DALAM sebuah hadis pasal seorang wanita yang ingin memilih calon suami. “Jika datang kepada kalian seorang lelaki yang kalian redha dengan agamanya dan akhlaknya maka nikahkanlah ia..."
(Hadis Riwayat Tarmidzi)
Kenapa nabi sebut agama dengan akhlak itu diasingkan. Dan tak disebut salah satu darinya.
Apakah ada perbezaan antara agama dan akhlak?”
Adakah orang berakhlak itu tidak beragama ?”
Atau adakah orang beragama (memiliki ilmu agama) itu tidak berakhlak ?
Sebenarnya terdapat perbezaan antara akhlak dan agama. Orang yang beragama tidak semestinya dia itu berakhlak. Tetapi jika orang berakhlak sudah pastinya dia beragama.
Contoh begini mudah. Jika seorang yang rajin solat. Rajin pergi jemaah di masjid. Dia seorang yang memiliki ilmu agama memang mantap. Ilmu penuh di dada. Kelas pengajian semua kamu hadir. Tak ada tinggal langsung.
Tapi bila sebut bab akhlak. Adakah dia benar- benar menghayati akhlak islam yang mulia?
Contoh seseorang yang kurang akhlaknya iaitu bila bercakap nada suaranya tinggi. Bila lambat sikit menjadi marah-marah. Bila tak puas hati sikit dia lepaskan dengan pukul sana pukul sini. Semua hati yang ada disekeliling kamu jadi terguris.
Jika tak kena dengan kehendaknya dia menghina. Mengherdik sampai dapat apa yang dia kehendaki .Dia hempuk tangan di meja tak puas hati dengan orang lain. , dia tak setuju dengan orang lain, dia hina dan maki hamun, hingga sanggup panggil saudara seagama munafik, fasik, kafir atau gelar dengan panggilan yang buruk. Ini semua contoh akhlak yang buruk.
Beza dengan orang berakhlak. Mereka ni, sangat baik. Bila bercakap lemah lembut. Bila tak puas hati tak marah marah. Tapi mudah memaafkan. Tak mudah naik angin nak marah marah.
Daripada Abdullah bin Amru bin al-As r.a katanya, tidaklah Rasulullah SAW seorang yang bersifat keji, dan tidak pernah melakukan perkara-perkara yang keji, Baginda bersabda, “Sesungguhnya di antara orang-orang yang terpilih di antara kamu ialah orang yang paling mulia akhlaknya.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sebaik baik manusia adalah yang paling baik akhlaknya.
Daripada Aishah r.a katanya sabda Rasulullah SAW, “Sesungguhnya Allah bersifat lemah-lembut dan berlemah-lembut dalam semua perkara.”
(Hadith Riwayat
Bukhari dan Muslim)
Mengapa ada ayat al-Quran yang menyebut Allah mengutuskan nabi itu kerana nak menyempurnakan akhlak.
Agama umpama enjin dalam kehidupan. Air dalam enjin adalah akhlak Kalau tak ada enjin kita tak boleh bergerak. Begitulah juga jika tidak ada air dalam enjin , enjin akan panas
Kalau tak ada akhlak. Maka kita adalah insan yang lemah dan mudah marah.
Sehinggakan ada hadis nabi sebut ringkas bab marah. Bila ada seorang sahabat minta nasihat dari nabi. Nabi Muhammad sebut ringkas.
“Laa Taghdob!”
“Jangan lah kamu marah.” 3 kali nabi ulang ayat tersebut.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَجُلًا قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَوْصِنِي قَالَ لَا تَغْضَبْ فَرَدَّدَ مِرَارًا قَالَ لَا تَغْضَبْ
Dari Abu Hurairah radliallahu ‘anhu bahwa seorang laki-laki berkata kepada Nabi SAW: “Berilah aku wasiat?” baginda bersabda: “Janganlah kamu marah.” Laki-laki itu mengulangi kata-katanya, beliau tetap bersabda: “Janganlah kamu marah.”
(HR Bukhari No: 5651)
Semoga kita semua dapat memperbaiki akhlak dan agama dari hari ke hari sebelum kita menghadap Allah SWT
Manusia akan menjadi hina apabila ia merosakkan sifat, pembawaan dan keadaan dalam jiwanya. Allah Subhanahuwa Ta‘ala berfirman
:إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِهِمۡۗ
Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaank sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri."
(Surah Ar-Ra’d: 11)
🥦 Wassalam 🥦
Ustaz Makmum Sundari
5.9.2020
#MS#AB
#PerbezaanAgamaDanAkhlak
#SuaraPrihatin
No comments:
Post a Comment