Islam menyeru dan menuntut kita buat kebaikkan. Buatlah amal tanpa memintas balasan, InsyaAllah balasan dan ganjaran dari Allah SWT amatlah banyak didunia dan akhirat. Jangan sekali2 buat mungkar kerana segala kemungkaran adalah dorongan dan bisikan iblis. Sesungguhnya iblis itu musuh kamu yang nyata.
Mengaibkan orang lain adalah satu dosa besar, semakin ia disebarkan, semakin besar dosa orang yang melakukannya. Dosa itu akan berlipat ganda dan balasan di akhirat amat lah berat, tidak mampu kita menanggungnya. Siksaan di akhirat tidak ada kesudahannya. Kehidupan didunia hanya sekelip mata jika di banding di alam akhirat.
Janganlah kita terlibat dalam perbuatan mengaibkan orang lain, malah bersubahat dengan pembuat fitnah pun akan membakar kita . begitu hebat bahangnya. Jauhilah dari mereka yang terlibat dengan penyebaran fitnah yang amat mengaibkan.
'Jagalah diri kita dan ahli keluarga kita dari bakaran api neraka' - itulah maksud satu ayat dalam surah At Tahrim.
Lebih baik kita sebarkan berita baik , berita yang boleh memberi gembira dan keceriaan kepada orang lain. Ini adalah nasihat dari junjungan kita, Rasulullah Saw. Ikuti lah nasihat baginda kerana beliau adalah sebaik2 penasihat =D
No comments:
Post a Comment