Zikir








Firman Allah Swt petikan dari Surah al-Ahzab, ayat 35 yang bermaksud :
“Dan orang lelaki yang banyak menyebut (mengingati) Allah dan orang perempuan yang banyak menyebut Allah, maka Allah telah menyediakan untuk mereka keampunan dan ganjaran pahala yang besar”.

Rasulullah S.A.W yang bersabda 
(Petikan dari Hadis riwayat Muslim) maksudnya : 
“Sesiapa yang mengucapkan ‘Subahanallah hil’azimi Wabihamdih’ maka akan ditanamkan untuknya sepohon pokok tamar dalam Syurga.

Ada juga hikmah2 yang lain iaitu :-

  1. Mendapat keredaan Allah dan memperoleh ketenangan pada hati serta dapat merasakan kelazatan iman dalam jiwa.
  2. Menimbulkan kejernihan.
  3. Kemanisan pada hati dan wajah.
  4. Mendapat kasih sayang, kecintaan serta keampunan dari Allah serta dimurahkan rezekinya.
  5. Mendapat merasakan betapa besar, agung, hebat dan berkuasanya kerajaan Allah. Segera mendapat pembelaan daripada Allah Swt apabila seseorang itu berada dalam kesusahan dan kedukaan.
  6. Mendapat penghormatan dan doa daripada sekalian Malaikat. Memperoleh pohon tamar dalam Syurga kelak, semakin banyak berzikir maka semakin banyak pohon tamar itu untuknya.
  7. Mendapat nur (cahaya) daripada Allah dalam kehidupan di dunia ini, di alam barzakh(kubur) dan juga pada titian sirat nanti.
  8. Mendapat membina rumah dan juga istana dalam Syurga. Apabila kita berhenti berzikir maka berhentilah pembinaannya di Syurga.
  9. Mendapat pendinding dan juga perisai daripada Neraka jahanam. Dapat mendekatkan diri kepada Allah untuk membuka pintu masuk segala kebaikan.
  10. Menghalau dan mematahkan gangguan Syaitan terhadap dirinya. Dapat menghilangkan perasaan runsing yang bersarang dalam hatinya.
  11. Membersihkan hatinya daripada segala jenis kotoran dan juga penyakit. Dapat menjauhkan dirinya daripada segala jenis ketakutan dan kebimbangan.
  12. Menghapuskan dosa kecil serta maksiat kecil . Dapat melepaskan seseorang yang berzikir itu daripada sifat munafik.
  13. Apabila seseorang itu menyertai majlis bacaan yassin, tahlil, zikir dan selawat , dia sebenarnya menyertai majlis yang di hadiri oleh Malaikat.





Dengan berzikir juga seseorang itu akan sentiasa diingati oleh Allah Swt sepertimana dalam firmanNya bermaksud : 
Ingatlah kamu kepadaKu ketika kamu senang dan susah , maka Aku akan mengingatimu.






No comments:

Post a Comment