Syukur Alhamdulillah






Genap umur ku 38 harini. Syukur ke hadrat Illahi yg masih memberi aku peluang untuk bernafas dan menikmati kehidupan. Tiada ku minta hadiah mewah dari sesiapa walaupun dari suamiku sendiri. Cukup la dengan mendoakan keselamatan aku di dunia dan juga akhirat nanti. 


Inilah doaku yg ku memohon pada Illahi pada selesai fardhu setiap hari :


Ya Allah,
Ku panjatkan doa ikhlas untuk semuanya,
Keluarga, sahabat, musuh seandainya ada,
Ampunilah kami umat yang tiada berdaya,
Lindungi kami dari azab dan juga sengsara.

Amin Ya Robbal Alamin ...


Semoga kita semua dilindungi & dalam sejahtera selalu  =D









Riba




Hindarilah riba,kerana ia bukan membawa kepada keuntungan tetapi membawa kepada kebencanaan.. 

Firman Allah S.W.T : "Hai orang-orang yang beriman,janganlah kamu memakan riba dengan berlipat ganda dan bertakwalah kepada ALLAH supaya kamu memperoleh keuntungan". [Surah Al-Imran 130] 

Firman Allah S.W.T : "Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkanlah sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman" [Surah Al-Baqarah : 278] 

Firman Allah S.W.T : "Dan sesuatu riba yang kamu lakukan agar menambah harta manusia, maka riba itu tidak menambah pada sisi Allah. Dan apa yang kamu berikan berupa zakat yang kamu maksudkan untuk mencapai keredhaan Allah, maka orang-orang ( yang berbuat demikian itulah orang-orang yang melipatgandakan pahalanya) ." [Surah Ar-Rum : 39] 

Firman Allah S.W.T : “Orang-orang yang mengambil riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan lantaran penyakit gila keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka Berkata, “Sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba,” padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti dari mengambil riba, maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu sebelum datang larangan; dan urusannya terserah kepada Allah. Orang yang kembali mengambil riba, maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka. mereka kekal di dalamnya”. [Surah Al-Baqarah 275]. 

Firman Allah S.W.T : Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba yang belum dipungut jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan meninggalkan sisa riba, maka ketahuilah, bahwa Allah dan rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat dari pengambilan riba, maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak pula dianiaya”. [Surah Al-Baqarah 279]. 

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad bahawa Rasullullah SAW bersabda: "Akan datang suatu zaman kepada manusia, mereka memakan riba." [Hadith Riwayat Muslim]

Rasulullah S.A.W bersabda : "Akan datang suatu zaman kepada manusia, mereka memakan riba." Lalu ada yang bertanya. " Apakah semua manusia wahai Rasullullah ?." Sabdanya. " Orang yang tidak memakannya namun terkena debunya."  [Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah]

Rasulullah S.A.W bersabda : Jauhilah tujuh perkara yang membinasakan..Syirik, Sihir, membunuh tanpa hak, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan peperangan kerana takut dan menuduh perempuan yang suci dengan zina tanpa saksi adil. “ [Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.] 

Rasulullah S.A.W bersabda :  "Allah melaknat pemakan riba, pembayarnya, penulisnya dan dua orang saksinya ." [Riwayat Daraqutni daripada Abdullah bin Handullah]

Rasulullah S.A.W bersabda bermaksud :  "Satu dirham riba dosanya lebih berat daripada dosa orang berzina tiga puluh enam kali ." [Hadith Riwayat Muslim] 

Dari Ubadah bin Sha’id, daripada Nabi S.A.W, sabdanya : " Emas dengan emas, perak dengan perak, beras dengan beras, gandum dengan gandum, kurma dengan kurma dan garam dengan garam, kalau sama macamnya dan sama bentuknya ( adalah ) riba. Tapi bila berlainan jenisnya maka lakukanlah jual beli jika kamu menghendakinya selama dengan tunai ."
[Hadith Riwayat Muslim]

Umar bin Al-Ahwash daripada bapanya meriwayatkan, katanya : " Saya mendengar Rasullullah SAW berpidato pada Haji Wada’ : " Wahai manusia..sesungguhnya darah kamu, harta kamu dan kehormatan kamu haram atas kamu seperti haramnya hari kamu ini di kota kamu ini. Ketahuilah bahawa setiap riba daripada riba Jahiliyah dilarang bagi kamu. Kamu hanya berhak atas modal kamu. Kamu tidak boleh menganiaya dan tidak boleh dianiaya ." [Hadith Riwayat Muslim]

Rasulullah S.A.W bersabda bermaksud “Riba mempunyai 73 pintu, Riba yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya”. [Hadith Riwayat Ibnu Majah]

Imam Malik Bin Anas rh pula berkata : “Telah ku buka lembaran-lembaran Kitab Allah SWT dan Sunnah Nabi SAW dan tidak ku dapati (dosa) yang lebih buruk dari Riba, kerana Allah SWT dalam mengistiharkan atau mengizinkan perang ke atasnya” [Al-Jami’ Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 3/364 ] 

Berkatalah Abu Hanifah rh pula : “Riba,inilah ayat didalam Al-Quran yang paling menakutkan.” [Rujuk At-Tabari, Hamisyh An-Naisaburi, 4/73]

Ibn Abbas r.a berkata : “Akan dikatakan kepada pemakan riba di hari kiamat : "ambillah senjata kamu untuk berperang dengan Allah SWT kerana Allah SWT dalam mengistiharkan atau mengizinkan perang ke atasnya"  [Jami Al-Bayan ‘An Takwil Ayyi Al-Quran, At-Tabari, 3/68 ; Ad-Durru Al-Manthur, As-Suyuti, 3/366]

Berkata Imam Qatadah rh : “ Allah menjanjikan ahli Riba dengan hukuman bunuh, dan akan mendapatkannya dimana sahaja mereka berada” [At-Tabari, 3/72]

Berkata Ibnu Abbas r.a : “ Tidak diterima dari pemakan riba ( yang menggunakan harta riba tadi) sedeqahnya, hajinya, jihadnya dan persaudaraannya.” [Al-Jami’ li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 3/362 ; Az-Zawajir ‘An ‘Iqtiraf al-Kabair , ibid, 1/224] 

Imam An-Nawawi rh berkata : “Telah Ijma’ seluruh ulama Islam tentang pengharaman Riba dan ianya termasuk dalam kategori dosa besar." [Rujuk Al-Majmu’, 9/391]

Bunuh Diri







Kesalahan membunuh diri merupakah satu kesalahan yang terlalu besar. Orang yang membunuh dirinya akan diazab di akhirat kelak sebagaimana dia membunuh dirinya di dunia sepertimana dijelaskan oleh Nabi S.A.W.

Abu Hurairah R.A. meriwayakan dari Nabi S.A.W :

 “ Sesiapa yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam neraka jahannam kakal di dalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun membunuh diiri, racun itu akan berada di dalam gengamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada dalam gengamannya, dia akan menikamkannya di perutnya di dalam neraka jahannam, kekal di dalamnya selama-lamanya.”  [Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim]

Daripada Thabit bin Dhohak R.A. , Sabda Nabi S.A.W :

Maksudnya: “Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sesuatu benda didunia, dia akan diazabkan dengan benda tersebut di hari kiamat.”  [Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim]

Daripada Jundub bin Abdillah R.A katanya Nabi S.A.W. bersabda: “Dahulu dikalangan umat sebelum kamu ada seorang lelaki yang ada kecederaan (kemudian menjadi ulser), lalu dia tidak bersabar menanggung kesakitannya, lalu dia mengambil pisau dan memotong tangannya sehingga darah tidak berhenti sehinggalah dia mati.

Firman Allah S.W.T.: “Tergesa-gesa hambaku kepadaKu (dengan membunuh diri), aku haramkan untuknya syurga.”  [Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim]

Hukum Orang Bunuh Diri

Perbuatan membunuh diri adalah termasuk di dalam kesalahan dosa-dosa besar, perbuatan membunuh diri ini TIDAK termasuk di dalam perkara yang menyebabkan seseorang terkeluar daripada Islam (Murtad) sebagaimana yang difahami oleh sebagai daripada kita, melainkan bagi orang yang menghalalkan perbuatan tersebut, jika dia menghalalkannya maka ketika itu dia dihukumkan sebagai kafir/murtad.

Kita tidak menghukumkan orang yang bunuh diri sebagai murtad, kerana Nabi S.A.W. tidak melarang para sahabat dari menyembahyangkan jenazah orang yang membunuh diri. Namun baginda sendiri tidak menyembahyangkan jenazah orang tersebut sebagai pengajaran bagi orang lain. Maka menjadi sunnah kepada para ulama dan orang yang dipandang mulia, tidak menyembahyangkan jenazah orang yang mati membunuh diri sebagai mengikut perbuatan Nabi S.A.W. dan sebagai pengajaran kepada orang lain.

Daripada Jabir bin Samurah R.A katanya: “ Didatangkan kepada Nabi S.A.W jenazah seorang lelaki yang membunuh diri dengan anak panah, lalu baginda tidak menyembahyangkan untuknya.” [Hadith Riwayat Muslim]

Al-Imam Al-Nawawi didalam Syarah Sahih Muslim ketika mensyarahkan hadith ini menyebut:

“Hadith ini menjadi dalil bagi ulama yang berpendapat tidak disembahyangkan jenazah orang yang membunuh diri disebabkan maksiat yang dia lakukan, inilah mazhab ‘Umar ibn ‘Abdul ‘Aziz dan al-Auza’ie. Manakal al-Hasan, al-Nakha’ie, Qatadah, Malik, Abu Hanifah, al-Syafi’ie dan kebanyakan ulama berpendapat: Disembahyangkan ke atas jenazah orang yang membunuh diri.

(Jumhur) kebanyakan ulama ini menjawab tentang hadith ini yang baginda tidak menyembahyangkannya sebagai melarang manusia dari melakukan perbuatan yang sama (membunuh diri), namun jenazah itu disembahyangkan oleh para sahabat…”

Adapun mengenai teks hadith yang menyatakan orang yang membunuh diri itu kekal selama-lamanya di dalam neraka, para ulama menyatakan, ia ditujukan kepada orang yang menghalalkan perbuatan membunuh diri tersebut, atau maksudnya boleh difahami dengan memanjangkan tempoh azab ke atasnya di dalam neraka.


Wallahu a’lam.

99 Nama Allah Swt



01 Ar-Rahman -Yang Maha Pemurah 
02 Ar-Rahim -Yang Maha Mengasihi 
03 Al-Malik -Yang Maha Menguasai 
04 Al-Quddus -Yang Maha Suci 
05 Al- Sallam -Yang Maha Selamat Sejahtera 
06 Al-Mu'min -Yang Maha Melimpahkan Keamanan 
07 Al-Muhaimin -Yang Maha Pengawal serta Pengawas 
08 Al-Aziz -Yang Maha Berkuasa 
09 Al-Jabbar -Yang Maha Kuat 
10 Al-Mutakabir -Yang Melengkapi Segala Ke Besarannya 
11 Al-Khaliq -Yang Maha Pencipta 
12 Al-Bari -Yang Maha Menjadikan 
13 Al-Musawwir -Yang Maha Pembentuk 
14 Al-Ghaffar -Yang Maha Pengampun 
15 Al-Qahhar -Yang Maha Perkasa 
16 Al-Wahhab -Yang Maha Penganugerah 
17 Al-Razzaq -Yang Maha Pemberi Rezeki 
18 Al-Fattah -Yang Maha Pembuka 
19 Al-'Alim -Yang Maha Mengetahui 
20 Al-Qabidh -Yang Maha Pengekang 
21 Al-Basit -Yang Maha Melimpah Nikmat 
22 Al-Khafidh -Yang Maha Perendah (Pengurang) 
23 Ar-Rafi' -Yang Maha Peninggi 
24 Al-Mu'izz -Yang Maha Mengasihi dan menghormati (Memuliakan) 
25 Al-Muzill -Yang Maha Menghina 
26 As-Sami' -Yang Maha Mendengar 
27 Al-Basir -Yang Maha Melihat 
28 Al-Hakam -Yang Maha Mengadili 
29 Al-'Adl -Yang Maha 'Adil 
30 Al-Latif -Yang Maha Lembut serta Halus 
31 Al-Khabir -Yang Maha Mengetahui 
32 Al-Halim -Yang Maha Penyabar 
33 Al-'Azim -Yang Maha Agung 
34 Al-Ghafur -Yang Maha Pengampun 
35 Asy-Syakur -Yang Maha Bersyukur 
36 Al-'Aliy -Yang Maha Tinggi serta Mulia 
37 Al-Kabir -Yang Maha Besar 
38 Al-Hafiz -Yang Maha Memelihara 
39 Al-Muqit -Yang Maha Menjaga 
40 Al-Hasib -Yang Maha Penghitung 
41 Al-Jalil -Yang Maha Besar serta Mulia 
42 Al-Karim -Yang Maha Pemurah 
43 Ar-Raqib -Yang Maha Waspada 
44 Al-Mujib -Yang Maha Pengkabul 
45 Al-Wasi' -Yang Maha Luas 
46 Al-Hakim -Yang Maha Bijaksana 
47 Al-Wadud -Yang Maha Penyayang 
48 Al-Majid -Yang Maha Mulia 
49 Al-Ba'ith -Yang Maha Membangkitkan Semula 
50 Asy-Syahid -Yang Maha Menyaksi 
51 Al-Haqq -Yang Maha Benar 
52 Al-Wakil -Yang Maha Pentadbir 
53 Al-Qawiy -Yang Maha Kuat 
54 Al-Matin -Yang Maha Teguh 
55 Al-Waliy -Yang Maha Melindungi 
56 Al-Hamid -Yang Maha Terpuji 
57 Al-Muhsi -Yang Maha Penghitung 
58 Al-Mubdi -Yang Maha Pencipta dari Asal 
59 Al-Mu'id -Yang Maha Mengembali serta Memulihkan
60 Al-Muhyi -Yang Maha Menghidupkan 
61 Al-Mumit -Yang Mematikan 
62 Al-Hayy -Yang Senantiasa Hidup
63 Al-Qayyum -Yang Hidup serta Berdiri Sendiri 
64 Al-Wajid -Yang Maha Penemu 
65 Al-Majid -Yang Maha Mulia 
66 Al-Wahid -Yang Maha Esa
67 Al-Ahad -Yang Tunggal 
68 As-Samad -Yang Menjadi Tumpuan 
69 Al-Qadir -Yang Maha Berupaya 
70 Al-Muqtadir -Yang Maha Berkuasa 
71 Al-Muqaddim -Yang Maha Menyegera 
72 Al-Mu'akhkhir -Yang Maha Penangguh 
73 Al-Awwal -Yang Pertama 
74 Al-Akhir -Yang Akhir 
75 Az-Zahir -Yang Zahir 
76 Al-Batin -Yang Batin 
77 Al-Wali -Yang Wali / Yang Memerintah 
78 Al-Muta'ali -Yang Maha Tinggi serta Mulia 
79 Al-Barr -Yang banyak membuat kebajikan
80 At-Tawwab -Yang Menerima Taubat 
81 Al-Muntaqim -Yang Menghukum (mereka yang bersalah)
82 Al-'Afuw -Yang Maha Pengampun 
83 Ar-Ra'uf -Yang Maha Pengasih serta Penyayang 
84 Malik-ul-Mulk -Pemilik Kedaulatan Yang Kekal
85 Dzul-Jalal-Wal-Ikram -Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan 
86 Al-Muqsit -Yang Maha Saksama 
87- Al-Jami' -Yang Maha Pengumpul 
88- Al-Ghaniy -Yang Maha Kaya serta Serba Lengkap 
89- Al-Mughni -Yang Maha Mengkayakan dan Memakmurkan
90 Al-Mani' -Yang Maha Pencegah 
91 Al-Darr -Yang Mendatangkan Mudharat 
92 Al-Nafi' -Yang Memberi Manfaat 
93 Al-Nur -Yang bercahaya 
94 Al-Hadi -Yang Memimpin dan Memberi Pertunjuk 
95 Al-Badi' -Yang Maha Pencipta Yang Tiada BandinganNya 
96 Al-Baqi -Yang Maha Kekal 
97 Al-Warith -Yang Maha Mewarisi 
98 Ar-Rasyid -Yang Memimpin (Ke arah Kebenaran) 
99 As-Sabur -Yang Maha Penyabar

Sifat 20 Allah Swt



SIFAT WAJIB : WUJUD
MAKNA : Ada
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu ada. Mustahil Allah itu tiada.

SIFAT WAJIB :QIDAM
MAKNA : Sedia
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu sedia ada. Mustahil didahului oleh Adam (tiada)

SIFAT WAJIB : BAQA
MAKNA : Kekal
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu bersifat kekal. Mustahil ia dikatakan fana (binasa)

SIFAT WAJIB : MUKHALAFATUHU LILHAWADIS
MAKNA : Tidak sama dengan yang baharu
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu tidak mempunyai sifat-sifat yang baharu yakni dijadikan dan dihancurkan. Mustahil bersamaan dengan yang baharu.

SIFAT WAJIB : QIYAMUHUU BINAFSIH
MAKNA : Berdiri dengan dirinya sendiri
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu bersendiri. Mustahil tidak berdiri dengan dirinya sendiri atau berdiri pada lainnya.

SIFAT WAJIB : WAHADAANIYAT
MAKNA : Esa
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu Maha Esa Dzat-Nya, Esa sifat-Nya dan esa juga perangai-Nya. Mustahil ia mempunyai Dzat, sifat dan perangai yang berbilang-bilang.

SIFAT WAJIB : QUDRAT
MAKNA : Kuasa
SIFAT MUSTAHIL : Alah Taala itu Maha Berkuasa. Mustahil Allah itu lemah atau tidak berkuasa.

SIFAT WAJIB : IRADAT
MAKNA : Menentukan
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu Menentukan segala-galanya. Mustahil Allah Taala itu terpaksa dan dipaksa.

SIFAT WAJIB : ILMU
MAKNA : Mengetahui
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu amat mengetahui segala-galanya. Mustahil Allah tidak mengetahui.

SIFAT WAJIB : HAYAT
MAKNA : Hidup
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu sentiasa hidup yakni sentiasa ada. Mustahil Allah Taala itu tiada atau mati.

SIFAT WAJIB : SAMA
MAKNA : Mendengar
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu tidak tuli (pekak). Mustahil Allah tuli atau tidak mendengar.

SIFAT WAJIB : BASAR
MAKNA : Melihat
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu sentiasa melihat. Mustahil Allah Taala itu buta.

SIFAT WAJIB : KALAM
MAKNA : Berkata-kata
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkata-kata. Mustahil Allah Taala itu tidak bercakap atau bisu.

SIFAT WAJIB : QOODIRUN
MAKNA : Maha Kuasa
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu amat berkuasa sifatnya. Mustahil bagi Allah memiliki sifat lemah atau tidak berkuasa.

SIFAT WAJIB : MURIIDUN
MAKNA : Menentukan
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkuasa menentukan apa yang dikehendakinya. Mustahil sifatnya terpaksa atau dipaksa.

SIFAT WAJIB : AALIMUN
MAKNA : Maha Mengetahui
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu maha mengetahui. Mustahil Allah Taala itu jahil atau tidak mengetahui.

SIFAT WAJIB : HAYUUN
MAKNA : Hidup
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu Maha Hidup dan menghidupkan alam ini. Mustahil pula Allah itu mati.

SIFAT WAJIB : SAMI'UN
MAKNA : Mendengar
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu maha mendengar. Mustahil jika Allah Taala tidak mendengar atau tuli.

SIFAT WAJIB : BASIIRUN
MAKNA : Melihat
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu melihat semua kejadian di muka bumi. Mustahil jika sifat Allah itu tidak melihat atau buta.

SIFAT WAJIB : MUTAKALLIMUN
MAKNA : Maha Berkata-kata
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkata-kata. Mustahil jika Allah Taala bisu atau tidak boleh berkata-kata.