Syariat Islam mengajar kita beberapa adab dan larangan yang mesti diamalkan ketika buang hajat. Diantaranya adalah :
1 - Jangan menghadap kiblat ketika buang air kecil @ besarr.
* Kiblat kaum muslimin adalah Kaabah yang dibina oleh Nabi Ibrahim as di Makkah atas perintah Allah S.W.T . Ini merupakan bentuk penghormatan terhadap kiblat dan bentuk pengagungan terhadap syiar-syiar agama Allah S.W.T
Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud : "Jika salah seorang dari kamu duduk utk membuang hajatnya, janganlah ia menghadap atau membelakangi kiblat." [Hadith Riwayat Muslim no: 389]
2 - Tidak menyentuh kemaluan dengan tangan kanan semasa buang air kecil. Dalilnya sabda Rasulullah S.A.W yg bermaksud :
"Jika salah seorang dari kamu buang air kecil, janganlah ia menyentuh kemaluannya dan beristinja' dengan tangan kanan. Dan jangan pula ia bernafas dalam gelas (saat minum)." [Hadith Riwayat Al-Bukhari no: 150]
3 - Janganlah ia menghilangkan najis dengan tangan kanan, tetapi gunakanlah tangan kiri, berdasarkan hadis di atas dan sabda Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam yg bermaksud : "Jika salah seorang kamu membersihkan kotoran janganlah ia gunakan tangan kanannya." [Hadith Riwayat Muslim no: 5199]
Dan juga berdasarkan riwayat Hafsah rh, Salah seorang drpd isteri baginda bahawa Rasulullah S.A.W menggunakan tangan kanannya untuk makan, minum, berwudhu , memakai pakaian, memberi dan menerima dan menggunakan tangan kirinya untuk selain itu. " [Hadith Riwayat Ahmad]
Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud : "Jika salah seorang dari kamu beristinja 'maka janganlah ia gunakan tangan kanan, hendaklah ia gunakan tangan kirinya." [Hadith Riwayat Ibnu Majah No: 308]
4 - Menurut Sunnah Rasulullah S.A.W ,hendaklah berusaha duduk serendah mungkin saat membuang hajat. Cara seperti itulah yang lebih menutupi aurat dan lebih selamat dari percikan air kencing yang dapat mengotori badan dan pakaiannya. Dan boleh membuang hajat sambil berdiri jika aman dari percikan air kencing.
5 - Menutup diri dari pandangan orang ketika buang hajat.
Penghalang yang paling sering digunakan Rasulullah S.A.W ketika membuang hajat adalah dinding atau pagar kebun kurma (yakni di sebalik tanah tinggi atau dinding kebun kurma). [Hadith Riwayat Muslim no: 517]
Jika seorang muslim berada di tanah lapang lalu terdesak buang hajat sementara ia tidak mencari sesuatu sebagai penghalang, hendaklah ia menjauh dari orang lain. Dalilnya adalah riwayat Mughirah bin Syu'bah ra dia berkata:
"Ketika saya menyertai Rasulullah S.A.W dalam sebuah lawatan, baginda terdesak utk membuang hajat. Baginda S.A.W menjauh dari tepi jalan." [Hadith Riwayat At-Tirmidzi no: 20]
Abdul Rahman bin Abi Quraad meriwayatkan: "Saya pernah menyertai Rasulullah S.A.W ke sebuah padang luas. Jika beliau hendak membuang hajat maka beliau akan pergi menjauh." [Hadith Riwayat An-Nasa'i no: 16]
6 - Tidak membuka auratnya kecuali setelah tiba di tempat buang air. Sebab tempat buang air tentunya lebih tertutup. Berdasarkan riwayat Anas ra dia berkata:
"Apabila Rasulullah S.A.W hendak membuang hajat, Baginda S.A.W tidak akan menyingkap pakaiannya hingga tiba di tempat buang air." [Hadith Riwayat At-Tirmidzi no: 14]
Jika ia buang air di tandas, janganlah ia menyingkap pakaiannya kecuali setelah mengunci pintu tandas dan tersembunyi dari pandangan orang lain. Dari point di atas anda tentu dapat mengetahui bahawa kebiasaan yang sering dilakukan orang di negera-negara Barat, iaitu buang air kecil sambil berdiri di tempat-tempat terbuka dalam tandas-tandas am, adalah kebiasaan yang bertentangan dengan norma dan etika sopan santun dan akhlak yang mulia.
Tanpa segan silu seseorang membuka auratnya di hadapan manusia, padahal Allah telah meletakkan kemaluannya itu di tempat yang tersembunyi, iaitu di selangkangan antara kedua-dua kakinya! Dan Allah telah memerintahkan manusia supaya menutupnya, bahkan semua orang yang berakal bersetuju perintah Allah tersebut. Dan termasuk kekeliruan juga adalah membina tandas (tempat membuang air kencing) dalam bentuk terbuka seperti itu, sehingga masing-masing orang yang buang air di situ boleh melihat orang yang buang hajat di kanan dan kirinya!
7 - Di antara adab-adab yang dituntut oleh Syariat Islam kepada kaum muslimin adalah membaca zikir-zikir tertentu ketika memasuki tandas dan keluar darinya. Adab ini sangat sesuai dengan keadaan dan tempat.
Rasulullah S.A.W telah mengajarkan kepada kita doa ketika masuk ke dalam tandas.
"Bismillah, Allahumma inni a'uudzubika minal khubtsi wal khabaaits"
Ertinya: Dengan menyebut nama Allah, Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari segala gangguan syaitan laki-laki mahupun perempuan.
8 - Bersungguh-sungguh menghilangkan najis setelah selesai buang hajat, berdasarkan sabda Rasulullah yang memberi amaran keras terhadap orang-orang yang menganggap remeh perkara bersuci ini.
Baginda Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda: "Majoriti seksa kubur itu akibat tidak membersihkan air kencing" [Hadith Riwayat Ibnu Majah no: 342]
Diriwayatkan dari Abdullah bin Abbas ra bahawa ia bercerita: "Suatu kali Rasulullah S.A.W melalui dua kubur lalu berkata:
"Sesungguhnya kedua penghuni kubur ini sedang diseksa, bukanlah kerana kesalahan yang besar. Salah seorang dari keduanya kerana tidak beristinja 'selepas buang air, dan satu lagi berjalan ke sana ke mari menyebar fitnah. [Hadith Riwayat Al-Bukhari no: 5592]
"Ingatlah, sesungguhnya dua mayat ini sedang diseksa tetapi bukan kerana melakukan dosa besar. Seorang daripadanya diseksa kerana dahulu dia suka membuat fitnah dan seorang lagi disiksa kerana tidak menghindari diri daripada percikan air kencing. Kemudian baginda mengambil pelepah kurma yang masih basah lalu dibelahnya menjadi dua. Setelah itu baginda menanam salag satunya pada kubur yang pertama dan yang satu lagi pada kubur yang kedua sambil bersabda: Semoga pelepah ini boleh meringankan seksanya selagi ia belum kering." [Riwayat Bukhari no: 1378 dan Hadith Riwayat Muslim, no: 292]
9 - Hendaklah mencuci kemaluan atau dubur sekurang-kurangnya tiga kali atau ganjil sampai bersih sesuai dengan keperluan.
Dalilnya adalah riwayat 'Aisyah rh ia menceritakan bahawa Rasulullah S.A.W membersihkan kemaluannya sekurang-kurangnya sebanyak tiga kali.
Ibnu Umar Radhiyallahu 'Anhu berkata: "Kami pun melakukan amalan Baginda S.A.W dan kami dapati hal itu sebagai ubat dan kesucian." [Hadith Riwayat Ibnu Majah no: 350]
Dan juga berdasarkan hadith dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud:
"Jika salah seorang dari kamu beristijmar maka lakukanlah sebanyak tiga kali." [Hadith Riwayat Imam Ahmad]
10 - Tidak beristijmar (bersuci dengan cara mengusap) dengan menggunakan tulang dan rauts (kotoran haiwan yang telah mengering). Akan tetapi gunakanlah sapu tangan, batu dan seumpamanya.
Dalilnya adalah daripada Abu Huraira ra bahawa ia pernah membawakan tempat air Rasulullah Shallallahu' Alaihi wa Sallam untuk wudhu 'dan buang hajat beliau. Ketika Abu Hurairah mengikuti Rasul dengan membawa tempat air itu, Rasulullah berkata: "Siapakah ini?"
"Saya, Abu Hurairah!" jawabnya.
Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud : "Bawakanlah untukku beberapa buah batu untuk beristijmar, jangan bawa tulang dan kotoran haiwan."
Akupun membawa beberapa buah batu yang diletakkan di beg bajuku kemudian kuletakkan di sisi beliau lalu aku berpaling. Setelah Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam selesai buang hajat aku bertanya: "Mengapa tidak boleh menggunakan tulang dan kotoran haiwan?" beliau menjawab: "Kerana kedua-duanya adalah makanan bangsa jin." (Hadith Riwayat Al-Bukhari no: 3571)
11 - Dilarang buang air pada air yang bertakung (tidak mengalir).
Dalilnya hadis Jabir Radhiyallahu 'Anhu bahawa Rasulullah S.A.W melarang buang air pada air yang bertakun (tidak mengalir)." [Hadith Riwayat Muslim no: 423]
*Kerana perbuatan tersebut boleh mengotori air dan mengganggu orang-orang yang menggunakannya.
12 - Dilarang buang air di jalan dan di tempat orang-orang berteduh, sebab hal itu boleh mengganggu mereka.
Dalilnya hadis Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: "Jauhilah dua perkara yang mendatangkan kutukan! Mereka bertanya: Apa itu wahai Rasulullah?" Baginda bersabda: "Buang hajat di tengah jalan atau di tempat orang-orang berteduh." [Hadith Riwayat Abu Dawud no: 23]
13 - Dilarang mengucapkan salam kepada orang yang sedang buang hajat dan dilarang menjawab salam sementara ia berada di tempat buang hajat. Sebagai bentuk pengagungan kepada Allah S.W.T agar nama-Nya tidak disebut di tempat-tempat kotor.
Diriwayatkan dari Jabir bin Abdillah ra ia mengisahkan bahawa seorang lelaki sedang berjalan melewati Rasulullah S.A.W yang ketika itu tengah buang air kecil. Lelaki itu mengucapkan salam kepada beliau. Setelah selesai Baginda S.A.W berkata kepadanya: "Jika engkau melihatku dalam keadaan demikian (sedang buang hajat) janganlah ucapkan salam kepadaku kerana aku tidak akan menjawab salammu itu." [Hadith Riwayat Ibnu Majah no: 346]
Jumhur ulama berpendapat makruh berbicara di dalam tandas tanpa ada keperluan yg mendesak.
Itulah antara beberapa adab dan larangan dalam syariat Islam berkenaan dengan permasalahan yg dilakukan kita semua setiap hari. Syariat Islam telah menetapkan dan mejelaskannya dgn sebegitu terperinci. Wahai kawan2ku, boleh kah anda mencari agama lain atau syariat di dunia ini yang menetapkan peraturan-peraturan terperinci seperti Islam? Demi Allah, hal itu cukup sebagai bukti penegasan kesempurnaan dan keindahan agama Islam serta wajibnya kita mengikutinya.
Kita memohon kepada Allah S.W.T agar memberikan taufiq bagi kita semua kepada kebaikan dan mengurniakan hidayah kepada kebenaran. Selawat dan salam semoga tercurah kepada Nabi kita yg tercinta.. Muhammad Shallallahu 'Alaihi wa Sallam...
*Nak Share Silakan. Sumber dr : http://www.facebook.com/photo.php?fbid=2370951038095&set=a.1778662151243.2094986.1380080408&type=1
No comments:
Post a Comment