Contoh Sifat-Sifat Isteri Solehah






1. Mentaati perintah Allah S.W.T dengan mengerjakan segala perintah suami selagi tidak melanggar hukum Allah S.W.T

2. Sentiasa menjaga hati suami dengan bercakap dengan perkataan yang lembut-lembut,tidak meninggikan suara..

3. Hendaklah mendiamkan diri ketika suami berkata-kata dan memberi respond yg ikhlas..

4. Hendaklah sentiasa menyerah diri kepada suami apabila diperlukan. Rela dan bersedia apabila disentuh suami bila sahaja dikehendakinya..

5. Menghiasi diri dengan wangi-wangian dan bersolek (dalam rumah)..

6.Tidak berhias berlebih2 dan tidak memakai wangi-wangian apabila semasa ketiadaan suami di rumah..

7. Memelihara mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan suami..

8. Tidak berlaku curang atau mengkhianati suami apabila ketiadaanya di rumah..

9. Hendaklah sentiasa menghormati Ibu Bapa kandung suami (mertua), Adik beradik,sanak saudara dan kawan-kawan suami..

10. Mensyukuri apa yang disediakan oleh suami,tidak mengutuk di belakang suami..

11. Membantu suami menguruskan hal rumah tangga,dan memdidik anak-anak mengikut syariat Islam..

12. Tidak melakukan puasa sunat/ganti tanpa keizinan suami..

13. Tidak keluar rumah tanpa keizinan suami, menjaga maruah diri, suami dan keluarga. Menjaga aurat, tutur kata dan tingkah laku yg baik..

14. Tidak membenarkan lelaki bukan mahram masuk ke dalam rumah jika suami tiada dirumah melainkan dengan izin suami dan ditemani anak atau saudara mahram..

*Dan Lain-Lain







Sumber dr : http://www.facebook.com/photo.php?fbid=2177056710858&set=a.1470190479644.2071029.1380080408&type=3&theater

No comments:

Post a Comment