Ayam goreng tepong ala KFC


Bahan-bahan (A) untuk diperap selama sejam:

1 ekor ayam di potong mengikut kesukaan anda
8 ulas bawang putih dan  tumbuk
3 sudu besar serbuk cili (kalau anda mahukan extra pedas boleh tambah 2 sudu lagi)
2 sudu serbuk kari ayam
2 sudu teh garam
secubit bikarbonat of soda
secubit perasa yang dibenarkan atau ajinomoto
Sedikit air untuk tujuan bahan-bahan rempah di atas senang di perap dan digaul hingga sebati bersama ayam

Bahan-bahan (B) untuk salut tepung pada ayam:

3 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
garam secukup rasa
secubit bikarbonat of soda
1 sudu serbuk cili (mengikut citarasa anda)
1 biji telur – pukul telur secara berasingan

Cara-cara penyediaan ayam goreng KFC:

Anda perlu perap ayam yang telah dipotong  selama 1 jam dengan bahan-bahan (A) di atas tadi.

Semua bahan-bahan (B) salut tepung digaul rata hingga ramuan tepung sebati

Selepas itu pukul telur dan golekkan ayam dengan telur,

Selepas itu letak ayam yang sudah di golekkan dengan telur ke dalam bahan - bahan (B) iaitu bahan salut tepung dan diletakkan ke dalam bekas yang ada penutup serta digoncangkan sehingga sebati,

Seterusnya yang  terakhir sekali adalah goreng ayam yang telah disalut dengan tepung ke dalam periuk atau kuali dan biarkan ayam tenggelam dalam minyak yang panas. Masak sehingga  15 minit dan boleh dihidangkan.

Credit : http://cahayashifa.blogspot.my/2015/06/terbongkar-resepi-rangup-ayam-goreng.html?m=1

Sujud Sahwi

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh…..

“ Sujud Sahwi = Sujud dikarenakan LUPA Jumlah Rakaat Shalat “

Bismillahirrahmanirrahim… dari Zaid bin Aslam, dari 'Atha` bin Yasar, dari Abu Sa'id Al-Khudri. Beliau berkata: Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, “Jika salah seorang kalian ragu-ragu di dalam shalatnya, dia tidak tahu sudah berapa raka’at, tiga atau empat, maka hendaknya dia campakkan keragu-raguannya dan hendaknya dia berpatokan pada apa yang dia yakini, kemudian sujud 2 kali sebelum salam. Jika ternyata dia shalat 5 raka’at, maka sujudnya menggenapkan shalatnya. Jika ternyata dia shalat sempurna 4 raka’at, maka sujudnya sebagai penghinaan untuk setan.” (HR. Muslim no. 571)

Dari ‘Abdurahman bin ‘Auf, ia mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Jika salah seorang dari kalian merasa ragu dalam shalatnya hingga tidak tahu satu rakaat atau dua rakaat yang telah ia kerjakan, maka hendaknya ia hitung satu rakaat. Jika tidak tahu dua atau tiga rakaat yang telah ia kerjakan, maka hendaklah ia hitung dua rakaat. Dan jika tidak tahu tiga atau empat rakaat yang telah ia kerjakan, maka hendaklah ia hitung tiga rakaat. Setelah itu sujud dua kali sebelum salam.” (HR. Tirmidzi no. 398 dan Ibnu Majah no. 1209. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih sebagaimana dalam As Silsilah Ash Shahihah no. 1356)

Abu Hurairah, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Apabila adzan dikumandangkan, maka setan berpaling sambil kentut hingga dia tidak mendengar adzan tersebut. Apabila adzan selesai dikumandangkan, maka ia pun kembali. Apabila dikumandangkan iqomah, setan pun berpaling lagi. Apabila iqamah selesai dikumandangkan, setan pun kembali, ia akan melintas di antara seseorang dan nafsunya. Dia berkata, “Ingatlah demikian, ingatlah demikian untuk sesuatu yang sebelumnya dia tidak mengingatnya, hingga laki-laki tersebut senantiasa tidak mengetahui berapa rakaat dia shalat. Apabila salah seorang dari kalian tidak mengetahui berapa rakaat dia shalat, hendaklah dia bersujud dua kali dalam keadaan duduk.” (HR. Bukhari no. 1231 dan Muslim no. 389)

-Sujud Sahwi karena KURANG jumlah rakaatnya:
Dari Abu Hurairah, ia berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengimami kami shalat pada salah satu dari dua shalat petang, mungkin shalat Zhuhur atau Ashar. Namun pada raka’at kedua, beliau sudah mengucapkan salam. Kemudian beliau pergi ke sebatang pohon kurma di arah kiblat masjid, lalu beliau bersandar ke pohon tersebut dalam keadaan marah. Di antara jamaah terdapat Abu Bakar dan Umar, namun keduanya takut berbicara. Orang-orang yang suka cepat-cepat telah keluar sambil berujar, “Shalat telah diqoshor (dipendekkan).” Sekonyong-konyong Dzul Yadain berdiri seraya berkata, “Wahai Rasulullah, apakah shalat dipendekkan ataukah anda lupa?” Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menengok ke kanan dan ke kiri, lalu bersabda, “Betulkan apa yang dikatakan oleh Dzul Yadain tadi?” Jawab mereka, “Betul, wahai Rasulullah. Engkau shalat hanya dua rakaat.” Lalu beliau shalat dua rakaat lagi, lalu memberi salam. Sesudah itu beliau bertakbir, lalu bersujud. Kemudian bertakbir lagi, lalu beliau bangkit. Kemudian bertakbir kembali, lalu beliau sujud kedua kalinya. Sesudah itu bertakbir, lalu beliau bangkit.” (HR. Bukhari no. 1229 dan Muslim no. 573)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah shalat ‘Ashar lalu beliau salam pada raka’at ketiga. Setelah itu beliau memasuki rumahnya. Lalu seorang laki-laki yang bernama al-Khirbaq menghadap Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam seraya, “Wahai Rasulullah!” Lalu ia menyebutkan sesuatu yang dikerjakan oleh beliau tadi. Akhirnya, beliau keluar dalam keadaan marah sambil menyeret rida’nya (pakaian bagian atas) hingga berhenti pada orang-orang seraya bertanya, “Apakah benar yang dikatakan orang ini?“ Mereka menjawab, “Ya benar”. Kemudian beliau pun shalat satu rakaat (menambah raka’at yang kurang tadi). Lalu beliau salam. Setelah itu beliau melakukan sujud sahwi dengan dua kali sujud. Kemudian beliau salam lagi.” (HR. Muslim no. 574)

-Sujud Sahwi karena KELEBIHAN jumlah rakaatnya:
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah shalat bersama kami lima raka’at. Kami pun mengatakan, “Wahai Rasulullah, apakah engkau menambah dalam shalat?” Lalu beliau pun mengatakan, “Memang ada apa tadi?” Para sahabat pun menjawab, “Engkau telah mengerjakan shalat lima raka’at.” Lantas beliau bersabda, “Sesungguhnya aku hanyalah manusia semisal kalian. Aku bisa memiliki ingatan yang baik sebagaimana kalian. Begitu pula aku bisa lupa sebagaimana kalian pun demikian.” Setelah itu beliau melakukan dua kali sujud sahwi.” (HR. Muslim no. 572)

- Sujud Sahwi karena LUPA Tasyahud awal:
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah melaksanakan shalat Zhuhur namun tidak melakukan duduk (tasyahud awal). Setelah beliau menyempurnakan shalatnya, beliau sujud dua kali, dan beliau bertakbir pada setiap akan sujud dalam posisi duduk sebelum. Beliau lakukan seperti ini sebelum salam. Maka orang-orang mengikuti sujud bersama beliau sebagai ganti yang terlupa dari duduk (tasyahud awal).” (HR. Bukhari no. 1224 dan Muslim no. 570)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Jika salah seorang dari kalian berdiri dari raka’at kedua (lupa tasyahud awwal) dan belum tegak berdirinya, maka hendaknya ia duduk. Tetapi jika telah tegak, maka janganlah ia duduk (kembali). Namun hendaklah ia sujud sahwi dengan dua kali sujud.” (HR. Ibnu Majah no. 1208 dan Ahmad 4/253)

-CARAnya:
1. Jika ke LEBIHAN Rakaat Shalat (dan diketahui ketika masih dalam keadaan Shalat SEBELUM Salam), maka Sujud Sahwi dilakukan SEBELUM Salam, bertakbir lalu sujud ke-1, bertakbir bangkit dari sujud lalu duduk sebentar, lalu bertakbir untuk sujud ke-2, dan bertakbir bangkit dari sujud lalu Salam.  JIKA diketahui SETELAH Salam, maka bertakbir lalu sujud ke-1, bertakbir bangkit dari sujud lalu duduk sebentar, lalu bertakbir untuk sujud ke-2, dan bertakbir bangkit dari sujud lalu Salam. 

2. Jika ke KURANGAN Rakaat Shalat (dan diketahui ketika Shalat SUDAH Selesai atau sudah Salam),  maka SEMPURNAKAN Rakaat Shalatnya terlebih dahulu, jika kurang satu rakaat, maka shalat lagi satu rakaat lalu SALAM,  setelah sempurna Rakaatnya, maka Sujud Sahwi dilakukan, bertakbir lalu sujud ke-1, bertakbir bangkit dari sujud lalu duduk sebentar, lalu bertakbir untuk sujud ke-2, dan bertakbir bangkit dari sujud lalu Salam. 

-DOA Ketika Sujud Sahwi:
Sebagian ulama menganjurkan do’a ini ketika sujud sahwi,
سُبْحَانَ مَنْ لَا يَنَامُ وَلَا يَسْهُو
“Subhana man laa yanaamu wa laa yas-huw” (Maha Suci Dzat yang tidak mungkin tidur dan lupa).

NAMUN dzikir sujud sahwi di atas cuma anjuran saja dari sebagian ulama dan tanpa didukung oleh dalil. Ibnu Hajar rahimahullah mengatakan, “Perkataan beliau, “Aku telah mendengar sebagian ulama yang menceritakan tentang dianjurkannya bacaan: “Subhaana man laa yanaamu wa laa yas-huw” ketika sujud sahwi (pada kedua sujudnya), maka aku katakan, “Aku tidak mendapatkan asalnya sama sekali.” (At Talkhis Al Habiir, 2/6)
Al-Hafidz Ibnu Hajar mengatakan, “Doa ini tidak ditemukan di kitab hadis mana pun.” (Lihat Talkhis Al-Khabir, 2:88)

-Sehingga yang TEPAT mengenai bacaan ketika sujud sahwi adalah seperti bacaan sujud biasa ketika shalat. Bacaannya yang bisa dipraktekkan seperti,
سُبْحَانَ رَبِّىَ الأَعْلَى
“Subhaana robbiyal a’laa” [Maha Suci Allah Yang Maha Tinggi] (HR. Muslim no. 772)

COPAS atau Share, dengan Senang Hati, selalu diijinkan.... :)

Credit : JoKo Thoyib Abdullah Fb

Rukun Dalam Solat Yang Wajib Di Ketahui

Rukun Solat Terbahagi Kepada Tiga Kategori :

1. Qalbi – di ingat dalam hati

2. Qauli – di ucap dengan lidah

3. Fi’li – perbuatan

Rukun Solat Ada 13 Perkara Iaitu :

1. Berdiri bagi yang mampu ( Fi’li )

2. Niat ( Qalbi )

3. Takbiratul Ihram – Allahu Akhbar yang pertama ( Qauli )

Takbiratul Ihram dilafazkan dengan salah . Contohnya, bertakbir dengan lafaz ﭐﷲ di mulut , dan ﺃﻛﺒﺮ di dalam hati . Walhal , lafaz takbiratul ihram adalah RUKUN QAULI , maka ia WAJIB dilafazkan 100% di mulut tanpa meninggalkan satu huruf pun dalam kalimah ﭐﷲ ﺃﻛﺒﺮ .

Selain itu, sekiranya makhraj lafaz takbiratul ihram ini salah, maka ia boleh juga membatalkan solat . Contohnya, melafazkan takbiratul ihram dengan suara angin ( seperti suara orang berbisik )

4. Membaca surah Al-Fatihah (Qauli )

Al-Fatihah merupakan RUKUN QAULI yang wajib dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul.
Sekiranya membaca al-Fatihah dalam hati atau menggunakan suara angin, maka, ia boleh membatalkan solat.

5. Rukuk dengan tama’ninah ( Fi’li )

6. Iktidal dengan tama’ninah ( Fi’li )

7. Sujud dengan tama’ninah ( Fi’li )

8. Duduk di antara dua sujud, dengan tama’ninah ( Fi’li )

9. Duduk Tasyahhud akhir ( Fi’li )

10. Membaca bacaan Tasyahhud / Tahiyat Akhir ( Qauli )

Lafaz tahiyyaat akhir yang salah. Perkara ini merupakan antara kesalahan yang amat biasa dilakukan tetapi ramai yang tidak menyedarinya.

Lafaz tahiyyaat wajib disebut dengan makhraj yang betul kerana ia adalah rukun qauli . Sekiranya lafaz tahiyyat itu dilafazkan dengan suara angin juga, ia akan membatalkan solat.

11. Selawat kepada Nabi Muhammad SAW. dalam Tasyahhud Akhir. ( Qauli )
اللهم صَلِّ على  مُحمـّد

12. Mengucapkan salam yang pertama ( Qauli )

Lafaz salam dibaca dalam hati, dilafaz dengan suara angin, atau melafazkan salam dengan makhraj dan huruf yang salah juga boleh membatalkan solat.

Lafaz yang tepat adalah ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ ( assalaamu’alaikum warahmatullaah )

Sekiranya menyebut “asalaamu’alaikum”, “salaamu’alaikum” atau apa sahaja sebutan yang selain daripada ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ , ia akan membatalkan solat .

Menyebut salam dalam hati juga boleh membatalkan solat, kerana lafaz salam pertama adalah rukun qauli, ia WAJIB dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul .

13. Tertib  ( Qalbi )

Credit : Ustaz Abu Basyer Fb

Sifat Riyak, Sum'ah, Sombong, Takbur, Hasad Dengki, Iri Hati, Ujub dan Bakhil


Soalan Pertama : Saya kurang faham hendak bezakan di antara sifat riyak dan sum'ah . Bolehkan ustaz huraikan kedua-dua sifat ini dan bagaimana sifat ini boleh merosakkan amal seseorang?

Jawapan :

Riyak ialah penyakit hati yang paling ditakuti Rasulullah SAW menimpa umatnya kerana ia boleh berlaku dalam pelbagai keadaan, hatta ketika menunaikan solat yang sepatutnya dilakukan dengan ikhlas.

Kerisauan itu dinyatakan Rasulullah SAW dalam sabda bermaksud: "Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riyak." (Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Riyak ialah memperlihat atau menyempurnakan ibadat dengan tujuan mendapat pujian serta perhatian orang lain seperti solat dan puasa.

Baginda SAW bersabda yang bermaksud: "Mahukah kalian aku beritahu sesuatu yang lebih aku takutkan daripada Dajal?" Kami katakan: "Tentu". Baginda bersabda: "Syirik yang tersembunyi iaitu apabila seseorang mengerjakan solat lalu dia menyempurnakan solatnya kerana melihat seseorang memandangnya." (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Sum’ah merupakan amalan yang diperdengarkan kemudian menceritakan perbuatannya (sudah dikerjakan dengan penuh keikhlasan, namun pada akhirnya mengharapkan pujian yang sifatnya duniawi).

Kata sum’ah berasal dari kata samma’a (memperdengarkan).Contoh : Malam solat tahajud pada siang harinya menceritakan kepada rakannya bahawa malam tadi dia telah melaksanakan solat tahajud supaya rakannya tahu bahawa dia seorang yang alim.

Perbedaan riyak dan sum’ah ialah: Riyak adalah amalan yang dilakukan untuk diperlihatkan kepada orang lain, sedangkan sum’ah beramal supaya diperdengarkan kepada orang lain.

Riyak berkaitan dengan indra mata, sedangkan sum’ah berkaitan dengan indra telinga.

Dalam al-Quran Allah SWT telah mengingatkan kepada kita mengenai sifat  riyak dan sum'ah ini:

يَاأَيُّهَا الَّذِيْنَ  آمَنُواْ لاَ تُبْطِلُوْا صَدَقَاتِكُمْ بِالْمَنِّ وَالْاَذَى كَالَّذِىْ يُنْفِقُ مَالَهُ رِئَاءَ النَّاسِ …

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riyak kepada manusia…” (Surah al-Baqarah ayat 264).

Soalan Kedua : Bolehkan ustaz jelaskan ciri-ciri seseorang yang mempunyai sifat sombong dan takbur . Adakah sifat ini menyebabkan seseorang terhalang untuk memasuki syurga?

Jawapan :

Dari Abdullah bin Mas'ud dari Nabi SAW., bahawasanya baginda bersabda yang bermaksud, "Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi dari kesombongan."

Salah seorang berkata, "Sesungguhnya ada orang yang menyukai baju dan sandal yang bagus."

Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan mencintai keindahan. Sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan manusia."
(Hadis Riwayat Muslim)

Sombong adalah penyakit berbahaya, dimana jika penyakit ini bersarang di hati, nescaya akan mendorong pelakunya untuk berbuat dosa yang akan menjauhkannya dari Syurga dan mendekatkan ke Neraka.

Sombong adalah sebuah penyakit yang akan menjadi penghalang bagi pelakunya dari syurga dan keselamatan. Sombong ibarat racun yang berada di dalam hati, jiwa dan perasaan. Di mana racun itu akan menyerap dalam jiwa, harta, kedudukan, kekuatan, kemampuan dan ilmu seseorang. Racun dalam jiwa manusia yang tidak akan boleh lepas dari was-was syaitan dan beranggapan bahawa ia adalah orang yang paling penting atau mempunyai kedudukan tinggi.

Sombong adalah sifat mazmumah (buruk), manusia yang sombong adalah mereka yang menolak kebenaran dan tidak menghargai kebolehan atau kelebihan orang lain. Lazimnya orang yang sombong suka berdusta dan bercakap bohong.

Soalan Ketiga : Sifat hasad dengki dan iri hati umpama api dalam sekam, bila-bila masa akan membakar amal soleh kita. Bagaimana sifat ini boleh menghapuskan amala-amal kebaikan yang kita lakukan boleh ustaz memberikan pandangan dan pencerahan?

Jawapan :

Orang yang mempunyai perasaan hasad dengki sentiasa berada dalam keadaan resah serta gelisah. Antaranya disebabkan tidak senang dengan kejayaan orang lain yang maju terus kehadapan. Penyakit ini umpama satu virus bahaya yang telah merebak ke seluruh hati-hati sehingga sukar diubati.

Benarlah apa yang dinyatakan oleh Nabi SAW: "“Akan menjalar kepada kamu penyakit umat-umat yang terdahulu; hasad dan benci-membenci. Itu sebenarnya pencukur. Aku tidak menyatakan pencukur rambut, tetapi ia mencukur agama”. (Hadis Riwayat At-Tirmidzi).

Hasad dengki hukumnya haram dan termasuk dalam kategori dosa-dosa besar. Orang yang memiliki sifat ini dikira memiliki akhlak yang tercela. Malah sifat hasad dengki ini merupakan salah satu sifat iblis.

Sifat hasad dengki bukan sahaja boleh membahayakan fizikal malah lebih bahaya daripada itu ia boleh merosakkan agama.

Allah SWT berfirman maksudnya : "Jika kamu memperoleh kebaikan, nescaya mereka bersedih hati, tetapi jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira kerananya. (Surah Ali-‘Imran ayat 120).

Lantaran sifat hasad dengki ini kesannya sangat buruk maka Allah memerintahkan kita berlindung daripada keburukannya sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: "Dan dari kejahatan pendengki apabila ia dengki. (Surah al-Falaq ayat 5).

Rasulullah SAW  memperingatkan dalam hadisnya yang bermaksud: “"Hati-hatilah kamu daripada hasad dengki kerana hasad dengki itu akan memakan semua amal kebaikan sebagaimana api memakan kayu kering atau rumput kering”. (Hadis Riwayat Imam Abu Daud).

Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW juga melarang sebagaimana sabdanya yang bermaksud: "Janganlah kalian saling dengki" (Hadis Riwayat Muslim)

Soalan Keempat : Sifat ujub adalah sifat mazmumah, bolehkan ustaz huraikan hadis yang menjelaskan sifat ujub ini supaya saya terhindar daripada sifat yang menyebabkan amalan kita menjadi sia-sia.

Jawapan :

Ujub terjadi apabila seseorang itu merasa kagum akan kelebihan dan kebolehan yang diberikan llahi kepada dirinya, di mana kebiasaaanya kelebihan dan kebolehan itu menjadikan dia kelihatan istimewa jika dibandingkan dengan orang lain. Dirinya merasa hebat dengan apa yang diberikan Allah lantas terpesona dengan kelebihan dan kebolehannya itu sendiri.

Samaada kelebihan tersebut dibidang agama atau duniawi. Ini juga berkait rapat dengan kelebihan dari segi  kecantikan , kelulusan akademik, kedudukan dalam masyarakat,  keturunan, kekayaan dan lain-lain.

Penyakit ujub ini merupakan penyakit yang merbahaya kepada manusia dan bertindak menghapuskan kebaikkan (silent killer) yang telah dilaksanakan oleh seseorang hamba.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Ada tiga hal yang dapat membinasakan diri seseorang iaitu kedekut yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan ujub (rasa kagum dengan diri sendiri)," (Hadis Riwayat al-Bazzar dan al-Baihaqi)

Berdasarkan hadis diatas bahawa salah satu hal yang membinasakan adalah sifat ujub. Kerana ujub adalah umpama api dalam sekam yang akan membakar dan menghapuskan amal soleh seorang manusia.

Soalan Kelima : Salah satu sifat yang sangat dibenci oleh Allah SWT adalah sifat bakhil atau kedekut. Minta ustaz huraikan balasan yang akan diterima oleh seseorang yang bersifat bakhil atau kedekut.

Jawapan :

Dari Abu Bakar Siddiq r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya :"Tidak akan masuk syurga seorang penipu, bakhil dan orang yang mengungkit-ungkit pemberian." (Hadis Riwayat Tirmizi)

Berdasarkan hadis di atas jelaslah bahawa salah satu sifat tercela yang menyebabkan seseorang tidak dapat masuk ke syurga adalah sifat bakhil.

Sifat bakhil muncul diakibatkan kecintaan yang berlebihan terhadap dunia, tidak adanya keyakinan tentang kemuliaan yang ada di sisi Allah, tamak dan kagum kepada diri sendiri serta sebab-sebab lainnya.

Sudah sepatutnya bagi hamba-hamba yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya untuk menjauhi sifat yang tercela ini, agar tidak menyesal kelak di kemudian hari.

Bakhil adalah sifat yang tercela kerana sifat ini terlahir dari godaan syaitan. Bakhil dijadikan oleh syaitan sebagai jalan untuk menuju jalan ke neraka. Definisi bakhil adalah perbuatan seorang hamba untuk menahan harta yang ada pada kepemilikannya tanpa menunaikan hak dan kewajiban yang sepatutnya di tunaikan dengan harta tersebut. Dalil yang melarang dari perbuatan bakhil di antaranya adalah:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «اجْتَنِبُوا السَّبْعَ الْمُوبِقَاتِ» قِيلَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، مَا هِيَ؟ قَالَ: «الشِّرْكُ بِاللَّهِ، وَالشُّحُّ، وَقَتْلُ النَّفْسِ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ، وَأَكْلُ الرِّبَا، وَأَكْلُ مَالِ الْيَتِيمِ، وَالتَّوَلِّي يَوْمَ الزَّحْفِ، وَقَذْفُ الْمُحْصَنَاتِ الْغَافِلَاتِ الْمُؤْمِنَاتِ»

Maksudnya : “Dari sahabat Abu Hurairah radiyallahu ‘anhu  beliau berkata, Rasullullah Sallallahu Alaihi Wa salam telah bersabda, ‘Jauhillah tujuh kehancuran yang dapat menimpa kalian.’ Lalu (shahabat) bertanya, ‘Apakah itu wahai Rasulullah?’ Lalu baginda menjawab, ‘Menyekutukan Allah, kikir (bakhil), membunuh jiwa yang diharamkan Allah, memakan riba, memakan harta anak yatim, lari dari peperangan, menuduh zina wanita mukminat yang suci.” (Hadis Riwayat an-Nasai)



Credit : Ustaz Makmum Sundari Fb

Doa Mohon Allah SWT Tetapkan Hidayah Dan Taufik-Nya Kepada Kita


1. Doa Mohon Rahmat.

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ

Rabbabaa Laa Tuzigh Quluubanaa Ba’da Idz Hadaitanaa wa Hab Lana Mil-Ladunka Rahmatan Innaka Antal-Wahhaab

Maksudnya: “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia).” (Surah Ali Imran ayat 7)

2. Doa Mohon Teguhkan Hati Kepada Agama.

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ، ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِيْنِكَ

Yaa Muqallibal Quluub, Tsabbit Qalbi ‘Ala Diinik

Maksudnya: “Wahai Zat yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas agama-Mu.” (HR. Ahmad dan at Tirmidzi)

3. Doa Mohon Hati Mentaati Allah SWT.

اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ

Allaahumma Musharrifal Quluub, Sharrif Quluubanaa ‘Alaa Thaa’atik

Artinya: “Ya Allah yang mengarahkan hati, arahkanlah hati-hati kami untuk taat kepadamu.” (HR. Muslim)

Keterangan:

Ketiga doa di atas adalah doa yang bersumber dari Al Quran dan sunnah sohihah. Maka seorang muslim patut menghafal dan memunjatkannya kepada Allah setiap waktu, kerana terpelihara ataupun tercabutnya hidayah terletak pada kehendak dan kekuasaan Allah. Apabila Allah meneguhkan hidayah, tidak ada yang dapat memalingkan dan menyesatkannya.

مَنْ يَهْدِ اللَّهُ فَهُوَ الْمُهْتَدِي وَمَنْ يُضْلِلْ فَأُولَئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ

“Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk; dan Sesiapa yang disesatkan Allah, maka merekalah orang-orang yang merugi.” (Surah Al A’raf ayat 175)

Pada ketiga doa di atas mengandungi permohonan terpeliharanya hati. Kerana hati merupakan penentu baik dan buruknya amal perbuatan seseorang. Dia menjadi pusat takwa dan hidayah. Namun, dia juga menjadi pusat kekufuran dan kesesatan.

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:

أَلَا وَإِنَّ فِي اَلْجَسَدِ مُضْغَةً, إِذَا صَلَحَتْ, صَلَحَ اَلْجَسَدُ كُلُّهُ, وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ اَلْجَسَدُ كُلُّهُ, أَلَا وَهِيَ اَلْقَلْبُ

“ ….ketahuilah sesunguhnya di dalam jasad itu ada segumpal daging, apabila baik maka baiklah seluruh jasadnya, dan apabila rosak maka rosaklah seluruh jasadnya, ketauhilah bahawa dia itu adalah hati.” (Muttafaq ‘Alaih dari An Nu’man bin Basyir)

Sedangkan hati setiap seseorang berada di bawah kendalian Allah ‘Azza wa Jalla. Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda, “Sesungguhnya hati anak Adam (manusia), semuanya berada di antara dua jari dari jari-jemari Allah, laksana hati yang satu, Dia arahkan ke mana sahaja yang Dia kehendaki.” (HR. Muslim)

Dalam riwayat at Tirmidzi dari hadis Malik bin Anas, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda, “Sesungguhnya hati itu berada di dua jari dari jari-jari Ar Rahman, Dia membolak-balikkan sekehendak-Nya.”

Dalam riwayat Ahmad, “jika Dia berkehendak (untuk menjadikannya sesat) maka akan disesatkan-Nya dan jika berkehendak ditetapkan iman maka akan tetap diteguhkan di atas petunjuk.”

Sedangkan sesiapa yang hatinya dijaga oleh Allah dengan hidayah, tiada seorang pun yang boleh menyesatkannya.

مَنْ يَهْدِهِ اللَّهُ فَلَا مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلَا هَادِيَ لَهُ

“Sesiapa yang diberi hidayah oleh Allah maka tidak seorangpun yang boleh menyesatkannya. Sebaliknya, siapa yang disesatkan oleh Allah maka tida seorangpun yang boleh memberinya petunjuk.” (HR. Ahmad, Abu Dawud, at Tirmidzi dan lainnya)

Kerananya, kita sentiasa memohon kepada Allah, Tuhan kita semua, agar tidak menjadikan sesat hati kita setelah dia memberi petunjuk dan kita juga memohon limpahan rahmat dari sisi-Nya, sesungguhnya Dia Zat Maha Pemberi.

Credit : Abu Basyer Fb

Waktu "haram" solat

ape yang dikatakan dengan waktu " haram " solat? saya perlukan penerangan terperinci.mohon jawab bagi yang arif ;)

Daripada Uqbah bin Amir r.a dia beliau berkata :’” Tiga waktu yang kami dilarang oleh Rasulullah SAW menunaikan solat dan mengebumikan orang mati; Ketika tepat matahari terbit sehingga naik,ketika betul-betul tengah hari ( matahari naik tegak atas kepala ) dan ketika matahari condong ( hampir terbenam ) sehingga benar-benar terbenam.” ( Hadis Riwayat Ahmad, Muslim, Nasai,Ibnu Majah,Tirmizi dan Abu Daud )

Berdasarkah hadis di atas terdapat 3 waktu yang dilarang untuk kita mengerjakan solat sunat tetapi solat qada' boleh dilakukan diwaktu dilarang  iaitu :

1. Ketika tepat matahari terbit sehingga naik,

2. Ketika betul-betul tengah hari ( matahari naik tegak atas kepala ) dan 

3. Ketika matahari condong ( hampir terbenam ) sehingga benar-benar terbenam

Huraiannya :  

1. Ketika tepat matahari terbit sehingga naik.

Solat-solat sunat dilarang ketika matahari terbit. Sebahagian ulama  mengecualikan Solat Subuh dan Asar. Jika seseorang menunaikan Solat Subuh dan tinggal satu rakaat kemudian masuk waktu tepat matahari terbit , maka dia boleh meneruskan solat itu sehingga selesai. Begitu juga dengan Solat Asar. Jika seseorang menunaikan Solat Asar dan tinggal satu rakaat sahaja lagi kemudian tiba waktu betul-betul terbenamnya matahari maka dia boleh meneruskan solatnya sehingga selesai.

Perkara tersebut merujuk kepada hadis daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: " Siapa yg dapat satu rakaat dari solat, maka dia mendapat solat itu " (Muttafaqun a'laihi dari Abu Hurairah)

Di dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari disebutkan maksudnya: ” Apabila salah seorang kamu semua mendapat satu sujud dari solat Asar sebelum terbenam matahari, maka sempurnalah solatmu. Dan jika mendapat satu sujud pada Solat Subuh sebelum terbit matahari, maka sempurnalah solatnya.”   Maksud perkataan sujud dalam hadis tersebut adalah rakaat.

2. Ketika betul-betul tengah hari ( matahari naik tegak atas kepala )

Ketika istiwa’ iaitu matahari berada tepat di atas kepala pada tengah hari sehingga tergelincir sedikit.    Perkara ini berdasarkan kepada hadis Uqbah di atas. Namun demikian sebahagian ulama mengecualikan pada hari Jumaat dan ketika solat di Masjidil Haram,Mekah. Ulama juga membenarkan untuk menunaikan solat Tahayyatul Masjid dalam waktu tersebut pada hari Jumaat.

Demikian juga pendapat Imam Abu Yusof . Dalilnya merujuk kepada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Qatadah r.a berkata:  "Rasulullah SAW membenci solat pada tengah hari selain hari Jumaat dan bersabda: 'Sesungguhnya api neraka Jahanam menyala kecuali pada hari Jumaat.” (Hadis Riwayat Abu Daud ).

Adapun dalil yang mengecualikan solat yang dilakukan di Masjidil Haram di Kota Mekah adalah riwayat daripada Jubair bin Muth’im bahawa Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya: ” Wahai Bani Abdi Manaf  janganlah kamu semua menghalang seseorang yang akan tawaf di rumah ini ( Masjidil Haram ) dan jangan pula menghalang orang yang hendak solat pada waktu bila pun di malam atau siang hari. ” ( Hadis Riwayat Ashabus Sunan dan disahihkan oleh Ibnu Khuzaimah dan Tirmizi )

3. Ketika matahari condong ( hampir terbenam ) sehingga benar-benar terbenam 

Ketika matahari kekuning-kuningan hendak terbenam sehingga benar-benar terbenam . Untuk Solat Asar yang telah mendapat satu rakaat dan solat di Masjidil Haram sebagaimana merujuk dalil hadis-hadis di atas dibenarkan.

Waktu dilarang boleh mengerjakan solat qada, sebagaimana hadis tersebut. Nabi SAW memerintahkan qada' dilakukan dengan segera, sebagaimana hadis : “Sesiapa lupa daripada satu sembahyang, hendaklah bersembahyang apabila dia teringat”. (Hadis Riwayat Muslim (no: 680).

Larangan solat pada waktu-waktu itu, ialah solat yg tiada sebab. Adapun solat bersebab seperti qada’, atau tahiyyat masjid, ia terkecuali.(Majmuk 4/170).

Wallahua’lam..

Dalam satu hadis Nabi SAW sekurang-kurangnya mendapat 1 rekaat di dalam waktu asar dikira telah mendapat solat asar walau pun 3 rekaat yg berikutnya berada di dalam waktu magrib. Saudari boleh kiralah masuk waktu magrib jam berapa. Janganlah amalkan solat diakhir waktu kerana ada hadis Nabi SAW yang melarangnya ditakuti termasuk waktu yang magrib. Ketika matahari kekuning-kuningan hendak terbenam sehingga benar-benar terbenam . Untuk Solat Asar yang telah mendapat satu rakaat maka dikira telah mendapat solat tersebut.

Waktu dilarang boleh mengerjakan solat qada', sebagaimana hadis tersebut. Nabi SAW memerintahkan qada' dilakukan dengan segera, sebagaimana hadis : “Sesiapa lupa daripada satu sembahyang, hendaklah bersembahyang apabila dia teringat”. (Hadis Riwayat Muslim (no: 680).

Larangan solat pada waktu-waktu itu, ialah solat yg tiada sebab. Adapun solat bersebab seperti qada’, atau tahiyyat masjid, ia terkecuali.(Majmuk 4/170).

Ada lima waktu terlarang untuk solat.
Ini keperluan difahami supaya kita tidak melakukan solat di sembarang waktu.
Dari Abu Sa’id Al-Khudri radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahwa ia mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
لاَ صَلاَةَ بَعْدَ الصُّبْحِ حَتَّى تَرْتَفِعَ الشَّمْسُ ، وَلاَ صَلاَةَ بَعْدَ الْعَصْرِ حَتَّى تَغِيبَ الشَّمْسُ
“Tidak ada solat setelah solat Subuh sampai matahari meninggi dan tidak ada solat setelah salat ‘Ashar sampai matahari tenggelam.” (HR. Bukhari, no. 586 dan Muslim, no. 827)
Dari ‘Uqbah bin ‘Amir radhiyallahu ‘anhu, ia berkata,
ثَلاَثُ سَاعَاتٍ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَنْهَانَا أَنْ نُصَلِّىَ فِيهِنَّ أَوْ أَنْ نَقْبُرَ فِيهِنَّ مَوْتَانَا حِينَ تَطْلُعُ الشَّمْسُ بَازِغَةً حَتَّى تَرْتَفِعَ وَحِينَ يَقُومُ قَائِمُ الظَّهِيرَةِ حَتَّى تَمِيلَ الشَّمْسُ وَحِينَ تَضَيَّفُ الشَّمْسُ لِلْغُرُوبِ حَتَّى تَغْرُبَ
“Ada tiga waktu yang Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang kami untuk solat atau untuk menguburkan orang yang mati di antara kami yaitu: (1) ketika matahari terbit (menyembur) sampai meninggi, (2) ketika matahari di atas kepala hingga tergelincir ke barat, (3) ketika matahari  akan tenggelam hingga tenggelam sempurna.”  (HR. Muslim, no. 831)

Imam Nawawi rahimahullah menyatakan, “Para ulama sepakat untuk solat yang tidak punya sebab tidak boleh dilakukan di waktu terlarang tersebut. Para ulama sepakat masih boleh mengerjakan solat wajib yang ada’an (yang masih dikerjakan di waktunya, pen.) di waktu tersebut.
Para ulama berselisih pendapat mengenai solat sunnah yang punya sebab apakah boleh dilakukan di waktu tersebut seperti solat tahiyatul masjid, sujud tilawah dan sujud syukur, solat ‘ied, solat kusuf (gerhana), solat jenazah dan mengqadha solat yang luput. Ulama Syafi’iyah berpendapat bahawa solat yang masih punya sebab tadi masih boleh dikerjakan di waktu terlarang. …
Di antara dalil ulama Syafi’iyah adalah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mengqadha solat sunnah Zuhur setelah sollat ‘Ashar. Berarti mengqadha solat sunnah yang luput, slotat yang masih ada waktunya, solat wajib yang diqadha masih boleh dikerjakan di waktu terlarang, termasuk juga untuk shalat jenazah.” (Syarh Shahih Muslim, 6: 100)

Credit : Ustaz Abu Basyer Fb

Memupuk sifat sabar & redha

Assalamualaikum, ustaz, saya nak bertanya? bagaimana nak memupuk sifat sabar, dan redha dalam diri kita, sb bukan senang untuk redha dan bersabar, ustaz ada tak doa yg boleh sy amalkan.

Waalakumussalam : Dunia ini adalah lapangan ujian demi menguji siapakah di antara kita yang benar-benar layak untuk bergelar ahli syurga yang sabar dan redha ketika bergelar musafir dunia.

Allah SWT telah menegaskan,

أَحَسِبَ النَّاسُ أَن يُتْرَكُوا أَن يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?” (Surah Al-Ankabut ayat 2). Selain daripada sifat sabar seorang mukmin juga perlu sifat syukur : Bukankah Allah SWT menyeru kita untuk terus bersyukur,
لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ

Maksudnya, “Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.” (Surah Ibrahim ayat 7). Dari Shuhaib bin Sinan radhiallahu’anhu dia berkata, Rasulullah Shallallahu’ Alaihi Wasallam bersabda:

عجبًا لأمرِ المؤمنِ . إن أمرَه كلَّه خيرٌ . وليس ذاك لأحدٍ إلا للمؤمنِ . إن أصابته سراءُ شكرَ . فكان خيرًا له . وإن أصابته ضراءُ صبر . فكان خيرًا له

“Alangkah mengagumkan keadaan orang yang beriman, kerana semua keadaannya (membawa) kebaikan (untuk dirinya), dan ini hanya ada pada seorang mukmin; jika dia mendapatkan kesenangan dia akan bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya, dan jika dia ditimpa kesusahan dia akan bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya” (HSR Muslim (no. 2999).

Hadits yang agung ini menunjukkan besarnya keutamaan bersyukur di saat senang dan bersabar di saat susah, bahkan kedua sifat inilah yang merupakan penyempurna keimanan seorang hamba. Abdullah bin Mas’ud berkata: “Iman itu terbagi menjadi dua bagian; sebagiannya (adalah) sabar dan sebagian (lainnya adalah) syukur” (Dinukil oleh imam Ibnul Qayyim dalam kitab “’Uddatush shaabiriin” (hal. 88).

Terdapat beberapa persoalan yang sering dikemukakan oleh manusia kepada Allah S.W.T. dan Dia menjawannya di dalam al-Quran.

Kenapa aku diuji?

Firman Allah SWT maksudnya,  "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan , kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka , maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar , dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." (Surah al-Ankabut  ayat 2-3).

Setiap ujian yang ditimpakan oleh Allah S.W.T. kepada para hamba-Nya sebenarnya Dia ingin mengurniakan sesuatu ganjaran yang lebih besar dan lebih baik. Allah S.W.T. akan menghapuskan dosa-dosanya dan memberi ganjaran pahala yang besar. Di hari akhirat nanti tidak ada balasan yang lebih baik melainkan mendapat balasan syurga.

Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?

Firman Allah SWT maksudnya,  "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui".
(Surah al-Baqarah  ayat 216)

Seungguhnya sesuatu perkara itu hakikat sebenarnya Allah Maha Mengetahui. Baik atau buruk sesuatu perkara itu ianya adalah di dalam ilmu Allah. Yakinilah jika sesuatu doa atau hajat tidak ditunaikan-Nya ada sesuatu yang lebih baik akan diberi Allah S.W.T. sebagai penganti apa yang kita hajatkan. Jika tidak dapat di dunia, nanti di hari akhirat Dia akan memberkannya kepada kita, oleh itu berbaik sangkalah kepada-Nya.
Kenapa ujian seberat ini?

Firman Allah SWT maksudnya,  "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya". (Surah al-Baqarah ayat 286)

Allah S.W.T. Maha Mengetahui kemampuan kita sebagai hamba-Nya yang kerdil, oleh itu apa sahaja yang berlaku keatas diri kita sebenarnya masih dibawah kemampuan kita untuk menghadapinya. Anggaplah sesuatu ujian itu dengan fikiran yang positif dan cubalah renungkan bahawa terdapat orang lain yang lebih berat menghadapi ujian daripada kita maka dengan itu akan terasa beban yang ditanggung akan menjadi lebih ringan.

Credit : Ustaz Abu Basyer Fb

Doa-doa Semoga Allah Kurniakan Kematian Yang Mulia

Doa-doa Semoga Allah Kurniakan Husnul Khatimah (Kematian Yang Mulia)

Amalkan doa-doa ini selepas solat .

Di antara doa-doa yang perlu diamalkan adalah :

Doa Pertama .
هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ

Hablii hukmaw wa al hiqniy bish shoolihiin

Maksudnya, “Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku hikmah dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang soleh."
(Surah asy-Sy’araa, ayat 83)

Doa Kedua .

اللهم اجعل خير عمري أخره و خير عملي خواتيمه و خير أيامي يوم لقائك

Allaahummaj’al khayra ‘umrii aakhirahu wa khayra ‘amalii khawaatiimahu wa khayra ayyaamii yawma lliqaa’ika Maksudnya,

Maksudnya, “Ya Allah jadikanlah sebaik-baik umurku pada ujungnya dan sebaik-baik amalku pada akhir hayatku, dan (jadikanlah) sebaik-baik hariku yaitu hari ketika aku bertemu dengan-Mu (di hari kiamat).” (Hadis Riwayat Ibnus Sunny)

Doa Ketiga .

اللهم اختم لنا بحسـن الخاتمة ولا تختم علينا بسـوء الخاتمة

Maksudnya, “Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul-khatimah (akhir yang baik), dan jangan Kau akhiri hidup kami dengan suu-ul-khatimah (akhir yang buruk).”

Credit : Ustaz Abu Basyer Fb

Hukum menggunakan mesin cuci baju


Menggunakan Mesin Basuh Layan Diri Bercampur Dengan Baju Non Muslim Bersih Dan Suci Selagi Tidak Nampak Najis Mughalazah Di Baju Atau Mesin Basuh Tersebut.

Hukum asal sesuatu adalah suci. Ia kekal suci selagi mana tiada bukti menunjukkan ia bernajis. Maka begitu jugalah mesin basuh ini, ia kekal suci kecuali terdapat bukti jelas menunjukkan ia tidak suci.

Andaian-andaian non-Muslim sentuh anjing, babi, berak tak basuh, kesan darah haidh dan sebagainya adalah andaian-andaian semata-mata. Ia tidak mengubah status atau kedudukan sesuatu iaitu ia suci. Andaian dan syak wasangka tidak boleh mengubah status asal sesuatu benda iaitu suci.

"Kaedah feqh menyatakan: Keyakinan tidak dihilangkan dengan syak."

Disebabkan sikap suka berlebih-lebihan beginilah nanti timbul isu: Boleh ke salam dengan non Muslim sebab boleh jadi mereka pegang anjing, babi. Nanti timbul pula duit yang di terima daripada non-muslim tak boleh ambil kerana mereka makan daging khinzir. Nanti jangan sampai ada mualaf tidak benarkan ibu bapa yang non Muslim cium pipi mereka atas alasan sebab mak ayah makan khinzir, minum arak dan sebagainya.

Adakah ini cara Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW?

Sikap memberat-beratkan sehingga begini adalah sikap melampaui batas yang bercanggah dengan ajaran Islam.

فَسَدِّدُوا وَقَارِبُوا وَأَبْشِرُوا، وَاسْتَعِينُوا بِالْغَدْوَةِ وَالرَّوْحَةِ وَشَىْءٍ مِنَ الدُّلْجَةِ ‏"‏‏.‏

Daripada Abu Hurairah radiallahu 'anhu, daripada Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam, baginda bersabda maksudnya : "Sesungguhnya agama ini mudah. Tidaklah sama sekali seseorang memberat-beratkan urusan agama melainkan ia akan menewaskannya. Lakukan dengan cara yang betul, lakukan semampu mungkin, dan bergembiralah. Mohonlah pertolongan pada waktu pagi, petang dan sebahagian malam. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Iman, no: 39].

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ "‏ هَلَكَ الْمُتَنَطِّعُونَ ‏"‏ ‏.‏ قَالَهَا ثَلاَثًا ‏.‏

Daripada Abdullah bin Mas’ud radiallahu 'anhu, Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Binasalah orang yang melampau. Baginda menyebutnya 3 kali. [Sahih Muslim, Kitab al-Ilm, no: 2670].

Wallahua'lam.


Credit : Ustaz Abu Basyer Fb

Doa Supaya Diri Sendiri Dan Anak-anak Di Jauhi Daripada Perbuatan Zina


Abu Umamah berkata: Maka Rasulullah SAW meletakkan tangannya di atas pemuda itu, lalu berdoa: “Allahummaghfir zanbahu, wa tohhir qalbahu, wa hassin farjahu”

Ertinya ("Ya Allah ampunkanlah dosanya, bersihkanlah/sucikanlah hatinya (dari memikirkan sesuatu maksiat), dan jagalah kemaluannya (daripada melakukan zina)"

Selepas itu, pemuda itu tidak lagi memandang sesuatu (yg berupa maksiat (terutama zina), natijah maqbulnya doa Nabi SAW).  (HR Ahmad 5/256-257, Dinilai sahih oleh Al-Albani dalam Kitab Al-Silsilah Al-Sahihah 1/645)

Untuk membentengi diri dari perbuatan dosa tersebut, maka disunnatkan untuk membaca dan membacakan doa ini bagi anak-anak/adik-adik yang masih kecil, agar dewasanya nanti boleh terhindar dari godaan zina dan boleh juga doakan untuk diri sendiri, tukar kata ganti nama sebagaimana berikut:

Untuk anak/adik laki-laki
“Allahummaghfir zanbi, wa tohhir qalbi, wa hassin farji”

Untuk anak/adik perempuan:
“Allahummaghfir zanbaha, wa tohhir qalbaha, wa hassin farjaha”

Untuk diri sendiri doanya :

"Ya Allah ampunkanlah dosaku, bersihkanlah dan sucikanlah hatiku dari memikirkan sesuatu maksiat, dan jagalah kemaluanku daripada melakukan zina"

Credit : Ustaz Abu Basyer Fb

Jauhi Lima Golongan Yang Akan Menjadi Muflis di Hari Akhirat


Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW. bersabda yang bermaksud :

“Tahukah kamu siapakah dia Orang Muflis?”

Sahabat-sahabat baginda menjawab :

“Orang Muflis di antara kami, ya Rasulullah ialah orang yang tidak ada wang ringgit dan tidak ada harta benda.”

Nabi SAW. bersabda yang bermaksud : “Sebenarnya Orang Muflis dari kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari kiamat membawa sembahyang, puasa dan zakat , sedang datangnya itu dengan kesalahan memaki hamun orang ini, dan menuduh orang itu , memakan harta orang orang ini ,menumpah darah orang itu dan juga memukul orang . Maka akan di ambil dari amal kebajikannya serta di beri kepada orang ini dan orang itu , kemudian kiranya habis amal kebajikannya sebelum habis di bayar kesalahan-kesalahan yang di tanggungnya , akan di ambil pula dari kesalahan-kesalahan orang yang di aniayakannya serta di timpakan keatasnya , kemudian ia di humbankan kedalam neraka.”

(Hadis Riwayat Muslim dan Turmizi)

Dalam hadis di atas Nabi SAW menyatakan secara khusus mereka yang akan menjadi muflis di hari akhirat adalah mereka yang suka :

1. Kesalahan memaki hamun orang ini.

2. Menuduh orang itu.

3. Memakan harta orang orang ini.

4. Menumpah darah orang itu dan

5.  Memukul orang.

Huraiannya :

1. Kesalahan memaki hamun orang ini.

Golongan yang suka memaki hamun orang lain adalah pemimpin dan ahli-ahli politik (dalam ceramah dan kempennya terutama menjelang pilihan raya), wartawan politik dan penulis blok (penyokong pemimpin tertentu) . Apabila terkeluar daripada lidah mereka perkataan maki-hamun langsung tidak pernah teringat akan seksaan Allah SWT di akhirat.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “Orang mukmin bukan seorang pencela, bukan seorang pengutuk, bukan seorang yang keji dan bukan seorang yang berkata kotor (maki hamun).” (Hadis Riwayat Ibnu Mas'ud)

Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya : “Bukankah manusia terjerumus ke dalam neraka kerana tidak dapat mengendalikan lidahnya?”. (Hadis Riwayat Tirmidzi)

2. Menuduh orang itu.

Golongan yang suka menuduh orang lain atau membuat fitnah adalah :

2.1. Pemimpin dan ahli politik (tuduhan ini dibuat supaya menjatuhkan maruah musuh politiknya supaya rakyat mengalihkan sokongan kepada kumpulannya)

2.2. Wartawan akhbar (ketua pengarang dan wartawan). Menyerang habis-habisan parti lain yang bukan parti yang mereka sokong. Manipulasi ucapan seseorang dengan andaian-andaian negatif.

2.3. Wartawan hiburan yang suka memfitnah para aris untuk melariskan jualan majalah hiburan mereka.

2.4. Penulis blog yang "mencari makan" dan mendapat upah daripada golongan tertentu terutama daripada parti politik. Penulis ini tidak beretika semasa menulis kerana fitnah yang ditulis tidak mempunyai bahan bukti yang sahih dan hanya berbentuk sangkaan dan andaian sahaja.

2.5. Ahli perniagaan dan individu tertentu.

Golongan ini sanggup membuat sumpah palsu menggunakan al-Quran . Sumpah palsu ini pula dilakukan dimasjid untuk megelirukan orang ramai. Golongan ini juga sanggup membuat vedio seks palsu, mengadakan sidang akhbar menuduh seseorang melakukan zina dan liwath tanpa membawa empat orang saksi yang adil.

2.6. Pengguna internet yang tidak berakhlak.

Golongan ini adalah golongan yang suka mengaibkan rakannya yang lain melalui status dan wall rakannya dan membuat tuduhan dan fitnah kerana sifat marah dan benci kepada seseorang. Kadangkala dia sanggup meyebarkan cerita palsu kepada rakan-rakan orang yang di bencinya supaya maruh dirinya tercalar dan dia merasa puas hati. Inilah sifat yang paling buruk dan bukan daripada akhlak Islam. Sifat suka mengaibkan orang lain akan menyebabkan aibnya akan didedahkan oleh Allah SWT di dunia dan akhirat.

2.7. Bekas pemimpin politik dan pensyarah universiti (bahagian penyiaran atau undang-undang)

Golongan ini kadangkala berat sebelah apabila membuat komen dan ulasan terhadap seseorang individu dan mudah membenarkan tuduhan yang diterimanya melalui media masa. Apabila mereka membenarkan berita fitnah, mereka juga termasuk di dalam golongan yang buruk akhlaknya.

2.8. Suami dan isteri yang tidak bersefahaman yang sedang untuk bercerai.

Golongan ini suka mendedahkan keburukan pasangan masing-masing di dalam facebook atau akhbar untuk mencari pubisiti dan simpati orang lain. Jika tidak berhati-hati akan mendapat dosa besar di sisi Allah SWT iaitu suami akan menjadi dayus dan isteri pula akan menjadi nusyuz.

Rasulullah SAW pernah bertanya sahabatnya: "Adakah aku belum pernah menerangkan kepadamu orang yang paling jahat daripada kamu?" Sahabat menjawab: "Belum!", lalu Nabi bersabda bermaksud: "Mereka yang berjalan ke sana ke mari membawa fitnah, mereka yang membuat kerosakan antara sesama sahabat dan mereka yang mencari-cari kekurangan pada orang yang tidak bersalah." (Hadis riwayat Ahmad)

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Tidak akan masuk syurga pembawa fitnah"
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Yang paling dikasihi oleh Allah di antara kamu adalah : mereka yang baik akhlak, yang merendahkan sayapnya (diri), yang suka dengan orang dan yang disukai orang. Manakala yang dimurkai oleh Allah adalah : mereka yang pergi membawa fitnah, yang menceraiberaikan di antara saudara dan mencaci orang yang tidak bersalah akan kesalahannya" (Hadis riwayat Tabharani dan Abu Hurairah r.a.)

3. Memakan harta orang orang ini.

Golongan yang suka mengambil harta orang adalah golongan peragut, pencuri, perompak, menipu dalam perniagaan, pemimpin yang mengambil harta dan tanah rakyat (memberikan kepada kroninya sahaja bukan kepada mereka yang layak) dan mengambil rasuah ( untuk berlaku tidak adil)

Dari Abu Salamah r.a., terdapat banyak permusuhan antara dirinya dengan orang banyak. Hal ini diberitakannya kepada Aisyah r.a. Aisyah berkata: Hai Abu Salamah! Hindarilah perbuatan mengambil tanah orang lain! Nabi SAW  pernah bersabda: "Barangsiapa yang mengambil tanah orang lain tanpa hak agak sejengkal, maka akan dikalungkan kepadanya tujuh lapis bumi."(Hadis Riwayat Bukhari)

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW  bersabda: "Siapa yang merosak nama baik atau harta benda orang lain, maka minta maaflah kepadanya sekarang ini, sebelum datang hari di mana mata wang tidak laku lagi. Kalau ia mempunyai amal baik, sebahagian dari amal baiknya itu akan diambil, sesuai dengan kadar aniaya yang telah dilakukannya. Kalau ia tidak mempunyai amal baik, maka dosa orang lain itu diambil dan ditambahkan kepada dosanya."
(Hadis Riwayat Bukhari)

Dari Abdullah Umar r.a., Nabi SAW. bersabda: "Aniaya itu menjadi kegelapan di hari kiamat."
(Hadis Riwayat Bukhari)

4. Menumpah darah orang itu dan

5. Memukul orang.

Golongan ini adalah golongan pemimpin yang zalim (berlaku di Mesir, Libya, Syria dan ditempat-tempat lain) membunuh rakyatnya yang tidak berdosa, perompak (cara bersenjata mencederkan mangsanya),  membunuh manusia lain termasuk ibu yang membunuh bayi baru dilahirkan (kerana berzina), pembunuh upahan, pegawai keselamatan yang memukul orang ramai yang berhimpun secara aman hingga tercedera (pihak atasan yang mengarahkannya akan mendapat saham yang sama)  dan suami (yang bengis) yang suka memukul isterinya hingga cedera.

Dari Abu Sa'id Al-Khudri r.a., bahawa Nabi S.A.W. bersabda: "Tidak ada seseorang yang melakukan sesuatu perbuatan aniaya terhadap orang lain di dunia dengan tidak menyerah dirinya kepada orang itu untuk membalasnya, nescaya Tuhan akan menyerahkannya kepada orang itu supaya membalasnya pada hari kiamat." (Hadis Riwayat Baihaqi)

Marilah sama-sama kita menjauhkan diri daipada terlibat sama di dalam perkara-perkara dosa yang melibatkan lima golongan manusia yang akan mendapat pangkat " MUFLIS" di hari akhirat. Jika kalian tidak melakukan tetapi kalian bersubahat dan menyokong lima golongan tersebut di atas di khuatiri kalian juga akan mendapat saham yang sama. Kerana redha perkara dosa akan sama seperti melakukan dosa tersebut.

Berhati-hatilah kerana biasanya dimusim pilihan raya dosa-dosa fitnah dan mengaibkan orang lain akan datang bertali-arus sehingga kalian boleh mempercayainya dan "tumpang semangkuk" di atas dosa orang lain yang kalian tidak lakukan. Semoga kalian semua dilindungi Allah SWT daripada kerosakkan ini oleh itu sentiasalah kalian istiqamah dengan Islam dan akhlak Islam dan menjauhkan diri daripada fitnah dunia akhir zaman ini. Waullahualam.

Credit : Ustaz Makmum Sundari Fb

Pelaburan Berunsurkan Riba, Berhutang, Kesesatan Syiah , Mengucapkan Insya Allah dan Was-was Semasa Berwuduk



Soalan Pertama :  Saya setuju melabur sejumlah wang dalam perniagaan yang diushakan kawan saya. Persetujuan telah dibuat kedua-dua belah pehak tempoh pelaburan selama 2 tahun dan maksimum 5 tahun dengan jumlah keuntungan tetap 3% dibayar sebualn hingga habis tempoh perjanjian saya akan menerima jumlah pelaburan asal. Apakah boleh saya melabur dan hukumnya pelaburan yang sebegini harap ustaz jelaskan?

Jawapan;

Pelaburan yang menjanjikan keuntungan tetap pada setiap bulan (atau dalam tempoh tertentu), tanpa tertakluk kepada untung-rugi yang dikongsi bersama, pelaburan itu tidak sah di sisi Syariat kerana ia berunsurkan riba. Hal ini telah disepakati para ulamak. Jadi 3% yang dijanjikan pada setiap bulan itu adalah riba dan tidak halal. Kecualilah jika 3% yang dijanjikan itu dinisbahkan kepada keuntungan dan tertakluk kepada untung rugi syarikat atau perniagaan terbabit (yakni tiada keuntungan yang akan diberikan jika syarikat/perniagaan mengalami kerugian pada bulan tertentu), maka ia sah di sisi Syariat. Itu dilihat dari aspek pembahagian keuntungan.

Perlu juga dilihat dari aspek-aspek lain seperti produk yang diperniagakan (adakah halal?), bentuk perkongsian dan sebagainya untuk memastikan keseluruhannya sah mengikut syariat. 

Pelaburan dengan menjanjikan keuntungan tetap dalam jangka masa tententu, peratus yang dijanjikan dinisbahkan kepada modal pelaburan, bukan kepada perolehan untung pelaburan, pelaburan sebegitu tidak menepati Syariat kerana ia berkonsepkan riba walau apa nama sekalipun diberikan kepada keuntungan tersebut (dividen, bunga, untung, hibah atau sebagainya) kerana ukuran hukum bukan melihat kepada nama/istilah semata-mata, tetapi melihat kepada apa yang realiti di sebalik nama/istilah itu.

Hadis Nabi SAW tentang riba.

عَنْ جَابِرٍ قَالَ لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ آكِلَ الرِّبَا وَمُؤْكِلَهُ وَكَاتِبَهُ وَشَاهِدَيْهِ وَقَالَ هُمْ سَوَاءٌ

Jabir berkata bahawa Rasulullah  Shallallahu 'alaihi wa sallam mengutuk orang yang menerima riba, orang yang membayarnya, dan orang yang mencatatnya, dan dua orang saksinya, kemudian baginda bersabda, "Mereka itu semuanya sama." (Shahih Muslim no. 2995, kitab Al-Masaqqah).

Adapun jika seseorang berhutang dari rakannya, kemudian ketika membayarnya ia memberi suatu hadiah/saguhati kepada rakannya itu sebagai perhargaan atau terima kasih, itu dibenarkan (malah digalakkan) kerana ia tidak dijanjikan dan tidak disyaratkan terlebih dahulu.

Soalan Kedua :  Seseorang yang berhutang tanpa diketahui oleh warisnya, jika meninggal, tiada siapa yg melunaskan hutang tersebut bagi pihak dirinya, jadi bagaimana dosa hutang yang ditanggung tersebut, adakah diselesaikan di akhirat nanti dgn cara membayar pahala amalan kepada si penghutang

Jawapan :

Jika seseorang berhutang tetapi dia berniat hendak membayarnya jika berkemampuan, tetapi dengan izin Allah SWT dia meninggal dunia, maka dia di kira tidak berdosa kerana bukan di sengajakan untuk tidak membayar hutang.

Terdapat hadis menegaskan;

مَنْ أَخَذَ أَمْوَالَ النَّاسِ يُرِيدُ أَدَاءَهَا أَدَّى اللَّهُ عَنْهُ، وَمَنْ أَخَذَ يُرِيدُ إِتْلاَفَهَا أَتْلَفَهُ اللَّهُ

“Sesiapa mengambil harta orang lain dengan keinginan untuk membayarnya, Allah akan membayar bagi pihaknya. Sesiapa mengambilnya dengan keinginan untuk memusnahkannya (yakni tiada keinginan untuk membayarnya), Allah akan memusnahkannya” (Hadis Riwayat Bukhari dari Abu Hurairah r.a. Soheh al-Bukhari, Kitab al-Istiqradh…, hadis no. 2387).

Menurut penjelasan ulamak; maksud “mengambil harta orang lain’ merangkumi mengambilnya sebagai hutang, mengambilnya untuk menyimpanya (wadi’ah), melalui melalui satu bentuk mu’amalah atau lain-lainnya. Ia tidak terikat dengan mengambil secara zalim sahaja. Maksud; “dengan keinginan untuk membayarnya” ialah; berniat untuk membayarnya ketika di dunia.

Maksud “Allah akan membayar bagi pihaknya” ialah; Allah akan membantunya untuk membayarnya atau Allah akan melapangkan rezkinya sehingga ia dapat membayar hak orang lain sebelum kematiannya. Atau boleh juga difahami dengan maksud doa dari Nabi SAW, iaitu; “Semoga Allah akan membayar bagi pihaknya”. Menurut Imam al-Munawi; makna zahir hadis ini menunjukkan bahawa sesiapa berniat untuk menunaikan/membayar (hutang kepada orang lain yang tertanggung atas bahunya), kemudian ia mati sebelum sempat membayarnya kerana kesusahannya atau kerana matinya secara tiba-tiba, Allah tidak akan mengambil dari kebaikan-kebaikannya di akhirat (untuk dibayar kepada pemilik hutang tadi), akan tetapi Allah akan menjadikan pemilik hutang redha kepadanya (dan tidak menuntut haknya)” (Faidhul-Qadier, hadis no. 8351).

Maksud “mengambil dengan keinginan untuk memusnahkannya” ialah mengambil hak orang lain tanpa berniat membayarnya. Maksud “Allah akan memusnahkan hartanya” ialah; Allah akan memusnahkan hartanya di dunia dengan mentakdirkan banyak berlaku dugaan kepadanya, kerugian demi kerugian, musibah dan terhapusnya barakah, dan di akhirat pula Allah akan menghukumnya kerana hak orang lain tersebut.

Abu Hurairah r.a. menceritakan; Suatu hari Nabi SAW pernah bertanya sahabat-sahabatnya; ‘Tahukah kamu siapa orang muflis?’.

Mereka menjawab; ‘Orang muflis mengikut kefahaman kami ialah seorang yang tidak memiliki wang (untuk membayar hutangnya) dan tidak pula memiliki barang (untuk digadai bagi membayar hutangnya)’.

Lalu Nabi bersabda; “Seorang muflis dari kalangan umatku ialah seorang yang datang pada hari Kiamat dengan solat, puasa dan zakat, namun (pada masa yang sama) ia juga membawa dosa mencela orang ini, menuduh orang itu, memakan harta orang ini, menumpahkan darah oang itu dan memukul orang ini (dan seumpamanya), lalu diberikan kepada orang ini sebahagian dari pahala-pahala kebaikannya dan diberikan kepada orang itu pula sebahagian pahalanya, hinggalah akhirnya habis pahalanya namun belum lagi terbayar dosa-dosa yang tertanggung atasnya, lalu diambil dosa-dosa mereka tadi dan ditapukkan ke atasnya hingga akhirnya ia dihumban ke dalam neraka (kerana banyak dosa)”

(Hadis Riwayat Muslim. Soheh Muslim, kitab al-Birri wa as-Shilah wa al-Adab, hadis no. 2581)

Sebagai persediaan untuk kita semua semua jenis hutang hendaklah di tulis, jika kita ada berhutang dengan sesiapa sahaja samada individu atau syarikat maka perlu di tuliskan dengan jelas (nama orang yang memberi hutang, alamat dan jumlah hutang) serahkan kepada waris atau pemegang amanah harta pusaka / syarikat peguan , untuk di bayar hutang-hutang tersebut jika kita meninggal dunia secara mengejut dan boleh di tolak daripada harta peninggalan kita nanti sebelum di faraidkan.

Soalan Ketiga : Saya ada berbahas dengan orang Syiah, dia beri alasan bahawa ajaran Syiah mengutamakan keluarga Rasulullah SAW berbanding dengan Ahli Sunah Wal Jamaah. Apakah benar dakwaan Syiah dan bagaimana kita hendak berhujah dengan golongan Syiah yang sesat ini?

Jawapan :

Sebenarnya ajaran Syiah adalah satu ajaran sesat yang bersekala besar. Tidak ada ajaran sesat yang besar dan berpengaruh seperti ajaran Syiah ini kerana Syiah mempunyai negara iaitu Iran dan mempunyai sumber kewangan yang besar untuk menyebarkan fahaman Syiah di seluruh dunia. Hakikat sebenarnya Syiah bukan salah satu mazhab yang diikhtiraf oleh Ahli Sunah Wal Jamah dan mereka bukan mencintai ahlul bait atau keturunan Rasulullah SAW. Golongan ini yang paling banyak menipu dan berdusta atas nama Saidina Ali k.wj, Saidina Hussin r.a. dan ahlul bait yang lain. Mereka mengkafirkan para sahabat Rasulullah SAW, dan menolak hadis-hadis riwayat Abu Hurairah r.a, Saidatina Aisyah r.ha., Saidina Umar, Saidina Osman, Anas bin Malik r.a dan lain-lain .Mereka juga menolak hadis-hadis sahih daripada ulama hadis seperti  Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Tirmizi, Imam Abu Daud dan para-para ulama hadis, sebaliknya  mereka mencipta banyak hadis-hadis palsu tanpa melalui para perawi hadis yang amanah hingga sampai kepada Rasulullah SAW.

Terdapat 17 doktrin atau ajaran Syi’ah yang tersembunyi dari kaum muslimin terutama dari golongan ahli sunni (Ahli Sunnah Wal Jammah) sebagai bahagian dari pengamalan doktrin taqiyah(menyembunyikan Syi’ahnya).

Ketujuh belas doktrin rahsia ini terdapat dalam kitab-kitab suci Syi’ah seperti kitab Usuhulu Kaafi dan Rijalul Kashi. Ajaran ini juga bertangung-jawab dalam mengubah keaslian dan kesucian Qalamuallah Al Quran ul karim.

Berikut adalah antara doktrin-doktrin yang sesat lagi menyesatkan :

1. Dunia dengan seluruh isinya adalah milik para imam Syi’ah. Mereka akan memberikan dunia ini kepada siapa yang dikehendaki dan mencabutnya dari siapa yang dikehendaki(Ushulul Kaafi, hal.259, Al-Kulaini, cet. India).

Jelas Doktrin semacam ini bertentangan dengan firman Allah SWT QS: Al-A’raf (7) ayat 128,“Sesungguhnya bumi adalah milik Allah, Dia dikaruniakan kepada siapa yang Dia kehendaki”.

Kepercayaan Syi’ah diatas menunjukkan penyetaraan kekuasaan para imam Syi’ah dengan Allah dan doktrin ini merupakan aqidah syirik.

2. Ali bin Abi Thalib yang diklaim sebagai imam Syi’ah yang pertama dinyatakan sebagai dzat yang pertama dan terakhir, yang dhahir dan yang bathin sebagaimana termaktub dalam surat Al-Hadid, 57: 3 (Rijalul Kashi hal. 138).

Doktrin semacam ini jelas merupakan kekafiran Syi’ah yang berdusta atas nama Khalifah Ali bin Abi Thalib. Dengan doktrin semacam ini Syi’ah menempatkan Ali sebagai Tuhan. Dan hal ini sudah pasti merupakan tipu daya Syi’ah terhadap kaum muslimin dan kesucian aqidahnya.

3. Para imam Syi’ah merupakan wajah Allah, mata Allah dan tangan-tangan Allah yang membawa rahmat bagi para hamba Allah (Ushulul Kaafi, hal. 83).

4. Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib oleh Syi’ah dikatakan menjadi wakil Allah dalam menentukan surga dan neraka, memperoleh sesuatu yang tidak diperoleh oleh manusia sebelumnya, mengetahui yang baik dan yang buruk, mengetahui segala sesuatu secara rinci yang pernah terjadi dahulu maupun yang ghaib (Ushulul Kaafi, hal. 84).

5. Keinginan para imam Syi’ah adalah keinginan Allah juga (Ushulul Kaafi, hal. 278).

6. Para imam Syi’ah mengetahui kapan datang ajalnya dan mereka sendiri yang menentukan saat kematiannya kerana bila imam tidak mengetahui hal-hal semacam itu maka ia tidak berhak menjadi imam (Ushulul Kaafi, hal. 158).

7. Para imam Syi’ah mengetahui apapun yang tersembunyi dan dapat mengetahui dan menjawab apa saja bila kita bertanya kepada mereka kerana mereka mengetahui hal ghaib sebagaimana yang Allah ketahui (Ushulul Kaafi, hal. 193).

8. Allah itu bersifat bada’ yaitu baru mengetahui sesuatu bila sudah terjadi. Akan tetapi para imam Syi’ah telah mengetahui lebih dahulu hal yang belum terjadi (Ushulul Kaafi, hal. 40). Menurut Al-Kulaini (ulama besar ahli hadits Syi’ah), Bahawa Allah tidak mengetahui bahawa Husein bin Ali akan mati terbunuh. Menurut mereka Tuhan pada mulanya tidak tahu kerana itu Tuhan membuat ketetapan baru sesuai dengan kondisi yang ada. Akan tetapi imam Syi’ah telah mengetahui apa yang akan terjadi. Oleh sebab itu menurut doktrin Syi’ah Allah bersifat bada’ (Ushulul Kaafi, hal. 232).

9. Para imam Syi’ah merupakan gudang ilmu Allah dan juga penerjemah ilmu Allah. Para imam Syi’ah bersifat Ma’sum (Bersih dari kesalahan dan tidak pernah lupa apalagi berbuat Dosa). Allah menyuruh manusia untuk mentaati imam Syi’ah, tidak boleh mengingkarinya dan mereka menjadi hujjah (Argumentasi Kebenaran) Allah atas langit dan bumi (Ushulul Kaafi, hal. 165).

10. Para imam Syi’ah sama dengan Rasulullah Saw (Ibid).

11. Yang dimaksud para imam Syi’ah adalah Ali bin Abi Thalib, Husein bin Ali, Ali bin Husein, Hassan bin Ali dan Muhammad bin Ali (Ushulul Kaafi, hal. 109)

12. Al-Qur’an yang ada sekarang telah berubah, dikurangi dan ditambah (Ushulul Kaafi, hal. 670). Salah satu contoh ayat Al-Qur’an yang dikurangi dari aslinya yaitu ayat Al-Qur’an An-Nisa’: 47, menurut versi Syi’ah berbunyi: “Ya ayyuhalladziina uutul kitaaba aaminuu bimaa nazzalnaa fie ‘Aliyyin nuuran mubiinan”. (Fashlul Khitab, hal. 180).

13. Menurut Syi’ah, Al-Qur’an yang dibawa Jibril kepada Nabi Muhammad ada 17 ribu ayat, namun yang tersisa sekarang hanya 6660 ayat (Ushulul Kaafi, hal. 671).

14. Menyatakan bahawa Abu Bakar, Umar, Utsman bin Affan, Muawiyah, Aisyah, Hafshah, Hindun, dan Ummul Hakam adalah makhluk yang paling jelek di muka bumi, mereka ini adalah musuh-musuh Allah. Siapa yang tidak memusuhi mereka, maka tidaklah sempurna imannya kepada Allah, Rasul-Nya dan imam-imam Syi’ah (Haqqul Yaqin, hal. 519 oleh Muhammad Baqir Al-Majlisi).

15. Menghalalkan nikah Mut’ah, bahkan menurut doktrin Syi’ah orang yang melakukan kahwin mut’ah 4 kali darajatnya lebih tinggi dari Nabi Muhammad Saw. (Tafsir Minhajush Shadiqin, hal. 356, oleh Mullah Fathullah Kassani).

16. Menghalalkan saling tukar-menukar budak perempuan untuk disetubuhi kepada sesama temannya. Kata mereka, imam Ja’far berkata kepada temannya: “Wahai Muhammad, kumpulilah budakku ini sesuka hatimu. Jika engkau sudah tidak suka kembalikan lagi kepadaku.” (Al-Istibshar III, hal. 136, oleh Abu Ja’far Muhammad Hasan At-Thusi).

17. Rasulullah dan para sahabat akan dibangkitkan sebelum hari kiamat. Imam Mahdi sebelum hari kiamat akan datang dan dia membongkar kuburan Abu Bakar dan Umar yang ada didekat kuburan Rasulullah. Setelah dihidupkan maka kedua orang ini akan disalib (Haqqul Yaqin, hal. 360, oleh Mullah Muhammad Baqir al-Majlisi).

Kesemua 17 doktrin Syi’ah di atas, apakah boleh dianggap sebagai aqidah Islam sebagaimana dibawa oleh Rasulullah SAW. dan dipegang teguh oleh para Sahabat serta kaum Muslimin yang hidup sejak zaman Tabi’in hingga sekarang? Jelaslah berpegang salah satu daripada doktrin tersebut menyebabkan seseorang jatuh mutrad dan terkeluar daripada akidah Islam. Jauhilah Syiah dan beritahu ahli keluarga kita kesesatan yang dipegang oleh golongan Syiah ini.

Soalan Keempat : Kita selalu dengar orang berkata “Insya Allah” setiap kali berjanji hendak melakukan sesuatu perkara yang diminta atau menghadiri sesuatu majlis jemputan dan sebagainya. Sesetengah mereka menggunakan ucapan “Insya Allah” sebagai alasan untuk tidak menunaikan janji yang dibuat itu malah kadangkala ucapan itu saja sudah menggambarkan bahawa janji-janji itu tidak mungkin ditunaikan. Apakah pandangan Islam terhadap perkara ini?

Jawapan :

Islam mengambil berat kesejahteraan dan keselesaan hidup umatnya.  Banyak ayat al-Quran dan hadis menganjurkan supaya umat Islam hidup berbaik-baik, hormat menghormati dan tolong menolong antara satu sama lain.

Menepati dan menunaikan janji adalah antara sifat yang sangat dituntut Islam seperti firman Allah yang bermaksud : “Dan penuhi (sempurnakanlah) perjanjian (dengan Allah dan manusia) sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya.”(Surah al-Israk ayat 34).

Malah, dalam ayat lain Allah menerangkan bahawa mereka yang sentiasa menunaikan janji adalah dianggap sebagai golongan yang beriman, yang benar dan bertakwa kepada Allah s.w.t., seperti firman-Nya yang bermaksud: “…..Dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan (menepati) janjinya apabila mereka membuat janji..”
(Surah al-Baqarah ayat 177).

Di samping itu, banyak pula hadis yang menuntut supaya umat Islam menjadi umat yang menghormati janji. Malah, Rasulullah SAW sendiri pernah keluar menunggu beberapa hari kerana menunaikan janjinya hendak berjumpa seseorang.  Demikian juga umat Islam dituntut supaya menjadi umat yang bertanggungjawab terhadap janji yang dibuat, kecuali ada keuzuran atau halangan yang tidak dapat dielakkan.  Besar dosanya bagi orang yang suka membuat janji dan sengaja tidak mahu menyempurnakannya, kerana perbuatan itu boleh menyusahkan orang lain dan mempunyai ciri-ciri orang munafik.

Sebagai seorang muslim yang yakin bahawa segala sesuatu yang berlaku adalah dengan kehendak dan izin Allah, maka setiap kali membuat janji hendaklah menyebut “Insya Allah” yang bermaksud : “Jika dikehendaki Allah”.

Bagaimanapun, perlu diingat bahawa ucapan itu bukanlah satu alasan untuk tidak menunaikan janji yang dibuat.

Ucapan “Insya-Allah” itu hendaklah disertai dengan ‘azam untuk menunaikan janji itu supaya dia tidak tergolong dalam golongan orang yang munafik.  Sebutan “Insya Allah” itu adalah sebagai tanda keimanan dan keyakinan kita terhadap kekuasaan Allah, kerana kita yakin bahawa kita tidak mampu melakukan sesuatu kecuali dengan izin Allah.

Allah berfirman, maksudnya : “Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): “Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti”. Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): “Insya-Allah”. Dan ingatlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: “Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan pertunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini”.  (Surah al-Kahfi ayat 23-24).

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW menceritakan bahawa pada satu malam, Nabi Allah Sulaiman yang mempunyai ramai isteri. Nabi Sulaiman a.s. pernah bersumpah dengan menyatakan bahawa: “Pada malam ini aku akan mendatangani semua isteriku dan masing-masing akan mengandung dan melahirkan anak lelaki yang akan menjadi mujahid (pejuang) menegakkan agama Allah.”

Ucapan itu tidak disertai dengan “Insya-Allah” dan akhirnya yang mengandung hanyalah seorang isterinya.  Itupun melahirkan anak yang cacat.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “Kalaulah Nabi Allah Sulaiman berkata “Insya-Allah” nescaya akan lahirlah zuriat yang akan menjadi mujahid (pejuang) pada jalan Allah”. (Fath al-Bari; jld. 6; m.s.558)

Kesimpulan ; Berdasarkan kepada hujjah dan alasan yang tersebut di atas dapat kita faham bahawa  betapa pentingnya menjaga hubungan kita dengan Allah dan juga manusia. Sehingga Islam mensyariatkan bahawa seseorang itu melafazkan kalimah “Insya Allah” sekiranya ia berjanji hendak melakukan sesuatu perkara yang ia tidak pasti dapat melakukannya atau tidak, tetapi janganlah pula ini dijadikan alasan untuk melarikan diri daripada menyempurnakan janji yang dibuat. Kerana kalau kita tahu bahawa kita tidak akan dapat melakukan suatu perkara atau menunaikan janji itu maka seharusnya kita berterus terang sahaja, kalau tidak maka kita telah melakukan suatu pembohongan yang terancang.  Wallahua’alam.

Soalan Kelima : Saya mengalami masalah was-was yang teruk dalam segala hal dari segi kebersihan sampailah kepada hal-hal solat dan makanan. Contohnya kalau saya pergi tandas dan saya rasa macam ada setitik air mercik ke kulit kaki saya maka serta merta saya akan rasakan seluar saya juga terkena percikan tersebut. Begitu juga bila saya buang air besar, selesai membasuhnya saya akan mencium jari tangan saya berkali-kali  bagi memastikan bau najis hilang walaupun tangan saya sudah dibasuh berkali-kali.

Jawapan :

Menurut Imam Ibn-Qayyim sesungguhnya orang yang was-was sedar atau tidak, mereka telah mengikuti bisikan syaitan. Menurut beliau lagi, orang-orang yang sudah dikuasai oleh syaitan, mereka telah menuruti apa sahaja kemahuan syaitan, oleh itu lawanlah perasaan was-was ini dengan meminta perlindungan Allah SWT daripada gangguan syaitan.

Didalam Jami Imam Tarmizi, hadis daripada Ubai bin Kaab, sesungguhnya Nabi saw bersabda (maksudnya): ”Sesungguhnya untuk wuduk ada syaitan (yang menganggu) yang bernama Walhan. Maka jauhilah was-was air!” Menurut penterjemah kitab, hadis ini merupakan ucapan seorang sahabat. (Ibnu Qayyim al-Jauzi. Bahaya Sikap Was-Was. K.L. Pustaka Syuhada. m/s 63)
Nabi Muhammad SAW semasa menjelaskan berhubung dengan seorang lelaki yang tidak pasti sama ada wuduknya sudah terbatal ataupun tidak bersabda:”Apabila salah seorang antara kamu merasakan sesuatu dalam perutnya kemudian dia ragu-ragu sama ada keluar sesuatu ataupun tidak janganlah dia keluar dari masjid sehingga dia mendengar bunyi (kentut) ataupun menghidu baunya”. (Hadis riwayat Muslim dan Tirmizi.)

Bau yang tinggal setelah tangan kita dibasuh berkali-kali adalah dimaafkan, kerana bau dan warna juga kadang-kadang bukan mudah untuk dihilangkan walaupun dengan sabun. Air mutlak boleh menghilangkan apa jua najis. Tidak perlulah membawa sabun membawa sabun ke mana sahaja kita pergi hanya untuk tujuan itu kerana ini menyulitkan sedangkan Islam itu agama yang mudah.  Wallahu a'lam.


Credit : Ustaz Makmum Sundari Fb

Rezeki Yang Berkat, Hukum Suka Membuat Lawak Jenaka, Solat Ketika Sakit Dengan Kerusi , Suami Tak Mahu Bekerja Dan Hukum Qada' Solat Untuk Simati


Soalan Pertama :  Ustaz..saya nak mintak pendapat mengenai rezeki yang berkat. Adakah seseorang yang mempunyai gaji yang besar tetapi tidak mencukupi setiap bulan di kira sebagai rezeki yang tak berkat?

Jawapan :

Islam menuntut umatnya supaya bekerja dan berusaha sehingga bebas daripada belenggu kemiskinan.Kemiskinan boleh menggelincirkan iman kerana seseorang yang lemah imannya akan sanggup menggadaikan akidahnya dengan melakukan pekerjaan yang terlarang serta menuturkan kata-kata yang menolak kebesaran Allah SWT seperti menafikan keadilan Allah SWT dan sebagainya.

Setiap pekerjaan yang dilakukan oleh manusia untuk meneruskan kelangsungan hidup di dunia merupakan ibadat iaitu selagi ia dilakukan dengan niat yang baik dan tidak melanggar hukum-Nya. Rezeki yang berkat adalah rezeki yang dicari dengan titik peluh sendiri, bukan dengan cara menunggu pemberian daripada orang lain seperti meminta sedekah, derma dan sebagainya padahal tubuh badan masih lagi kuat dan sihat. Hal ini amat dilarang keras oleh Islam kerana ia merupakan perbuatan yang memalukan dan menghinakan

Selalunya manusia itu apabila berkaitan dengan berkah (berkat, barakah) menjuruskan kepada rezeki dan menilai disegi banyaknya keuntungan yang diperolehi. Sebaliknya mereka beranggapan tiada keberkatan daripada Allah SWT apabila rezeki yang mendatang itu sedikit sedangkan usaha yang dikeluarkan cukup banyak dan berlipat ganda, namun kepada kedua kedudukan tersebut manusia selalu terlupa dan tidak mahu bersyukur kepada Allah.

Kehidupan yang berkat itu sebenarnya akan sentiasa mencukupkan dan kecukupan itu membolehkan keberkatan didalam kehidupan. Apabila mempersoalkan amaun banyak atau sedikit, bererti manusia itu tidak pernah puas sehinggakan tidak tahu mereka bersyukur, maka tiadalah keberkatan dari Allah didalam kehidupan. Sesungguhnya segala yang dimiliki oleh manusia diatas muka bumi ini walau sebanyak mana atau sangat sedikit, mahu pun mungkin tidak punya suatu apa, sebenarnya segala itu adalah kurnia daripada Allah SWT.

Nabi SAW bersabda maksudnya, “Sesungguhnya Allah yang Maha Luas KurniaNya lagi Maha Tinggi akan menguji setiap hambaNya dengan rezeki yang diberikan. Barang siapa yang redha dengan pemberian Allah, maka Allah akan memberkati dan melapangkan rezeki baginya dan barang siapa yang tidak redha nescaya rezekinya tidak diberkati” (HR Ahmad)

Nabi Muhammad SAW melalui Sabda Baginda diatas sekali gus menjelaskan bahawa keberkatan dari Allah SWT itu tidak ditentukan amaun banyak atau sedikit rezeki yang diperolehi. Keberkatan Illahi itu terletak diatas rasa keredhaan hamba Allah keatas apa sahaja bentuk mahu pun jumlah kurniaanNya.

Sebaliknya rezeki itu sendiri merupakan perujian daripada Allah SWT kepada manusia sejauh mana mereka benar benar bertakwa dan berserah diri kepadaNya. “Wahai orang orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar benar takwa kepadaNya, dan janganlah kamu mati melainkan dengan berserah diri”(Surah Ali-Imran (3) ayat 102)

Dalam kita memahami pengertian rezeki yang berkat, kita tidak boleh membataskan rezeki itu hanya pada wang ringgit tetapi meliputi kesihatan. Ilmu,sahabat, masa lapang, idea dan berbagai lagi sehinggakan kemampuan melaksanakan amal ibadah juga merupakan rezeki. Bila kita dapat memahami makna rezeki yang berkat secara tidak lansung kita sudah menambahkan rezeki dengan meluaskan pengertian rezeki itu sendiri. Jika seseorang mendapat gaji yang besar tetapi tidak merasai cukup kerana terlalu banyak perkara yang perlu di bayar dan merasai sentiasa tak cukup. Sedangkan ada setengah orang berpendapatan sederhana tetapi mencukupi menyara isteri dan anak-anak, mampu membeli rumah, kereta dan mampu membiayai pengajian anak-anaknya ke universiti. Ini adalah petanda rezeki yang tak berkat dengan rezeki yang berkat.

Soalan Kedua : Ustaz.baru-baru ini ada seorang ustaz bercermah mengatakan ada hadis yg mengatakan barang siapa berkata2 yg menyebabkan orang lain ketawa maka orang ini akan dilaknat oleh Allah dan dimasukkan kedlm neraka. Adakah hadis ini sahih ?Kalau sahih mcm mana dgn orang yg menjadi pelawak yg berlawak supaya orang lain ketawa?

Jawapan :

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah memberikan beberapa nasihat kepada Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, di antara nasihat tersebut adalah perkataan beliau:

(( وَلاَ تُكْثِرِ الضَّحِكَ, فَإِنَّ كَثْرَةَ الضَّحِكِ تُمِيتُ الْقَلْبَ.))

“Janganlah banyak tertawa! Sesungguhnya banyak tertawa akan mematikan hati.”(HR At-Tirmidzi no. 2305. Syaikh Al-Albani berkata, “Hasan.” (Shahih Sunan At-Tirmidzi.). Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam pada hadis di atas melarang seseorang untuk banyak tertawa dan bukan melarang seseorang untuk tertawa. Tertawa yang banyak dan berlebih-lebihanlah yang mengandung celaan.

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam juga pernah bergurau senda. Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, para sahabat pernah berkata kepada Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam :

( يَا رَسُولَ اللهِ ، إِنَّكَ تُدَاعِبُنَا )

“Ya Rasulullah! Sesungguhnya engkau sering bergurau senda dengan kami.”

Baginda pun berkata:

(( إِنِّيْ لاَ أَقُوْلُ إِلاَّ حَقًّا.))

“Sesungguhnya saya tidaklah berkata kecuali yang haq (benar).”
(HR At-Tirmidzi no. 1990. Syaikh Al-Albani berkata, “Shahih.” (Ash-Shahihah IV/304).

Di antara gurau senda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam tercantum pada dua hadis berikut:
Hadis 1.

عَنْ أَنَسٍ أَنَّ رَجُلاً أَتَى النَّبِىَّ –صلى الله عليه وسلم– فَقَالَ: ( يَا رَسُوْلَ اللَّهِ احْمِلْنِى.) قَالَ النَّبِىُّ –صلى الله عليه وسلم-: (( إِنَّا حَامِلُوكَ عَلَى وَلَدِ نَاقَةٍ )). قَالَ: (وَمَا أَصْنَعُ بِوَلَدِ النَّاقَةِ؟) فَقَالَ النَّبِىُّ –صلى الله عليه وسلم-: (( وَهَلْ تَلِدُ الإِبِلَ إِلاَّ النُّوقُ.))

Diriwayatkan dari Anas radhiallahu ‘anhu bahwasanya seseorang mendatangi Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam. Dia pun berkata, “Ya Rasulullah! Angkatlah saya (ke atas unta)!” Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam pun mengatakan, “Sesungguhnya kami akan mengangkatmu ke atas anak unta.” Lelaki itu pun berkata, “Apa yang saya lakukan dengan seekor anak unta?” Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam bersabda, “Bukankan unta-unta betina melahirkan unta-unta?”(HR Abu Dawud no. 5000 dan At-Tirmidzi no. 1991. Syaikh Al-Albani berkata, “Shahih.” (Shahih Sunan Abi Dawud dan Shahih Sunan At-Tirimidzi).

Baginda bersenda gurau dengan orang tersebut dengan menyebut untanya dengan anak unta. Orang tersebut memahami perkataan baginda sesuai zahirnya, tetapi bukankah semua unta yang ada adalah anak-anak dari ibu unta?
Hadits 2

عَنِ الْحَسَنِ قَالَ: أَتَتْ عَجُوزٌ إِلَى النَّبِيِّ –صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ–، فَقَالَتْ: (يَا رَسُولَ اللَّهِ، ادْعُ اللَّهَ أَنْ يُدْخِلَنِي الْجَنَّةَ) فَقَالَ: ((يَا أُمَّ فُلاَنٍ، إِنَّ الْجَنَّةَ لاَ تَدْخُلُهَا عَجُوزٌ.)) قَالَ: فَوَلَّتْ تَبْكِي فَقَالَ: (( أَخْبِرُوهَا أَنَّهَا لاَ تَدْخُلُهَا وَهِيَ عَجُوزٌ إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى يَقُولُ : { إِنَّا أَنْشَأْنَاهُنَّ إِنْشَاءً 0فَجَعَلْنَاهُنَّ أَبْكَارًا 0عُرُبًا أَتْرَابًا } )).

Diriwayatkan dari Al-Hasan radhiallahu ‘anhu, dia berkata, “Seorang nenek tua mendatangi Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam. Nenek itu pun berkata, ‘Ya Rasulullah! Berdoalah kepada Allah agar Dia memasukkanku ke dalam syurga!’ Baginda pun mengatakan, ‘Wahai Ibu si Anu! Sesungguhnya syurga tidak dimasuki oleh nenek tua.’ Nenek tua itu pun pergi sambil menangis. Baginda pun mengatakan, ‘Kabarkanlah kepadanya bahwasanya wanita tersebut tidak akan masuk syurga dalam keadaan seperti nenek tua. "Sesungguhnya Allah Ta’ala mengatakan: (35) Sesungguhnya kami menciptakan mereka (Bidadari-bidadari) dengan langsung. (36) Dan kami jadikan mereka gadis-gadis perawan. (37) Penuh cinta lagi sebaya umurnya.” (Surah Al-Waqi’ah ayat 35-37) (HR At-Tirmidzi dalam Syamaa-il-Muhammadiyah no. 240. Syaikh Al-Albani berkata, “Hasan.” (Mukhtashar Syamaa-il dan Ash-Shahiihah no. 2987).

Jika kita perhatikan hadits–hadits di atas, maka kita akan mendapatkan bahwa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bergurau pada beberapa keadaan tertentu, tetapi gurau baginda tidak mengandung kedustaan dan selalu benar.

Orang yang terlalu serius dan selalu terlihat tegang dan kaku, kehidupannya akan terasa sangat penat dan suntuk. Orang jenis ini seharusnya memasukkan senda gurau di dalam hidupnya sehingga terhindar dari pengaruh buruk tersebut.

Sebaliknya orang yang terlalu sering bergurau, maka sebaiknya dia belajar untuk dapat melatih lisannya agar boleh terbiasa diam dan hanya berbicara pada hal-hal yang bermanfaat saja. Bergurau yang berbohong, mengaibkan orang lain atau memfitnah adalah berdosa kerana Nabi SAW melarang sesiapa yang bergurau tidak di atas asas yg benar.

Soalan Ketiga : Ustaz bolehkah perjelaskan cara-cara solat menggunakan kerusi untuk orang yang sakit? Adakah terdapat hadis Nabi SAW membenarkan solat secara duduk atau berbaring?

Jawapan :

Hukum-Hakam Solat Duduk Di Atas Kerusi

1)Berdiri, rukuk dan sujud adalah termasuk di dalam rukun solat. Sesiapa yang mampu melakukannya, maka wajib melakukannya seperti yang disyariatkan. Adapun sesiapa yang uzur kerana sakit atau tua, bolehlah duduk di atas lantai ataupun di atas kerusi. Asas dalam hal ini ialah berdasarkan firman Allah SWT yang mengandungi perintah menunaikan solat dalam keadaan berdiri:

Maksudnya: “Peliharalah semua solat(mu), dan (peliharalah) solat wusthaa. Berdirilah untuk Allah (dalam solatmu) dengan Qanit.” (Surah al-Baqarah ayat 238)

Setelah itu datang keringanan dari Nabi SAW bagi yang uzur berdasarkan hadis daripada ‘Imran bin Husain r.a.:

كَانَتْ بِي بَوَاسِيرُ فَسَأَلْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الصَّلَاةِ فَقَالَ صَلِّ قَائِمًا فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَقَاعِدًا فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَعَلَى جَنْبٍ

Maksudnya: “Dahulu aku pernah mengidap penyakit buasir, lalu aku bertanya kepada Nabi SAW tentang solat. Jawab baginda: “Solatlah secara berdiri, jika kamu tidak mampu, maka solatlah secara duduk, jika kamu tidak mampu juga, maka solatlah di atas rusuk.” (HR al-Bukhari, hadis no. 1066)

Kata al-Imam Ibn Qudamah al-Maqdisi: Maksudnya: “Para ulama telah bersekapat bahawa sesiapa yang tiada mampu berdiri, maka boleh solat secara duduk.” (al-Mughniy 1/443)

Kata al-Imam al-Nawawi: “Ummah telah bersepakat bahawa sesiapa yang tidak mampu berdiri dalam solat fardu, maka dia boleh solat secara duduk, dan tidak perlu pengulangan (solat yang ditunaikan secara duduk kerana keuzuran).

Kata Ashab kami: “Tidak dikurangi pahala solatnya secara duduk berbanding berdiri, kerana dia ketika itu seorang yang uzur. Sesungguhnya telah thabit di dalam Sahih al-Bukhari bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إذا مَرِضَ العبدُ أو سافر كُتِبَ له مِثْلُ ما كان يعمل مقيمًا صحيحًا

Maksudnya: “Apabila seseorang hamba itu sakit atau dalam permusafiran, dicatit untuknya apa yang dilakukannya ketika dia tidak bermusafir dan ketika sihat.” (HR al-Bukhari – al-Majmu’ 4/226)

Kata al-Syaukani: “Hadis ‘Imran menunjukkan keharusan bagi sesiapa yang memiliki keuzuran yang tidak mampu berdiri untuk solat secara duduk, dan sesiapa yang ada keuzuran, dan tidak mampu solat secara duduk, dia boleh solat secara berbaring di atas lambung/rusuk.” (Nail al-Author 3/243)

Oleh itu, sesiapa yang solat fardu secara duduk sedangkan dia mampu berdiri, maka solatnya adalah batal. Adapun bagi sesiapa yang memiliki keuzuran untuk berdiri sahaja disebabkan sakit, maka harus baginya solat secara duduk di atas kerusi pada kedudukan berdiri. Manakala dia rukuk dan sujud dalam bentuk yang diperintahkan (secara sempurna). Jika mampu berdiri, namun sukar untuk duduk dan sujud. Maka wajib solat secara berdiri, kemudian duduk di atas kerusi apabila hendak rukuk dan sujud dengan menjadikan tunduknya untuk sujud lebih rendah daripada rukuk. Hal ini berdasarkan kaedah yang menyebut:

المشقة تجلب التيسير

Iaitulah: “Sesuatu kesempitan itu, mendatangkan kemudahan.” Demikian juga berdasarkan salah satu prinsip syariat iaitulah

رفع الحرج ودفع المشقة

yang bermaksud “Menghilangkan kesukaran dan menolak kesempitan.” Selain itu terdapat dalil lain yang banyak dalam hal ini, antaranya firman Allah SWT yang bermaksud, “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya…” (Surah al-Baqarah ayat 286)

Firman Allah SWT maksudnya: “Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut kemampuanmu…” (Surah al-Taghabun ayat 16)

Sabda Nabi SAW:

وَإِذَا أَمَرْتُكُمْ بِأَمْرٍ فَأْتُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ

Maksudnya: “Dan apabila aku memerintahkan kamu semua melakukan sesuatu, maka laksanakanlah ia menurut kemampuanmu.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Al-Syeikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baz RH berkata: “Yang wajib ke atas sesiapa yang solat secara duduk di atas lantai atau atas kerusi, menjadikan sujudnya lebih rendah berbanding rukuk. Sunnah juga untuk dia meletakkan dua tangannya di lutut ketika itu pada kedudukan rukuk. Adapun pada kedudukan sujud, maka yang wajib, dia meletakkan kedua tangannya di atas lantai jika mampu. Jika tidak mampu maka bolehlah diletakkan di atas lutut berdasarkan hadis yang thabit dari Rasululah SAW yang bersabda:

أُمِرْتُ أَنْ أَسْجُدَ عَلَى سَبْعَةِ أَعْظُمٍ عَلَى الْجَبْهَةِ وَأَشَارَ بِيَدِهِ عَلَى أَنْفِهِ وَالْيَدَيْنِ وَالرُّكْبَتَيْنِ وَأَطْرَافِ الْقَدَمَيْنِ

Maksudnya: “Aku diperintahkan untuk sujud di atas 7 anggota iaitulah dahi dan baginda juga menunjukkan tangan baginda ke hidung, dua telapak tangan, dua lutut dan jari-jari kedua-dua kaki.” Maka sesiapa yang ada keuzuran melakukan semua ini, dia pula menunaikan solat di atas kerusi, maka tidak mengapa berdasarkan firman Allah:

Maksudnya: “Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu…” (Surah al-Taghabun ayat 16)

Dan sabda Nabi SAW:

وَإِذَا أَمَرْتُكُمْ بِأَمْرٍ فَأْتُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ

Maksudnya: “Dan apabila aku memerintahkan kamu semua melakukan sesuatu, maka laksanakanlah ia menurut kemampuanmu.” (HR al-Bukhari dan Muslim).” (Fatawa Ibn Baz 12/245-246)

Justeru, perlu diberi perhatian bahawa sesiapa yang hanya tidak mampu berdiri, namun mampu melakukan sujud dan rukuk, maka tidak boleh dia duduk di atas kerusi pada kedudukan sujud dan rukuk. Demikian juga jika dia hanya tidak mampu untuk rukuk dan sujud seperti biasa, namun mampu berdiri, maka tidak boleh dia duduk di atas kerusi pada kedudukan berdiri. Al-Imam Ibn Qudamah al-Maqdisi berkata:

“Dan sesiapa yang mampu berdiri, namun tidak mampu melaksanakan rukuk dan sujud, tidak gugur darinya kewajipan berdiri, hendaklah orang seperti ini solat dengan berdiri, lalu dia melakukan isyarat ketika rukuk, kemudian dia duduk dan melakukan isyarat ketika sujud. Inilah juga yang dikatakan oleh al-Syafie… firman Allah:

Maksudnya: “Dan berdirilah (di dalam solat) dengan Qanit.”

Demikian juga sabda Nabi SAW

: صَلّ قَائِمًا

Yang bermaksud: “Tunaikanlah solat dengan berdiri.”

Ini kerana berdiri di dalam solat adalah salah satu rukun solat bagi sesiapa yang berkemampuan, maka wajib dia melaksanakannya dengan baik sama seperti rukun membaca al-Fatihah.

Ada keuzuran melakukan rukun yang lain tidak menjadikan gugurnya kewajipan melaksanakan rukun berdiri ini…” (al-Mughniy 1/444)

2) Bukan semua sakit membolehkan seseorang solat di atas kerusi. Para ulama telah berbeza pandangan tentang batasan sakit yang membolehkan diambil keringanan. Maka yang sahih atau yang benar dari berbagai pandangan tersebut ialah apabila timbul kesukaran dari sudut akan hilang kekhusukan di dalam solat, maka ketika itu harus mengambil keringanan solat dengan duduk.

Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-‘Uthaimin berkata:  “Garis ketetapan bagi masyaqqah (kesukaran/keperitan): iaitulah apa-apa yang menghilangkan khusuk, dan khusuk itu adalah kehadiran jantung hati dan tomakninah (ketenangan), maka apabila seseorang berdiri di dalam solat, lalu ia merasai gelisah yang bersangatan dan tiada lagi ketenangan, sehingga dia mengharap al-Fatihah yang dibaca segera dihabiskan agar dapat segera rukuk kerana kesukaran atau keperitan menanggung kesakitan, maka ketika itu dia dikira memiliki kesukaran atau keperitan untuk berdiri, maka orang seperti ini solat dengan duduk.” (al-Syarh al-Mumti” 4/326)

3) Berkaitan kedudukan kerusi di dalam saf pula, ada dua keadaan:

i) Jika seseorang memulakan solat dengan duduk dari awal solat sehingga ke akhirnya. Maka kedudukan kaki kerusi bahagian belakang adalah berada di atas saf, kerana ia mengambil peranan dua belah kaki. Oleh itu hendaklah dua kaki kerusi bahagian belakang dijadikan lurus di dalam saf bersama kaki para jemaah lainnya di dalam saf yang sama.

ii) Jika seseorang perlu menunaikan solat dengan menggunakan kerusi, namun di awal solat dia mampu untuk berdiri, dia akan menggunakan kerusi ketika hendak rukuk dan sujud, maka wajib dia berdiri sebaris dengan jemaah di dalam safnya dan kerusinya berada di belakangnya. Apabila dia hendak rukuk dan sujud, dia hendaklah bergerak ke hadapan sambil menarik kerusi yang berada di belakangnya jika kerusi itu mengganggu orang di belakangnya.

Soalan Keempat : Ustaz, saya nak tanya apa hukum suami yang tak mahu bekerja kata dia ada hak guna gaji isteri yang kerja, atas alasan dia bagi kebenaran isteri kerja. Semua isteri tanggung termasuk hutang suami. Terima kasih.

Jawapan :

Islam meletakkan kewajipan menanggung nafkah isteri dan anak-anak adalah tanggungjawab suami. Suami yang sihat tak mahu bekerja dan memakan hasil titik peluh isteri berdosa besar dan akan mendapat kemurkaan Allah SWT. Sabda Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam; “Tidak halal harta seorang muslim yang lain melainkan dengan kerelaan hatinya” (HR Imam ad-Daruqutni dari Anas bin Malik).

Dalam kitab Maratib al-Ijma’ ada ditegaskan; “Para ulama telah sepakat menegaskan bahawa tidak halal suami bersedekah dari harta milik isterinya melainkan dengan izin isterinya” (Maratib al-Ijma’, Imam Ibnu Hazm, 1/92). Nafkah diwajibkan melalui al-Quran dalam surah al-Talaq (65) ayat 7 yang bermaksud: "Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya, dan sesiapa yang disempitkan rezekinya maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah SWT kepadanya, Allah SWT tidak memberatkan seseorang melainkan yang diberikan Allah kepadanya..."

Dalam surah al-Baqarah ayat 233, Allah SWT berfirman yang maksudnya "Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu dengan cara yang ma'ruf..."

Sekiranya suami banyak harta dan kedekut untuk diberikan nafkah pada isteri dan anak-anaknya maka isteri di haruskan mengambil harta suami tanpa pengetahunnya dan tidak dikira sebagai mengambil hak orang lain. Dalam sebuah hadis tentang Hindun; yang mana dia telah datang kepada Rasulullah SAW dan berkata "Wahai Rasulullah, sesungguhnya Abu Sufyan seorang lelaki yang bakhil. Dia tidak membiayai nafkah saya dan anak saya dengan mencukupi". Lalu Rasulullah SAW bersabda, "Ambillah hartanya sekadar yang mencukupi untukmu dan anakmu dengan sepatutnya"

Hadis di atas menunjukkan bahawa kewajipan membiayai nafkah isteri adalah mutlak dan ia dinilaikan dengan kecukupannya. Oleh yang demikian, isteri boleh mengambil sendiri nafkahnya tanpa diketahui suaminya jika suami tidak memberi ataupun ia tidak mencukupi. Ayat-ayat al-Quran dan hadis menunjukkan kewajipan memberi nafkah kepada isteri oleh suami.

Jika suami berterusan tak mahu bekerja isteri boleh mengadu di pejabat agama supaya minta jasa baik pegawai agama untuk menasihatkan suami tersebut supaya mencari nafkah untuk isteri dan anak-anaknya. Jika suami berterusan bergantung daripada hasil usaha isterinya, maka si isteri boleh mohon fasakh kerana salah satu sebab di haruskan mohon membubarkan perkahwinan adalah kerana suami sudah tak berfungsi sebagai suami (tak mahu memberi nafkah).

Soalan Kelima : Saya ingin bertanyakan satu soalan...Adakah anak-anak perlu mengqada' solat dan puasa bapanya yang telah meninggal dunia..Bapa tersebut ada tertinggal solat dan puasa yang tidak sempat diqada' semasa hidup akibat sering sakit dan pengsan...Mohon pencerahan...Sekian.

Jawapan : 

Imam Nawawi rahimahullah menyebutkan di dalam kitabnya Majmu’ Syarah Muhazzab dan Minhaj al-Tholibin bahawa solat tidaklah perlu diqada’kan oleh waris orang yang meninggal dunia tersebut.

Ini kerana tiada nas syarak pada membenarkan qada’ solat untuk orang yang telah meninggal dunia. Disebutkan bahawa al-Imam Qadhi Iyadh rahimahullah mengatakan bahawa perkara ini merupakan ijma’ para ulama(berkenaan tiadanya qada’ solat bagi orang yang telah meninggal).

Untuk puasa qada pula yang ditinggalkan oleh si mati maka warisnya boleh membayar fidyah atau berpuasa untuknya. Di dalam satu riwayat yang disebutkan oleh al-Imam Syafie, dibenarkan untuk waris bagi si mati untuk mengeluarkan satu mud beras @ makanan asasi(556 gram mengikut timbangan sekarang) mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.Ini juga seperti yang dipegang oleh al-Imam Baghawi rahimahullah.Pendapat mazhab al-Syafieyyah merupakan pendapat dan pandangan yang menghimpunkan dua keadaan, iaitu, sama ada digantikan puasa ahli keluarga yang meninggal dunia atau membayar fidyah.Maksudnya, ahli waris masih berpeluang untuk melakukan kebajikan kepada arwah dari kalangan ahli keluarga. Kalau tidak mampu menggantikan puasa ahli keluarga yang telah meninggal bolehlah dibayar fidyah sahaja. Wallahu a'lam

Credit : Ustaz Makmum Sundari Fb