Golongan Ruwaibidhah

 🌿 Tazkirah Jumaat 🌿


Dunia Akhir Zaman Golongan Ruwaibidhah (Bodoh / Jahil) Di Sanjung Dan DiMuliakan


TERDAPAT banyak hadis- hadis Nabi SAW menceritakan di akhir zaman nanti Golongan Ruwaibidhah ( orang bodoh /jahil) akan menguasai masyarakat dan dimuliakan


Ruwaibidhah ialah kalimah bahasa Arab , iaitu rabhidah yang  merujuk kepada individu lemah dan tenggelam dengan hal keduniaan.


Golongan Ruwaibidhah kerap disebut dalam hadis, malah Rasulullah SAW mengaitkan Ruwaibidhah dengan zaman paling ditakuti.


Abu Hurairah r.a meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda: 


“Akan tiba pada manusia tahun penuh kebohongan. Saat itu, orang bohong dianggap jujur. Orang jujur dianggap bohong. Pengkhianat dianggap amanah. Orang amanah dianggap pengkhianat. Ketika itu, orang Ruwaibidhah ( bodoh / jahil) berbicara.”


Ada orang bertanya: “Siapa Ruwaibidhah itu?” Nabi menjawab, “Orang bodoh yang menguruskan urusan umum.” 


(HR Ibnu Majah)


Hadis itu menerangkan dua aspek, iaitu keadaan ketika berlaku dan individu yang berada dalam waktu berkenaan.


Pada aspek ‘keadaan’, Nabi Muhammad SAW menyebut pada masa akan datang dunia penuh dengan penipuan dan tipu daya.


Ini berlaku apabila orang yang berdusta lebih dipercayai, manakala mereka yang berkata benar ditolak dan didustakan. Bohong dihalalkan demi kepentingan peribadi


Ia zaman tipu daya apabila amanah dan tanggungjawab diserahkan kepada pengkhianat sebaliknya mereka yang amanah pula dikhianati.


Imam Ibnu Majah meletakkan hadis itu dalam Kitab al-Fitan (Fitnah) dan mewujudkan bab khusus, iaitu Zaman yang Dahsyat (Syiddah al-Zaman).


Jika ditelusuri hadis lain seumpama dengannya, kewujudan golongan Ruwaibidhah dikaitkan dengan tanda akhir zaman.


Sebagai contoh, Rasulullah SAW bersabda: 


“Apabila amanah disia-siakan, maka tunggu datangnya kiamat.” 


Lalu ada bertanya, “Bagaimana amanah itu disia-siakan?” 


Maka, Baginda menjawab: “Apabila suatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah kiamat.” 


(HR Bukhari)


Bila mereka yang bukan profesional dipilih untuk mentakbir ekonomi negara tunggulah saat kegagalan dan kerugian yang akan ditanggung oleh negara.


Bila orang bodoh/ jahil diangkat menjadi pemimpin tunggulah saat kehancuran negara kerana salah urus dan penyelewengan akan berlaku.


Islam melarang melantik mereka sebagai pemimpin jika tidak ada sifat amanah dan integriti dan tidak ada wawasan dekat dan jauh. Jika pemimpin berlumba- lumba kejar pangkat, dan mengumpul sebanyak mana harta yang boleh diperolehi tunggulah negara akan bangkrap dan rakyat akan hidup menderita.


Oleh itu kalian perlulah berhati- hati semasa kalian memilih para pemimpin kerana kesilapan dalam pemilihan akan merugikan rakyat dan negara dan  merosakkan kehidupan generasi akan datang.


🥦 Wassalam🥦


Makmum Sundari

11.9.2020


#MS#AB

#GolonganRuwainidhah

#SuaraPrihatin

No comments:

Post a Comment