Antara mukjizat Al-Quran yang baru dapat dibuktikan oleh para pakar adalah tentang khasiat madu lebah. Khasiat madu lebah telah disebutkan dalam Al-Quran
Allah S.W.T berfirman yg bermaksud : “Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah; “…kemudian makanlah dari tiap-tiap (jenis) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu)”. Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat PENAWAR yang menyembuhkan manusia. Sesungguhnya pada yg demikian terdapat tanda-tanda bagi orang yg berfikir” [Surat An Nahl : 68-69]
Dalam ayat ini secara jelas disebutkan bahawa madu adalah ubat atau penawar yang dapat menyembuhkan pelbagai penyakit yang dihadapi oleh manusia. Madu dari sudut saintifiknya mengandungi glukosa dan fruktosa serta sejumlah mineral seperti magnesium, kalium, potasium, sodium, klorin, sulfur, besi dan fosfat. Madu juga mengandungi vitamin B1, B2, C, B6 dan B3 yang komposisinya berubah-ubah sesuai dengan kualiti madu bunga dan serbuk sari yang dikonsumsikan oleh lebah. Di samping itu, dalam madu juga terdapat tembaga, yodium dan seng dlm jumlah yang kecil, juga beberapa jenis hormon. Di bawah disenaraikan beberapa khasiat madu lebah.
BAYI & KANAK-KANAK :
- Menyembuhkan cirit-birit.
- Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
- Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
- Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.
REMAJA : Membantu mengekalkan kesihatan berkekalan.
WANITA :
- Menjadikan kulit lebih halus, bersih dan berseri-seri.
- Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
LELAKI :
- Menguatkan tenaga batin.
- Tampan dengan kekuatan asli.
PENGIDAP KENCING MANIS (DIABETIS):
Menstabilkan kandungan gula dala darah. (Gantikan gula kepada madu lebah)
IBU MENGANDUNG :
- Menambah tenaga utk ketahanan diri semasa mengandung & semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
- Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.
ANAK DALAM KANDUNGAN :
- Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
- Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan menguatkan janin.
- Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh kuasa dalam madu asli.
- Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam madu dapat membunuh kuman-kuman.
- Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.
BAGI BAYI YANG BARU LAHIR
- Mengelak dari kembung perut.
- Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.
- Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yg baru lahir dapat mengeluarkan secara positif lendir yg mungkin terminum semasa bayi itu dilahirkan yg merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.
IBU YG SELEPAS MELAHIRKAN ANAK :
- Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.
- Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perut atau rahim.
UNTUK SEMUA:
- Baik untuk perempuan bersalin.
- Memulihkan penyakit berpanjangan.
- Kurangkan kesakitan bila datang haid.
- Menyembuhkan penyakit dalam perut.
- Membantu/menerangkan pemandangan.
- Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
- Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
- Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
- Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
- Memulihkan batuk dan lelah.Menghindarkan badan letih dan lesu.
CARA MENGGUNAKANNYA :
- Penyakit mata : Titiskan sedikit madu pada mata.
- Sapu pada kesan gigitan atau sengatan serangga berbisa.
- Campurkan sedikit madu ke dalam air suam sebagai minuman.
- Tukar atau kurangkan penggunaan gula kepada madu dalam penyediaan minuman harian.
- Campurkan sedikit madu ke dalam minuman kanak-kanak, kanak-kanak akan tidur nyenyak.
- Minumlah sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi untuk kesegaran sepanjang hari.
- Untuk memulihkan tenaga batin : campurkan telur ayam kampung dengan sedikit madu. Dikacau kemudian diminum.
- Jika batuk atau lelah, minum satu atau dua sudu madu. Jangan dicampur dengan ais. Berhati-hati jangan tersedak :)
- Campurkan madu di dalam segala persediaan membuat kuih/masakan. Keharuman madu akan menawan selera anda.
PERHATIAN!
- Jauhkan dari litar elektrik.
- Jangan disimpan dalam peti sejuk.
- Elakkan dari terkena pancaran cahaya matahari.
- Elakkan dari memakan madu bersama tembikai.
- Kurangkan pendedahan kepada unsur logam dan haba.
- Jangan gunakan madu untuk rawatan penyakit kronik tanpa nasihat pakar.
Jadi tidak hairanlah mengapa Islam menggalakkan umatnya mengambil madu sebagai makanan tambahan kerana khasiatnya yang banyak. Madu ialah “Miracle Antibiotik”. ;)
*Nak Share Silakan.
Sumber dr Sdr Enco Encho
No comments:
Post a Comment