungan dari kita dan kita pun memberikan perlindungan kepada mereka. Seperti mana disebutkan oleh Allah di dalam Al-Quran,

وَإِنْ أَحَدٌ مِنَ الْمُشْرِكِينَ اسْتَجَارَكَ فَأَجِرْهُ حَتَّى يَسْمَعَ كَلامَ اللَّهِ ثُمَّ أَبْلِغْهُ مَأْمَنَهُ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لا يَعْلَمُونَ

“Dan jika seorang di antara orang-orang musyrikin itu meminta perlindungan kepadamu, maka lindungilah dia supaya dia sempat mendengar firman Allah, kemudian hantarkanlah dia ke tempat yang aman baginya. Demikian itu disebabkan mereka kaum yang tidak mengetahui.”

(Surah At-Taubah ayat 6)

Haram bagi umat Islam menyakiti Kafir Musta’man, kita beri mereka masuk dan kita berikan perlindungan kepada mereka.

4. Kafir Harbi.

Iaitu kafir yang kita perangi mereka (dengan mengikut ketentuan Syarak). Mengapa kita memerangi mereka adalah kerana mereka melanggar perjanjian yang termeterai antara mereka dengan kaum Muslimin, seperti Yahudi di Madinah.

Contoh Kafir Harbi adalah Zionis Yahudi membunuh rakyat Palestin,  Bashar Assad membunuh umat Islam Syria, Tentera Mynmar membunuh penduduk Rohingya dan tentera  yang membunuh umat Islam Uyghur. Jika umat Islam dinegara tersebut menentang tentera Kafir Harbi maka mereka mati syahid.

Oleh itu umat Islam tidak boleh bertindak ikut imosi dan nafsu dengan membuat fitnah dan tuduhan tanpa berasaskan agama dan akhlak Islam. Islam haramkan buat fitnah bukan hanya sesama Islam sahaja tetapi diharamkan juga buat fitnah kepada bukan Islam terdiri daripada Kafir Zimmi, Mu'ahad dan Musta'man .

Islam suruh berlaku adil dalam di dalam apa saja komen dan pandangan walaupun kepada musuh kita. Jangan ada- adakan perkara yang tidak wujud semata- mata kerana kebencian kita kepada sesuatu kaum kerana adil itu lebih hampir kepada takwa. Tunjukkan akhlak Islam kepada orang bukan Islam supaya mereka suka dan minat kepada ajaran Islam bukan setiap hari menghina mereka menyebabkan mereka menjauhkan diri daripada Islam

Makmum Sundari
13.2.2019

#MS#AB
#SuaraPrihatin

Cukup sampai sini.

Kalau masalah kerja jangan bawa balik rumah. Bukan tak tau da cakap pun siang2 jumaat nak balik. Stress tempat kerja sampai aku pun kau samakan dgn org lain. Terpaksa nak telan apa mak cakap, walaupun cara gurau maksud mendalam dan tajam. Kalau aku tak prihatin tak kesah mcm2 lagi aku mintak. Kalau tak sanggup kasi balik rumah sana. Tinggal jer kat sini, senangkan. Selama ni  aku cuma mintak apa yg kau mampu jer. Sesekali mintak balik rumah sendiri kau label aku menyusahkan. Mulai skrg aku taknak mintak apa2 pun. Cukup la mengemis dari kau. Kalau aku ni memudaratkan hidup kau lepaskan aku. Aku rela.

TERIMAKASEH ATAS SEGALANYA.

Tahlil utkmu ....

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ..
YASSIN DAN TAHLIL
TUAN RUMAH: SITI NUR FARHANAH BINTI ABDUL AZIZ
HARI: KHAMIS
TARIKH: 7/2/2019
MASA: 2.30 PETANG
ALAMAT: SURAU MUHAMMADI, HANG LEKIU

Semoga kehadiran Puan2 mendapat keberkatan dari Nya.

AAMIIN YA RABB

Bek, esok genaplah 2thn kau pergi dan genap seminggu abg menyusul ...
Semoga digolongan org2 beriman yg disygiNya 😘