34 mutiara kata Ustaz Dato' Ismail Kamus

 30 Ogos 2020

11 Muharram 1442H


BismiLlahirahmanirahim


~ RenunganBersama ~


Ini antara 34 mutiara kata Ustaz Dato' Ismail Kamus yang dapat saya kumpulkan pagi ini.


Bacalah. Semoga ada yang memberi manfaat pada kita sebagai rantai pahala beliau.


1. "Dalam perjuangan, penat akan hilang, tetapi pahala akan berpanjangan"


2. "Memang baik menjadi orang penting. Tetapi lebih penting menjadi orang baik"


3. "Kita bukan gila kuasa. Tetapi kita mahu mengambil kuasa daripada orang gila"


4. "Bukan kematian itu yang harus ditakuti. Tetapi kehidupan setelah kematian itu lah yang harus ditakuti"


5. "Sedekah itu tabung akhirat. Jangan kita anggap yang sedikit tu sedikit. Walhal orang yang tidak memberi tu, lagi memiliki sedikit"


6. "Jangan jadi macam burung unta. Burung bukan, unta pun bukan. Sama macam manusia, nak kata islam pun bukan, bukan islam pun bukan. Waktu nikah islam, mati pun ikut islam. Tapi, masa hidup tak nak ikut islam"


7. "Dunia bukan tempat berehat, tetapi tempat beribadah"


8. "Boleh makan semua yang halal, tetapi jangan berlebihan"


9. "Selalulah solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda"


10. “Bila kita tidur, jantung kita jalan. Bila kita berlari, jantung kita jalan. Bila kita berhenti, jantung kita jalan. Bila jantung kita berhenti, kita jalan"


11. “Kalau seksa neraka boleh dilihat dengan mata, masjid 16 tingkat pun takkan muat untuk jemaah untuk tunaikan solat”


12. "Azan bermula dengan AllahuAkbar untuk menyatakan pada kita bahawa yang sebenarnya Allah lah yang Maha Besar. Diikuti dengan pengakuan tuhan yang wajib disembah ialah Allah dan akui nabi Muhammad sebagai nabi Allah. Lepas tu baru laungan ajak solat"


13. "Ketika azan subuh kedengaran, berapa ramai yang hatinya tersentak untuk solat berjemaah? Berapa ramai yang melihat jemputan bilal tu sebagai jemputan akhirat?"


14. "Solat adalah kerehatan. Pasal ketika solat sepatutnya kita lupakan keresahan, kerisauan dan kepenatan dunia ni"


15. "Barangsiapa menanam padi, lalang akan tumbuh. Barangsiapa menanam lalang, padi tak akan tumbuh. Kalau cari akhirat, dunia akan dapat tetapi kalau cari dunia, akhirat tak akan dapat"


16. "Kita sedia maklum bahawa masa yang diperuntukkan oleh Allah kepada kita ada 3 sahaja. Iaitu, semalam, besok dan, hari ini. Yang semalam dah tak ada, yang besok belum tahu lagi, yang tentu ada sekarang. Maka kita gunakan masa yang sangat sedikit itu untuk mendekatkan diri kepada Allah"


17. "Ibadat jangan tunggu masa lapang. Kita yang melapangkan masa untuk ibadat"


18. "Amalkan setiap hari, solat berserta solat sunat. Baca AlQuran (pagi Yasin, malam pula AlMulk, AsSajadah dan AlWaqiah). Zikir Allah (100 kali), tahlil (300 kali), selawat (100-1000 kali), istighfar (100 kali) dan sedekah"


19. "Tuntutlah iLmu kerana 3 tujuan:

1. menghilangkan kejahilan, 

2. beramalah dengan iLmu tersebut; dan

3. mengajarkan orang dengan iLmu yg ada" 


20. "Janganlah pula setelah beriLmu, kita memperbodoh-bodohkan orang lain"


21. "Jagalah hati sampai mati"


22. "Orang berakal wajib solat. Orang gila tak wajib solat. Orang tak solat orang gila"


23. "Yang suka asap ni, jin je"


24. "Jangan dipandang kepada berapa besar dosa yg dibuat tetapi pandanglah kepada siapa kita berbuat dosa itu"


25. "Sebenarnya duit yg kita derma itulah bahagian kita punya. Yang simpan dLm poket tu belum tentu lagi. Boleh jadi pomen punya, boleh jadi klinik punya, yg semestinya waris punya. Kita punya yg mana? Yg kita sedekah itulah yg kita punya"


26. "Dibimbangi maksiat kita membuatkan Allah murka kepada kita, walaupun maksiat itu kecil. Bimbang kita tak sempat bertaubat"


27. "Tidur itu mati sementara. Mati itu mati selama-lamanya"


28. "Cinta dan sayang pada Ulama’ kerana Ulama’ adalah pewaris Nabi"


29. "Didunia bukan tempat untuk berehat, tetapi tempat untuk beribadat"


30. Al fulusu fik Dunia, walmamfus fil ahirah... (gurau beliau yang ditujukan kepada yg suka rasuah)


31. "Naik sampan kecil pun laut berombak, naik kapal besar pun tetap laut itu berombak. Adakah kita mengelak ombak Tuan-tuan? Tidak, kita tetap belayar lautan berombak itu. Begitulah juga dalam perkahwinan, ada masalah jangan lari, lalui ombak yang tetap berombak itu"


32. "Beruk atas pokok, kalau angin ribut kencang lagi kuat dia peluk pokok tu. Tapi kalau angin sepoi-sepoi, boleh tertidur dan silap-silap jatuh beruk dari atas pokok. Dalam perkahwinan, jangan keras-keras, cakap kena lemah lembut. Para suami, ingat falsafah beruk ni"


33. "Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat iLmu dan amalan orang lain lebih daripada kita. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun disepertiga malam untuk solat tahajjud.


34. "Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam AlQuran sebulan dua kali"


Beliau pergi pada hari yang mulia dalam bulan mulia.


Kaset dan CD ceramah beliau laku keras. Penampilan beliau dalam Forum Perdana Ehwal Islam dinantikan. Teknik ceramah beliau menjadi rujukan ramai penceramah dan orang baik-baik. Bersahaja, tetapi tegas.


Terima kasih. Semoga roh mu tenang di sana.


Bacakan aL-Fatihah buat beliau.


WaLlahu'alam

#Salam_Kemaafan

#SlmtBerhujungMinggu

#KiTaJagaKiTa

#StaySafe

ISLAM VS MELAYU BAB KEMATIAN

 Kenapa patut diberi Al-fatihah ? Islam tak ajar bila dengar orang meninggal Al-fatihah . Islam ajar innanillah wainnailahirojiun . 

Al-fatihah kepada orang

👉🏻Melayu :

Alfatihah


👉🏻Islam : 

Innalillahi wa inna ilaihi rojiun 


📌 Tanam jenazah

-----------------------------

👉🏻Melayu:

- Jirus air dengan jug yang diikat kain putih

- Tabur bunga

- Tabur batu


👉🏻Islam : 

Tiada sebarang jirusan air. Jika jirus air atas alasan untuk melembapkan tanah tidak mengapa namun jika air dijirus agar mayat sejuk maka ini kepercayaan yang merosakkan aqidah.


📌Kubur jenazah

---------------------------

👉🏻Melayu:

- Kubur dihias bagai pengantin

- Kubur ada bangunan

- Kubur ada nama, tarikh hidup dan mati

- Ada pakej upah baca Al Quran 

- Batu nisan 2

- Kubur dijadikan masjid tempat beribadah dan meminta

- Perlu beri wang kepada orang solat jenazah

- Perlu beri wang kepada penggali kubur

- Perlu sediakan wang sekurang kurangnya RM 1000 


👉🏻Islam :

- Kubur tidak ditinggikan malah diratakan, tiada hiasan.

- Kubur tiada bangunan

- Kubur tiada sebarang kapur, nama, tarikh hidup dan mati

- Tiada upah bacaan Al Quran di kuburan 

- Batu nisan 1

- Tempat beribadah di masjid bukan di kuburan

- Tiada wang pun diperlukan kerana tugas uruskan jenazah fardhu kifayah bagi umat islam.


📌Kenduri Arwah 

----------------------------

👉🏻Melayu:

Keluarga si mati buat upacara ritual kenduri  bagi arwah dengan bacaan tertentu, doa tertentu, surah yasin sambil dihadiri tekong tahlilan arwah bagi mengisi perut tetamu dengan juadah makanan walau keadaan susah dan terpaksa. Bersedekah tidak salah dengan meluruskan niat.

Dilakukan selama 7 hari, 40 hari dan 100 hari atas kepercayaan agar mayat tidak diseksa dan tidak disoal di dalam kubur.

Ritual seperti ini adalah milik agama hindu.


👉🏻 Islam :

Tiada kenduri buat jenazah. Yang ada ialah mendoakan jenazah di mana saja berada.

Allahummaghfirlahu warhamhu waafihi wa'fuanhu ( jenazah lelaki )

Allahummafirlaha warhamha waafihi wa'fuanha ( Jenazah wanita)

Jiran terdekat memberikan makanan kepada keluarga si mati kerana mereka sedang berada di dalam kesusahan dan kesedihan.


Talqin 

-------------

👉🏻Melayu:

Talqin akan dibaca di atas kubur oleh imam yang diupah. Imam akan berikan jawapan bocor kepada si mati untuk jawab soalan kubur. Imam dan makmum duduk di atas kubur sambil imam membaca talqin dengan menyebut nama fulan / fulanah binti ibu.


👉🏻Islam :

Tidak ada sebarang talqin bocorkan jawapan kepada jenazah. Kerana jenazah sudah membawa amalannya sendiri untuk menjawab soalan di kubur. Luruskan niat jika talqin sebagai dakwah untuk saling mengingati hari kematian akan tiba kepada yang menziarahi si mati di kuburan itu tidak mejadi kesalahan, kerana Allah ingin kita saling mengingati tentang hari kematian.


BERLAPANG DADA , RENUNGKANLAH...

MELAYU SEKADAR BANGSA 

DAN ISLAM ITU AKIDAH KITA..


Jadikan pesan nabi saw dlm hadis sbg panduan:-


"Barangsiapa membuat suatu perkara baru dalam urusan kami ini (urusan agama) yang tidak ada asalnya, maka perkara tersebut tertolak”

(HR. Bukhari no. 2697 dan Muslim no. 1718)


Wallahu'alam.

KEK LAPIS MASAM MANIS SARAWAK

KEK LAPIS MASAM MANIS SARAWAK.

BAHAN-BAHAN :

10 biji telur
130 gm gula halus
 450 gm mentega
1 sudu teh ovalette
1 tin susu pekat manis (kecil)
50 gm jem raspberry (boleh juga gunakan strawberry)
250 gm tepung Hong Kong
100 gm Horlicks
Secukup Haw Flakes (49 keping setiap lapisan merah)

 CARA MEMBUATNYA :
 
1) Pukul mentega, gula dan ovalette hingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul lagi hingga kembang dan pekat.

2) Kemudian masukkan susu manis dan jem lalu terus pukul dengan kelajuan yang paling rendah saja untuk ratakan bahannya atau boleh juga kacau hingga sebati.
 
3) Sesudah itu, masuk tepung dan horlicks lalu pukul lagi (dengan kelajuan rendah) atau dikacau hingga sebati.
 
4) Bahagi adunan kepada 3 bahagian dan warna.
 (a) Merah
 (b) Hijau
 (c) Kuning

5)  Loyang 8" x 8" telah digunakan. Kalau nak kurang tebal boleh gunakan 9" x 9".
Bakar berlapis-lapis plain (satu warna demi satu warna) dan begitulah seterusnya sehingga habis.
Susun haw flakes pada setiap lapisan atau mengikut kreativiti masing-masing.

~ Selamat Mencuba ~