RESEPI Apam Balik Sedap & Gebu


Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
½ cawan gula
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh baking powder
Sedikit pewarna kuning
1 biji telur
1½ cawan air
Sedikit mentega/planta untuk mengoles
Bahan tabur:
Kacang tanah - goreng tanpa minyak dan tumbuk kasar.
Jagung manis dalam tin
Gula halus
Marjerin
Cara-cara
Gunakan mixer, pukul telur dan gula sehingga kembang. Masukkan soda bicarbonate, air dan pewarna kuning.
Pukul lagi sehingga sebati dan masukkan tepung gandum. Pukul lagi sehingga semuanya sebati.
Oleskan mentega/margerin di permukaan kuali (sebaiknya gunakan kuali tak melekat (non stick pan) dan tuangkan 1 senduk (nipis) atau 2 senduk (tebal) dan ratakan.
Biarkan seketika dan sementara masak, taburkan kacang, jagung, gula dan majerin.
Kredit Azie Kitchen

Resepi biskut Mama Carrey



Bahan-bahan ( 60-75 biji )
==================
2 1/2 cawan mentega/marjerin
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
2/5 cawan gula icing
1/2 sudu teh esen vanila
Utk hiasan
1 biji putih telur
2/5 100gm gula icing
1sudu besar tepung jagung


Cara-cara:
Ayak tepung gandum & tepung jagung-ketepikan.
Pukul mentega/marjerin dan gula icing hingga kembang.
Masukkan esen vanila.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh lembut.
Canai doh dan terap dengan acuan berbentuk "heart".
Sapukan HIASAN (sila lihat "HIASAN" di bawah) keatas biskut yg telah diterap. Utk melorek, gunakan penyunkil gigi.
Bakar pada suhu 150C selama 20-30 min, atau sehingga masak. Gunakan api bawah supaya hiasan tidak berwarna perang.


***HIASAN***
Pukul putih telut hingga gebu.
Masukkan gula & tepung. kacau sebati.
Ambil 1 sudu besar adunan dan titikkan dgn pewarna atau emulco kegemaran anda.
Sapukan putih telur keatas biskut
Lorek kan dgn adunan yg telah dicampur dgn pewarna/emulco.

Resepi Daging Dendeng


BAHAN-BAHAN A
• 500 gm daging lembu (tanpa lemak)
• 2 inci halia (diketuk)
• 2 batang serai (diketuk)
• ½ cawan air (saya guna air rebusan daging)
• ½ cawan kicap manis
• Garam secukup rasa
• Minyak masak
.
BAHAN-BAHAN B (DIKISAR)
• 7 tangkai cili kering / 3 sudu makan cili kisar
• 3 biji cili merah
• 5 biji bawang merah
• 3 ulas bawang putih
• ½ sudu makan rempah kurma
• ½ makan gula
.
CARA MEMASAK
1. Bersihkan daging. Kemudian masukkan daging ke dalam periuk bersama dengan sedikit garam, serai, dan halia. Rebus sehingga lembut.
2. Daging dihiris nipis (ini bagi yang masak daging seketul besar, saya beli daging yang dah siap dihiris kecil).
3. Goreng daging supaya sedikit garing dan angkat. Kalau tak nak goreng pun boleh.
4. Tumbuk daging di dalam lesung supaya lebih lembut.
5. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi.
6. Masukkan daging, kicap, dan air. Masukkan juga serai yang digunakan untuk merebus daging tadi. Masak sehingga pekat.
7. Apabila rasa semua cukup, boleh angkat dan sedia untuk dihidang.

Okay siap. Selamat mencuba!
.
#MissNickMasak
#ResepiDagingDendeng

Khasiat madu lebah

Antara mukjizat Al-Quran yang baru dapat dibuktikan oleh para pakar adalah tentang khasiat madu lebah. Khasiat madu lebah telah disebutkan dalam Al-Quran

Allah S.W.T berfirman yg bermaksud : “Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah; “…kemudian makanlah dari tiap-tiap (jenis) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu)”. Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat PENAWAR yang menyembuhkan manusia. Sesungguhnya pada yg demikian terdapat tanda-tanda bagi orang yg berfikir” [Surat An Nahl : 68-69]

Dalam ayat ini secara jelas disebutkan bahawa madu adalah ubat atau penawar yang dapat menyembuhkan pelbagai penyakit yang dihadapi oleh manusia. Madu dari sudut saintifiknya mengandungi glukosa dan fruktosa serta sejumlah mineral seperti magnesium, kalium, potasium, sodium, klorin, sulfur, besi dan fosfat. Madu juga mengandungi vitamin B1, B2, C, B6 dan B3 yang komposisinya berubah-ubah sesuai dengan kualiti madu bunga dan serbuk sari yang dikonsumsikan oleh lebah. Di samping itu, dalam madu juga terdapat tembaga, yodium dan seng dlm jumlah yang kecil, juga beberapa jenis hormon. Di bawah disenaraikan beberapa khasiat madu lebah. 

BAYI & KANAK-KANAK :

- Menyembuhkan cirit-birit.
- Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
- Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
- Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.

REMAJA : Membantu mengekalkan kesihatan berkekalan.

WANITA :

- Menjadikan kulit lebih halus, bersih dan berseri-seri.
- Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.

LELAKI :

- Menguatkan tenaga batin.
- Tampan dengan kekuatan asli.

PENGIDAP KENCING MANIS (DIABETIS):

Menstabilkan kandungan gula dala darah. (Gantikan gula kepada madu lebah)

IBU MENGANDUNG :

- Menambah tenaga utk ketahanan diri semasa mengandung & semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.

- Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.

ANAK DALAM KANDUNGAN :

- Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.

- Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan menguatkan janin.

- Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh kuasa dalam madu asli.

- Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam madu dapat membunuh kuman-kuman.

- Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.

BAGI BAYI YANG BARU LAHIR

- Mengelak dari kembung perut.
- Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.
- Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yg baru lahir dapat mengeluarkan secara positif lendir yg mungkin terminum semasa bayi itu dilahirkan yg merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.

IBU YG SELEPAS MELAHIRKAN ANAK :

- Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.
- Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perut atau rahim.

UNTUK SEMUA:

- Baik untuk perempuan bersalin.
- Memulihkan penyakit berpanjangan.
- Kurangkan kesakitan bila datang haid.
- Menyembuhkan penyakit dalam perut.
- Membantu/menerangkan pemandangan.
- Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
- Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
- Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
- Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
- Memulihkan batuk dan lelah.Menghindarkan badan letih dan lesu.

CARA MENGGUNAKANNYA :

- Penyakit mata : Titiskan sedikit madu pada mata.

- Sapu pada kesan gigitan atau sengatan serangga berbisa.

- Campurkan sedikit madu ke dalam air suam sebagai minuman.

- Tukar atau kurangkan penggunaan gula kepada madu dalam penyediaan minuman harian.

- Campurkan sedikit madu ke dalam minuman kanak-kanak, kanak-kanak akan tidur nyenyak.

- Minumlah sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi untuk kesegaran sepanjang hari.

- Untuk memulihkan tenaga batin : campurkan telur ayam kampung dengan sedikit madu. Dikacau kemudian diminum.

- Jika batuk atau lelah, minum satu atau dua sudu madu. Jangan dicampur dengan ais. Berhati-hati jangan tersedak :)

- Campurkan madu di dalam segala persediaan membuat kuih/masakan. Keharuman madu akan menawan selera anda.

PERHATIAN!

- Jauhkan dari litar elektrik.
- Jangan disimpan dalam peti sejuk.
- Elakkan dari terkena pancaran cahaya matahari.
- Elakkan dari memakan madu bersama tembikai.
- Kurangkan pendedahan kepada unsur logam dan haba.
- Jangan gunakan madu untuk rawatan penyakit kronik tanpa nasihat pakar.

Jadi tidak hairanlah mengapa Islam menggalakkan umatnya mengambil madu sebagai makanan tambahan kerana khasiatnya yang banyak. Madu ialah “Miracle Antibiotik”. ;)

*Nak Share Silakan.
Sumber dr Sdr Enco Encho

Perbedaan Darah haid, nifas dan darah istihadah (FIQIH AKHWAT)




Haidh adalah darah yang sudah dikenal dikalangan wanita dan tidak ada batasan minimal dan maksimalnya dalam syara’ (syariat kita). 

Ketentuannya kembali kepada kebiasaan masing-masing orang.

Adapun nifas adalah darah yang keluar karena melahirkan, dan ada batas maksimalnya yaitu empat puluh hari. Jika berhenti sebelum empat puluh hari maka wajib baginya untuk mandi dan melaksanakan shalat.

Adapun darah istihadhah (penyakit) : Darah yang keluar diluar waktu haidh dan nifas atau bersambung setelah haidh dan nifas. Maka wajib bagi seseorang yang mengalaminya untuk tetap melaksanakan shalat, puasa pada bulan Ramadhan dan boleh baginya melakukan hubungan suami istri.

Konsekuensi hukum masing-masing darah:

1. Dari sisi najis dan tidaknya

Darah haid dan nifas hukumnya najis menurut kesepakatan para ulama.
Adapun darah istihadah tidak najis.

2. Dari sisi kewajiban shalat, shaum (puasa) Ramadhan dan tidaknya

Wanita yang sedang haid dan nifas tidak boleh sholat, puasa dan melakukan hubungan suami istri. Tidak ada qada’ dalam shalat dan wajib baginya menqada shaum (puasa) Ramadhan sebanyak puasa yang ia tinggalkan.

Adapun wanita yang mengalami istihadah maka tetap wajib baginya shalat, puasa dan boleh melakukan hubungan suami istri. Wajib baginya berwudhu setiap kali mau shalat (ketika sudah masuk waktu shalat).


3. Dari sisi boleh tidaknya melakukan hubungan suami istri (jima’) :

Untuk darah haid dan nifas hukumnya haram tidak boleh. Dibawah ini beberapa kondisi seseorang berhubungan suami istri ketika haidh
Jika seseorang menyakini kebolehannya berhubungan (menjimai) istrinya ketika sedang haid maka hal ini adalah bentuk kermurtadan dari agama.
Kalau dia melakukan hubungan suami istri ketika haid dengan tidak menyakini kebolehannya maka dia telah melakukan perbuatan dosa yang sangat besar.

Berhubungan suami istri (jima’) ketika mengalami darah istihadah boleh hukumnya.

4. Kewajiban bagi orang yang melakukan hubungan suami istri ketika haid

Pertama : Kewajiban dia adalah bertaubat kepada Allah dengan taubatan nasuha (sebenarnya) dengan meninggalkan maksiat tersebut, menyesalinya dan berazam untuk tidak mengulanginya selama-lamanya.
Kedua : Dan menurut pendapat yang kami cenderung kepadanya wajib bagi dirinya membayar kafarah, hal ini berdasarkan dalam sebuah hadits ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ditanya tentang orang yang mendatangi istrinya ketika haidh, beliau bersabda : “Hendaklah ia bershadaqah satu dinar atau separuh dinar.” (HR. Ibnu Majah, Nasa’ai)

Plihan dalam hadits diatas satu dinar jika ia menggauli istrinya diawal-awal keluar darah haid, jika mengauli istrinya dia akhir-akhir darah haid setengah dinar, sebagimana datang sebuah atsar yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas secara Mauquf.

5. dari sisi perbedaan sifat darah haid dan istihadhah :

Dari sisi warna : Darah haidh berwarna hitam sedang darah istihadah berwarna merah
Dari sisi tebal dan tipisnya : Darah haidh tebal adapun darah istihadah tipis.

Dari sisi bau dan tidaknya : Darah haidh baunya busuk sedangkan darah isthihadah tidak, karena darah biasa.
Dari sisi menjadi kental/beku dan tidaknya: Darah haidh tidak membeku apabila keluar dikarenakan darah haid membeku didalam rahim, kemudian keluar dan mengalir tidak kembali untuk kedua kalinya menjadi beku. Adapun darah istihadah membeku.

Penguat memori




Dulu saya selalu pening sebab memori saya lemah dan tak boleh fikir banyak nanti kepala saya sakit yang amat sangat sebab saya ni ade migraine...

Jadi saya pun utarakan masalah ni kepada syaikh saya untuk meminta "ubat" daripadanya....

Beliau ajarkan saya sesuatu yang sangat bermakna yang mengubah diri saya lepas tu. Amalan yang beliau ajarkan kepada saya ialah:

1) Jangan bermaksiat walau sekecil maksiat sebab itu raja segala kekuatan akal dan memori,lagi banyak tinggal maksiat,lagi kuat otak kita.

2) Banyakkan makan kismis,badam,kurma dan jangan makan kepala ikan,kepala udang,organ dalaman,jajan,coklat,keropok dan semua jenis makanan yang ada MSG dan bahan kimia yang banyat,minuman berkabonat dan semua yang tak berkhasiat.

3) Amalkan adab-adab sunnah pada setiap masa samada tidur,makan,minum,masuk tandas,dalam tandas,belajar dan sebagainya.

4) Yang terpenting,amalkan sunnah selepas salam ketika solat iaitu letakkan tapak tangan kanan di dahi sejurus selepas salam dan baca Allahuakbar sekali,kemudian baca astagfirullahal'azim sebanyak 3X tetapi pada kali yang ketiga,kuatkan sedikit dan lanjutkan sedikit bacaannya. Kemudian baca doa: " bismillahillazi laailahailla huwarrahmanir rahim, Allahumma Azhib 'Annil Hamma wal Huzna.." , kemudian selawat 3X dan baca "Ya Qowiyyu " 10X dengan niat dan doa dalam hati supaya Allah kuatkan akal kita...

Alhamdulillah sejak amal benda ni bermula beberapa tahun lalu hingga sekarang, Allah telah berikan kecerdasan fikir dan memori yang kuat dan juga sembuhkan migraine tu... 

Jadi sangat lah berbesar hati untuk saya kongsikan bersama dengan korang amalan ni...yang penting,mesti istiqamah..yakin sungguh-sungguh bahawa Allah Maha berkuasa untuk buat apa sahaja sebab Allah lambat kabulkan doa orang yang dalam hatinya ada kebesaran makhluk (apa-apa selain Allah),tetapi orang yang dalam hatinya cuma ada Allah,Allah akan kabulkan doanya sebelum dia angkat tangan untuk berdoa dengan izinNya... 

Nota: Mengikut syeikh saya, amalan ini merupakan amalan warisan yang diajarkan kepadanya oleh Qutbul Aqtab Maulana Muhammad Zakariyya Al-Khandahlawi Rahimahullah,seorang wali qutub yang sangat hebat hubungannya dengan Allah dan Rasul...




Doa selepas solat



Bismillahirrahmannirahim,

1.
أَسْتَغْفِرُ اللهَ (ثَلاَثاً) اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ، وَمِنْكَ السَّلاَمُ، تَبَارَكْتَ يَـا ذَا الْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ

ALLAHUMA ANTA SALAM WA MINKA SALAM TABARAKTA YA DZAL JALALI WAL IKRAM

“Aku minta ampun kepada Allah “(dibaca tiga kali), “ Ya Allah, Engkau pemberi keselamatan, dan dari-Mu keselamatan, Maha Suci Engkau, wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia “.
(HR.Muslim: 1/414).

2. لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ، اللَّهُمَّ لاَ مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ، وَلاَ مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ، لاَ يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ

Laailaaha illallah wahdahu la syariika lahu, lahulmulku walahul hamdu wa huwa 'alaa kulli syai'in Qodir'

Allahuma la mani'a lima a'thoita, wala mu'tia lima mana'ta, wala yanfa'u dzal jaddi minkal jadd

“Tiada Tuhan selain Allah Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya puji dan bagi-Nya Kerajaan. Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Ya Allah tidak ada yang dapat mencegah apa yang Engkau berikan dan tidak ada yang mampu memberi apa yang Engkau cegah. Nasib baik seseorang tiada berguna untuk menyelamatkan ancaman dari-Mu (HR.Bukhari: 1/225, Muslim: 1/414.)

Pada waktu Magrib dan Shubuh ditambah :

Nabi bersabda : "Barangsiapa setelah sholat Magrib dan Shubuh membaca'Laailaaha illallah wahdahu la syariika lahu, lahulmulku walahul hamdu yuhyi wa yumit wa huwa 'alaa kulli syai'in Qodir' 10x, maka, ALLAH akan tulis setiap 1x nya 10 kebaikan, dihapus 10 kejelekan, diangkat 10 derajat, ALLAH lindungi dr setiap kejelekan, dan ALLAH lindungi dari godaan syaitan" (HR. Ahmad IV/227, Tirmidzi no.3474)

Diucapkan setelah salam khusus setelah shalat Subuh.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْماً نَافِعاً، وَرِزْقاً طَيِّباً، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً

Allahuma inna nas'aluka ilman Nafi'an wa rizqon Thayyiban wa amalan Mutaqobalan

Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezki yang baik dan amal yang diterima “
Ibnu Majah dan lainnya. Lihat Shahih Ibnu Majah: 1/152 dan Majmauzzawa’id: 10/111.

3. لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ، وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ. لاَحَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ، وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ، لَهُ النِّعْمَةُ وَلَهُ الْفَضْلُ وَلَهُ الثَّنَاءُ الْحَسَنُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنُ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ

Laailaaha illallah wahdahu la syariika lahu, lahulmulku walahul hamdu wa huwa 'alaa kulli syai'in Qodir'

la haula wala quata ila bilah, laa ilaha ilallah wala na'budu ila iiyah, lahun na'mah walahul fadlu, walahut tana'ul hasanu Laa ilaaha ilallah mukhlisina lahud diina walau karihal Kafirun.

“Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan dan pujaan. Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Tidak ada daya dan kekuatan kecuali (dengan pertolongan) Allah. Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah. Kami tidak menyembah kecuali kepada-Nya. Baginya nikmat, anugerah, dan pujaan yang baik. Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, dengan memurnikan ibadah kepada-Nya, sekalipun orang-orang kafir membencinya “. (HR.Muslim: 1/415.)

4. سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، وَاللهُ أَكْبَرُ (ثَلاَثًا وَثَلاَثِيْنَ) لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْـدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ

Subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x, Allahu Akbar 33x

digenapkan“keseratusnya dengan membaca

'Laailaaha illallah wahdahu la syariika lahu, lahulmulku walahul hamdu wa huwa 'alaa kulli syai'in Qodir'

Maha Suci Allah, Segala puji bagi Allah, Allah Maha Besar “ (di-baca 33 kali), “Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah semata, tidak ada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan, bagi-Nya pujian dan Dia berkuasa atas segala sesuatu “.

“Siapa yang mengucapkannya selesai shalat, Aku (Allah) ampuni kesalahan-kesalahannya walaupun sebanyak buih di lautan”.
(HR. Muslim 1/418 dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu)

5. Membaca Ayat Kursi

Al Baqarah 255

اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

Artinya : Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah), melainkan Dia yang hidup kekal, lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya). Tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa’at di sisi Allah tanpa seizin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang ada di hadapan mereka dan di belakang mereka. Dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah, melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya. Dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar”.

Rasulullah SAW bersabda :

“Siapa yang membacanya sehabis shalat tidak ada yang menghalanginya masuk surga kecuali kematian”,

( HR.Nasa’i dalam Amalul Yaumi Walailah, no: 100, Ibnu Sunny, no. 121, dishahihkan Al Albani dalam Shahih Jami’: 5/339, dan Silsilah Hadits Shahih: 2/697, no. 972.

6. Surat Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Naas

Dibaca setiap selesai shalat fardhu’.

Abu Daud: 2/68, lihat Shahih Tirmidzi: 2/8,
ketiga surat tersebut disebut juga “Al Mu’awwizaat”, lihat Fathul baari: 9/62.

Semoga bermanfaat .