Mimpiku yang aneh



Semalam ku bermimpi, mempunyai kekasih hati. Tampan segak bergaya namun tidak direstui kedua orang tuaku. Begini la mimpiku .....

Setiap kali ku pulang rumah (selepas dating) kedua orang tuaku bising dan bertanya2 ke mana & bersama siapa kepemergianku sepanjang malam. Tercetus pertengkaran kerana aku hanya keluar di siang hari dan pulang sebelum maghrib. Merepek saja lah keluhan hatiku kerna kedua orang tuaku sering mencari salahku.
Pada keesokan hari seperti biasa ku bersiap untuk berdating .... pintu dihempas tutup oleh abahku. Dengan kuat dia menjerit "da mula la ni, nak masuk maghrib nak kluar rumah!" Aku yg melihat terang disiang hari dan bf ku menunggu di depan rumah tersenyum lebar menjadi marah. Lalu menjawab "apa Bah, kan siang terang kat luar kesian dia kat luar sorang2" Setelah ku menjawab abahku terdengar Azan berkumandang & abahku pun azan sama. Peliknya bermula disini, terdengar suara meraung dengan kuat dan menyeramkan di luar. Di atas rasa ingin tahu, aku menjengguk ke luar tingkap. MasyaAllah, yang ku lihat hanyalah lembaga hitam seakan2 meminta pertolonganku. Ternyata benar sudah malam mungkin maghrib ataupun ishak. Mak menggenggam tanganku dan memujukku melupakan kekasihku. Dunia berbeza takkan dapat bersama walau bagaimanapun.
Diketika itu aku terjaga, dari berbaring aku terduduk dan terpingga2 ... Setelah beristifar berberapa seketika terus bangun mencari buka nota yg ku catat doa terjaga dari mimpi buruk oleh Ustaz Kazim. Setelah membaca doa itu, aku berasa lega Alhamdulillah hanya mimpi. Tersedar jam 4pagi, rutin harian bermula di saat itu. Walaupun hanya mimpi buruk aku masih tertanya2 pada diri sendiri dimanakah silapku??? Sebelum tidur seperti biasa aku masih dalam wudhu, membaca Al-fatehah, 4Qul, Ayat Kursi dan terakhir doa tidur, di mana ya salahku ........

Semoga malam ini aku tiada bermimpi apa2 ataupun Mak datang dalam mimpiku dalam contex yg indah dan ceria. Terubat juga rinduku dapat bersama Mak walaupun dalam mimpi yang ngeri.

No comments:

Post a Comment