Rejab

HIDUPKAN AMALAN DI BULAN REJAB.

Assalamua'laikum Warohmatullahi Wabarokatuh.

Sangat digalakkan untuk memperbanyakkan istighfar di dalam bulan Rajab dan mula bersiapkan diri untuk tibanya bulan Ramadhan.

Antara istighfar yang digalakkan adalah :

رب اغفر لي وارحمني وتب علي

Robbigh firli warhamni watub  'alayya 70x selepas solat isyak.

Disunnahkan juga untuk membaca doa :

اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان

Allahumma baariklanaa fii rajabi wa sya'baani wa ballighnaa romadhon..

Para ulama' muktabar mengatakan bahawasanya ada lima malam unggul yang mana ALLAH Subhanahu Wata'ala akan  berikan anugerah besar pada tiga malam, iaitu

1. Awal malam Rejab;
2. Malam Nisfu Sya'ban;
3. Malam 'Idil fitri;
4. Malam 'Idil Adha; dan
5. Malam Jumaat.

Semoga ALLAH berikan kepada kita taufiq dan hidayah untuk beribadah pada malam-malam tersebut, dan diterima segala amal ibadah kita....
Aamiin ya Robb... اللهم آمين. اللهم صل على سيدنا ونبينا وحبيبنا محمد وعلى وآله وصحبه وسلم. والحمدالله رب العالمين.

Harini da 27Rejab ... 33hari lg kita berpuasa In Shaa Allah 😍

No comments:

Post a Comment