SURAH YASIN







SURAH YAASIIN (DARI KACAMATA DR FATMA ELZAHRAA)
UNTUK KESELAMATAN DIRI YANG SUSAH MENJADI SENANG

AYAT 1 – 9 – UNTUK KESELAMATAN DIRI
AYAT 9 – ORANG JAHAT TAK NAMPAK KITA ESPECIALLY ORANG KAFIR. DR KATA JANGANLAH DIGUNAKAN UTK ELAK KASTAM. TU DAH NIAT LAIN.
AYAT 12 – MERUPAKAN JANTUNG YAASIIN – RASULULLAH S. A. W. BERHARAP AYAT INI DI HAFAL OLEH SETIAP MUKMIN DAN MUKMINAT.
AYAT 13 – 35 – MENGISAHKAN ORANG-ORANG YANG MATI SYAHID.
AYAT 22 – 23 – UNTUK MENJAGA AQIDAH MEMBERI HIDAYAH KEPADA ANAK.
AYAT 29 – SEBAGAI AMALAN UNTUK MENGELAKKAN DIRI DARI DI FITNAH DAN KEJAHATAN MULUT.
AYAT 29 – UTK DIGUNAKAN JIKA KITA RASA ORANG NAK FITNAH OR ANIAYA KITA. LEBIH ELOK SELEPAS BACA DI SEMBURKAN KE MUKA ORANG TSBT.
AYAT 30 – UNTUK KEINSAFAN – SUPAYA DAPAT DIPERTEMUKAN DENGAN ALLAH S. W. T.
(HARUS SENTIASA BERADA DIHATI – BERAMAL DENGANNYA).
AYAT 32 – UNTUK MENGINSAFKAN ORANG LAIN SUPAYA MENJADI BAIK. CARANYA: INGAT YANG SEGALANYA DATANG DARI ALLAH S. W. T. KITA UMAT MUHAMMAD KITA ORANG ISLAM
AYAT 33 – 35 – ELOK DIJADIKAN AMALAN BAGI SESIAPA YANG SUKA BERCUCUK TANAM. TANAMAN AKAN SUBUR
AYAT 36 – MENERANGKAN YANG KEHIDUPAN ATAUPUN KEJADIAN DI DUNIA INI DIJADIKAN BERPASANG-PASANGAN. AYAT INI ELOK DIAMALKAN BAGI SESIAPA YANG BELUM BERKAHWIN SUPAYA DI PERTEMUKAN JODOH. CARANYA: BACA DAN BERDOA. HEMBUS DAN SAPU PADA MUKA SETIAP PAGI SEBELUM KELUAR RUMAH.
AYAT 37 – ADALAH UNTUK MENETAPKAN HATI – AQIDAH DIRI SENDIRI. HATI YANG KERING AKAN HIDUP SEMULA.
AYAT 38 – MENGISAHKAN YANG BULAN DAN MATAHARI PUN SUJUD PADA ALLAH S. W. T. YANG SATU.
AYAT 39 – MENGISAHKAN ILMU FALAK.
AYAT 40 – MERUPAKAN KENYATAAN ALLAH S. W. T. YANG SATU.
AYAT 41 – MENGISAHKAN NABI NOH A. S. NAIK KAPAL – ELOK DI BACA SEWAKTU MENAIKI KENDERAAN.
AYAT 44 – MENGISAHKAN KESERONOKAN HIDUP DI DUNIA – DI BACA UNTUK DIJAUHKAN FITNAH DALAM HIDUP.
AYAT 45 – 48 – MERUPAKAN KEDEGILAN ORANG KAFIR KEPADA ALLAH S. W. T.
AYAT 49 – MENCERITAKAN HARI AKHIRAT DAN KEHIDUPANNYA. TIUPAN 1 – DATANG DENGAN TIBA-TIBA TIUPAN 11 – HANCUR TIUPAN 111 – SEMUA ORANG DI HIDUPKAN SEMULA DAN HADIR DIPADANG MAHSYAR.
AYAT 50 – SETIAP ORANG AKAN DIHISAP MENGIKUT AMALANNYA.
AYAT 58 – MERUPAKAN SALAM DARIPADA ALLAH. JIKA RASA SAKIT KEPALA, BACA DAN SAPUKAN KE KEPALA. ULANG SEBANYAK 3X.
AYAT 76 – DIBACA UNTUK MENTENTERAMKAN DIRI DARI FITNAH ORANG. DIJADIKAN AMALAN.
AYAT 76 – JIKA HATI RASA SEDIH, SEBAK ATAU PUN KECEWA. SAMBIL PEGANG DAN URUT DADA, BACALAH AYAT TSBT.
AYAT 78 – 79 – DIKHASKAN UNTUK SAKIT URAT, TULANG DAN BADAN. UNTUK DOA BERMULA DARIPADA AYAT YANG BERMAKSUD: 78. “DIA BERKATA, SIAPAKAH (YANG DAPAT) MENGHIDUPKAN TULANG BELULANG PADAHAL TELAH HANCUR?
AYAT 78 DAN 79 – BACALAH JIKA SAKIT TULANG, URAT ATAU TULANG PATAH. DOKTOR DI HOSPITAL PUN TANYA DIA UTK RAWATAN KE PATIENT MRK DAN DR FATIMAH BERIKAN AYAT INI.
AYAT 79 – KATAKANLAH, YANG AKAN MENGHIDUPKANNYA IALAH YANG MENCIPTAKANNYA PERTAMA KALI. DAN DIA MAHA MENGETAHUI TENTANG SEGALA MAKHLUK.”
 AYAT 82 – UNTUK HAJAT AYAT 82 – JIKA BERHAJAT SESUATU BACALAH 100X. DIBACA PADA AIR DAN MINUM SELAMA 40 HARI BOLEH MENJADI PENAWAR. JIKA AIR HABIS ULANG BACAAN TSBT SEHINGGA 40 HARI. CARANYA: SEMBAHYANG TAHAJJUD (3X) BERTURUT-TURUT BACA PADA AIR100X) DAN BERDOA APA SAHAJA HAJAT BUAH -BUAHAN YANG DICERITAKAN DARI DALAM AL-QURAN ADALAH: BUAH ZAITON – ELOK UNTUK KULIT KURMA – BERKHASIAT (MEMBERI TENAGA) DELIMA – DALAM SEBIJI BUAH ADA SEBUTIR BIJI YANG MENJADI PENAWAR UBAT YANG MUJARAB AD TIN – MEMBERI KEKUATAN – TENAGA, FIKIRAN LEMAH, TIDAK BOLEH BERANAK.


WALLAHUALAM :)

Ayat Kursi




Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia
telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan
kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu
perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w.. dengan segera
memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali
selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar
masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya
dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan
memudaratkan dirinya b ahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga
akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kita b "Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya
setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah,
dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua
orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.
Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang mem \bacanya sebanyak 50 kali lalu
ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan
akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah
s. a. w. bersabda bermaksud:

"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah
hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

Sabda baginda lagi;

"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,
kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya
daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara
Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal
dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan
Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga,
dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat
Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki
rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan
ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang di baca dengan penuh khusyuk,
Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda
berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu
eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda
sekeluarga terhindar daripada gangguan zahir dan batin. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah
mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.


Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang
Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang
lain.. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak
menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa
membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas
rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sem bahyang Fardhu, Allah
menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang
benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa
mem b aca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan
70,000 Mala ikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
Barang siapa mem b aca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan
pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi
pertolongan kepadanya Dari Abdullah bbin ' Amr r. a... , Rasullullah s.a.w. bersabda,

" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Rasool Allah peace be upon him said, "Whoever recites Aayatul Kursi after every Fard (Fard Salat). Only death is keeping him/her from entering Jannah. (As soon as he/she dies, will enter Jannah) 
(Nisa'i, Ibne Habban, Ibnelsani A'n Abi Amatah Albahili Radiallah Anhu)

It's in another Hadis that Reciting Ayatul Kursi after one Fard (Fard Salat) will stay in Allah's protection until the next Salat.
(Tibrani Fil Kabeer, A'n Alhasan Bin Ali Radiallah Anhu)

Imam Bihaqi States that the one who recites Ayatul Kursi before falling asleep, Allah Tala gives protection to his/her home and his/her Family.
(Marqat Sharah Mishkaat, Mulla Ali Qaderi, vol. 2 pp. 583)

It's in another Hadis Jinns and Shaitans do not come close to the house in which Ayatul Kursi is recited. (Tirmizi Altargheeb Wal Tarheeb Lilmanzari vol.2 pp.631)

Hadrat A'isha Radiallah Anha states that a person arrived in the court of Nabi kareem Sallal Laaho Alaihi Wasallam and complained that there is no Barkat (Blessings) in anything in his home. Rasool Allah peace be upon him said, "You do not recite Ayatul Kursi, whichever Food and Curry you will recite Ayatul Kursi on, Allah Tala will give Blessings on that Food and Curry. (Tafseer Dar Manshoor vol. 1 pp. 323)

12 Barisan di Akhirat



Suatu ketika, Muadz b Jabal ra menghadap Rasulullah saw dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong uraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT: "Pada saat sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris." (QS An-Naba':18)"

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: "Wahai Muadz, engkau telah bertanya kepadaku, perkara yang amat besar, bahwa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris."

Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut.....


Barisan Pertama
Digiring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati tetangganya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Kedua
Digiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan sholat,maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Ketiga
Mereka berbentuk keledai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Keempat
Digiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancuran keluar dari mulut mereka. "Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jual beli, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Kelima
Digiring dari kubur dengan bau busuk dari bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. "Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan durhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula merasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Keenam
Digiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Ketujuh
Digiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Kedelapan
Digiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. "Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Kesembilan
Digiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Kesepuluh
Digiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang durhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Kesebelas
Digiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Kedua Belas
Mereka digiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka adalah orang yang beramal saleh dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan durhaka, mereka memelihara sholat lima waktu,ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat ampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..."


Semoga kita semua di saf yang Ke-12 yang mendapat rahmat dari Allah SWT. Amin...

Gambaran Kehidupan Selepas Mati


Sahabat Ma'adz bin Jabal bertanya kepada Rasulullah, "Ya Rasulullah...terangkan kepadaku tentang makna firman Allah "ketika ditiup sangkakala, lalu kamu datang berkelompok-kelompok"". Lalu menangislah Rasulullah SAW. Cucuran air matanya membasahi pakaiannya. Engkau telah menanyakan sesuatu yang dahsyat. Umatku akan dibangkitkan pada hari kiamat dalam 12 kelompok-kelompok tabiat.

* Kelompok pertama : Dibangkitkan tanpa kaki dan tangan, seraya terdengar suara dari sisiNya,
"Mereka adalah orang-orang yang mengganggu tetangganya. Maka inilah ganjarannya dan nerakalah tempatnya".

* Kelompok kedua : Dibangkitkan dalam bentuk babi, seraya terdengar suara dari sisiNya, "Inilah balasan bagi orang-orang yang bermalas-malasan melakukan sholat dan nerakalah tempatnya".

* Kelompok ketiga : Dibangkitkan dari kuburnya dalam keadaan perutnya besar menggunung yang dipenuhi ular dan kalajengking, seraya terdengar suara dari sisiNya, "Inilah ganjaran orang-orang yang menahan zakat dan nerakalah tempatnya".

* Kelompok keempat : Dibangkitkan dari kuburnya dalam keadaan darah mengalir dari mulut, seraya terdengar suara dari sisiNya, "Inilah ganjaran bagi orang-orang yang berdusta dalam perkara jual beli dan nerakalah tempatnya".

* Kelompok kelima : Dibangkitkan dari kuburnya dalam keadaan bau busuk, lebih busuk dari bau bangkai. seraya terdengar suara dari sisiNya, "inilah ganjaran bagi orang-orang yang melakukan maksiat (perbuatan yang tidak sesuai dengan syariat islam) secara sembunyi karena takut terlihat orang tapi tidak takut dari pengawasan Allah dan nerakalah tempatnya".

* Kelompok keenam : Dibangkitkan dari kuburnya dalam keadaan terputus lehernya, seraya terdengar suara dari sisiNya, "Inilah ganjaran bagi orang-orang yang memberikan kesaksian palsu dan nerakalah tempatnya".

* kelompok ketujuh : Dibangkitkan dari kuburnya tanpa memiliki lidah dan dari mulutnya keluar darah dan nanah. Seraya terdengar suara dari sisiNya, "inilah ganjaran bagi orang-orang yang tidak mau memberikan kesaksian dan nerakalah tempatnya".

* Kelompok kedelapan : Dibangkitkan dari kuburnya dalam keadaan tertunduk dan kedua kakinya berada diatas kepala, seraya terdengar suara dari sisiNya, "inilah ganjaran bagi orang-orang yang suka melakukan zina dan terlanjur mati sebelum bertobat dan nerakalah tempatnya".

* Kelompok kesembilan : Dibangkitkan dari kuburnya dalam keadaan berwajah hitam dan matanya biru serta perutnya penuh api, seraya terdengar suara dari sisiNya, "Inilah ganjaran bagi orang-orang yang memakan harta dan merampas hak anak-anak yatim secara zalim dan nerakalah tempatnya".

* Kelompok kesepuluh : Dibangkitkan dari kuburnya dalam keadaan sakit kusta dan sopak, seraya terdengar suara dari sisiNya, "Inilah ganjaran bagi orang-orang yang mendurhakai orang tuanya dfan nerakalah tempatnya".

* Kelompok kesebelas : Dibangkitkan dari kuburnya dalam keadaan buta hati, buta mata. Giginya seperti tanduk kerbau. Bibir dan lidahnya bergelantungan mencapai dada, perut dan paha. Dan dari perutnya keluar kotoran. Seraya terdengar suara dari sisiNya, "Inilah ganjaran bagi orang-orang yang meminum khamr (yang memabukan/alkohol) dan nerakalah tempatnya".

* Kelompok kedua belas : Dibangkitkan dari kuburnya dalam keadaan wajah bercahaya, seperti bulan purnama. Melewati Shirath Al-Mustaqim secepat kilat menyambar angin. Seraya terdengar suara dari sisiNya "Mereka adalah orang-orang yang melakukan amal sholeh kebajikan. Menjauhi segala kemaksiatan. Rajin memenuhi panggilan sholat dan mati setelah bertobat. Maka ganjaran mereka adalah Pengampunan, Rahmat, dan Ridho serta Surga dari ALLAH SWT".

"Ya Alllah,,, masukanlah hambaMU ini ke dalam golongan orang-orang yang selalu beriman kepadaMu ya Allah,,, jauhkan panas api neraka dari kami ya Allah....."

Kisah penggali kubur





Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah SWT. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat.

" " Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu.


" Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah
SWT menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?"

Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu."

" Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.
" Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"

Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah SWT sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

" Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu.

" Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah SAW pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,"

" Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi.

Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah SWT baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah SWT kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah.




 Wallahua'lam :)