Rukun Iman & Rukum Islam


 Rukun Iman


1.  Percaya pada Allah
2.  Percaya pada Malaikat
3.  Percaya pada Kitab
4.  Percaya pada Rasul
5.  Percaya pada Hari Kiamat
6.  Percaya pada Takdir


Rukun Islam


1. Mengucap kalimah syahadat
2.  Mendirikan solat fardhu
3.  Berpuasa di bulan Ramadhan
4.  Membayar zakat fitrah
5.  Menunaikan Haji jika mampu




Islam


“Daripada Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Agama Islam ditegakkan atas lima perkara iaitu mengucap dua kalimah syahadat, mendirikan sembahyang fardhu, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah (jika mampu)” --- al-Bukhari dan Muslim

1.  Islam berdiri di atas tiga konsep yang penting iaitu Iman, Islam dan Ihsan. Iman berkaitan dengan kepercayaan seorang Muslim bersandarkan kepada Rukun Iman. Islam berkait rapat dengan tanggungjawab seseorang Muslim yang perlu dilakukan sebagaimana yang disebutkan dalam hadith. Ihsan menyentuh adab adab seorang Muslim.

2.  Aqidah memainkan peranan dalam pelaksanaan rukun iman dan ibadah adalah pelaksanaan rukun Islam. Oleh itu sesiapa yang melanggar mana-mana rukun ini bererti ia telah meruntuhkan agama yang dianutinya.

3.  Islam adalah ajaran yang lengkap dalam aspek kehidupan. Islam tidak akan pernah hilang dari permukaan bumi kerana Allah berjanji akan menjaga kesempurnaan ajaran ini.