Rasulullah S.A.W dan Kucing Baginda



Diceritakan dalam suatu kisah, Rasulullah S.A.W memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Suatu ketika, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Kerana tidak mahu mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya. Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan tunduk sujud kepada tuannya.

Sebagai balasan, Baginda S.A.W menunjukkan kasih sayangnya dengan mengusap-usap lembut pada badan kucing itu sebanyak 3 kali. Dalam peristiwa lain, setiap kali Nabi S.A.W menerima tetamu di rumahnya, Nabi S.A.W selalu menggendong Mueeza dan diribakan diatas pahanya. Salah satu sifat Mueeza yang nabi sukai ialah dia selalu mengiaw ketika mendengar azan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan.

Kepada para sahabat, Nabi S.A.W selalu berpesan agar menyayangi kucing peliharaan seperti menyayangi keluarga sendiri. Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan manja ini sangatlah berat. Dalam sebuah hadis sahih Al-Bukhari ada dikisahkan tentang seorang wanita yg tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepaskan kucingnya untuk mencari makan sendiri sehingga kucing tersebut mati kelaparan. Rasulullah S.A.W pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksaan neraka. Tidak hanya Nabi bahkan isteri Nabi sendiri, Aisyah binti Abu Bakar As-Siddiq pun amat suka dan menyayangi kucing.

Salah seorang sahabat Baginda S.A.W yang juga perawi hadith, Abdurrahman bin Sakhr Al-Azdi diberi jolokan "Abu Hurairah" (bapa kucing jantan), kerana kegemaran beliau dalam merawat dan memelihara banyak kucing jantan dirumahnya. Tetapi ada sesetengah dari kita yg sanggup membiarkan kucing kelaparan malah lebih teruk mereka sanggup meyepak, menyiksa, dan membunuh haiwan manja ini..

*Nak Share Silakan. Sumber - 
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=2387420489821&set=a.1778662151243.2094986.1380080408&type=1&theater

Mimpiku yang aneh



Semalam ku bermimpi, mempunyai kekasih hati. Tampan segak bergaya namun tidak direstui kedua orang tuaku. Begini la mimpiku .....

Setiap kali ku pulang rumah (selepas dating) kedua orang tuaku bising dan bertanya2 ke mana & bersama siapa kepemergianku sepanjang malam. Tercetus pertengkaran kerana aku hanya keluar di siang hari dan pulang sebelum maghrib. Merepek saja lah keluhan hatiku kerna kedua orang tuaku sering mencari salahku.
Pada keesokan hari seperti biasa ku bersiap untuk berdating .... pintu dihempas tutup oleh abahku. Dengan kuat dia menjerit "da mula la ni, nak masuk maghrib nak kluar rumah!" Aku yg melihat terang disiang hari dan bf ku menunggu di depan rumah tersenyum lebar menjadi marah. Lalu menjawab "apa Bah, kan siang terang kat luar kesian dia kat luar sorang2" Setelah ku menjawab abahku terdengar Azan berkumandang & abahku pun azan sama. Peliknya bermula disini, terdengar suara meraung dengan kuat dan menyeramkan di luar. Di atas rasa ingin tahu, aku menjengguk ke luar tingkap. MasyaAllah, yang ku lihat hanyalah lembaga hitam seakan2 meminta pertolonganku. Ternyata benar sudah malam mungkin maghrib ataupun ishak. Mak menggenggam tanganku dan memujukku melupakan kekasihku. Dunia berbeza takkan dapat bersama walau bagaimanapun.
Diketika itu aku terjaga, dari berbaring aku terduduk dan terpingga2 ... Setelah beristifar berberapa seketika terus bangun mencari buka nota yg ku catat doa terjaga dari mimpi buruk oleh Ustaz Kazim. Setelah membaca doa itu, aku berasa lega Alhamdulillah hanya mimpi. Tersedar jam 4pagi, rutin harian bermula di saat itu. Walaupun hanya mimpi buruk aku masih tertanya2 pada diri sendiri dimanakah silapku??? Sebelum tidur seperti biasa aku masih dalam wudhu, membaca Al-fatehah, 4Qul, Ayat Kursi dan terakhir doa tidur, di mana ya salahku ........

Semoga malam ini aku tiada bermimpi apa2 ataupun Mak datang dalam mimpiku dalam contex yg indah dan ceria. Terubat juga rinduku dapat bersama Mak walaupun dalam mimpi yang ngeri.

7 Rombongan Iblis Menganggu Sewaktu Sakaratul Maut





Rombongan Pertama Iblis Menganggu Sewaktu Sakaratul Maut

Gangguan Iblis yang paling dahsyat keatas manusia ialah sewaktu akhir hayat (sakaratul maut), Iblis akan menyesatkan manusia supaya leka dan syirik kepada Allah s.w.t.

Nabi s.a.w mengajarkan kepada umatnya untuk sentiasa berdo'a, mohon perlindungan daripada Allah s.w.t. daripada gangguan Iblis : " Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan syaitan diwaktu maut."

Sekiranya seseorang yang sedang sakaratul maut semasa hidupnya dahulu sangat tamak haloba kepada barang-barang berharga seperti emas, perak, mutiara, intan, belian, zamrud dan batu delima. Maka Iblis dan syaitan akan datang membawa berbagai macam barang-barang berharga tersebut. Orang yang sedang nazak tersebut akan menyentuh dan meraba-raba barangan Iblis itu, diwaktu itu nyawanya putus dari tubuh itu. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah s.w.t. Inilah jenis mati fasik dan munafik, ke Nerakalah tempatnya.

Rombongan Kedua Iblis Menganggu Sewaktu Sakaratul Maut

Akan datang Iblis kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti harimau, singa, ular dan kala yang berbisa. Maka apabila yang sedang sakaratul maut itu memandangnya sahaja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati. Maka ketika itu juga akan putuslah nyawanya dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah s.w.t. Matinya itu sebagai fasik dan munafik dan ke Nerakalah tempatnya.

Rombongan Ketiga Iblis Menganggu Sewaktu Sakaratul Maut

Akan datang Iblis mengacau dan memperdayakan orang yang dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia berminat dengan kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan kuda lumba (judi). Jika dia berminat dengan ayam sabung, maka dirupakan denga ayam sabung yang cantik.

Apabila tangan orang yang hendak mati meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu didalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah s.w.t. Matinya mati fasik dan munafik, maka Nerakalah tempatnya.

Rombongan Keempat Iblis Menganggu Sewaktu Sakaratul Maut

Akan datang Iblis merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu, maka orang yang didalam sakaratul maut itu akan mengerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuhnya yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati fasik dan munafik, dan Nerakalah tempatnya.

Rombongan Kelima Iblis Menganggu Sewaktu Sakaratul Maut

Akan datang Iblis merupakan dengan rupa sanak-saudara orang yang sedang sakaratul maut, seperti ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang didalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan, lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh siayah dan ibu yang dirupai oleh Iblis, berkata dengan merayu : "Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk kedalam syurga."

Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu denga tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun tiba, maka matilah dia didalam keadaan kafir, kekal dalam Neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.

Rombongan Keenam Iblis Menganggu Sewaktu Sakaratul Maut

Akan datang Iblis merupakan dirinya sebagai ulama-ulama yang membawa banyak kitab-kitab, lalu ia berkata : " Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan diri kau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit disini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu." Lalu diminum ubat itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali, lalu datang pula Iblis yang menyerupai ulama dengan berkata : " Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?"

Berkata orang yang sedang sakaratul maut : " Aku tidak tahu."

Berkata ulama Iblis : " Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulama yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi. Cukuplah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui zat Allah hendaklah kamu patuh kepada kami."

Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang kekanan dan kekiri, dan dilihatnya sanak-asudaranya semuanya berada didalam kesenangan syurga (syurga palsu yang dibentangkan oleh Iblis bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut).

Kemudian orang yang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulama palsu : "Bagaimana Zat Allah?"

Lalu berkata ulama palsu : " Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu."

Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sanagt besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi.

Berkata Iblis : " Itulah zat Allah yang patut kita sembah."

Berkatalah orang yang dalam sakaratul maut : "Wahai guruku, bukankah ini benda yang benar-benar besar, tetapi benda itu mempunyai jihat enam, iaitu benda besar ini dikirinya dan kanannya, mempunyai atas dan bawahnya, mempunyai depan dan belakangnya. Sedangkan Zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Mahasuci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dahulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini?"

Dalam keraguan itu maka Malaikat Maut pun datang dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu didalam keadaan kafir, dan kekal di dalam Neraka dan terhapuslah segala amalan baik selama hidupnya di dunia ini.

Rombongan Ketujuh Iblis Menganggu Sewaktu Sakaratul Maut

Rombongan Iblis yang ketujuh ini, Iblis terdiri dari 72 barisan, sebab menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktiqad Muhammad s.a.w.bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljemaah) 72 lagi masuk ke Neraka kerana sesat.

Ketahuilah Iblis itu akan mengacau dan menganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu yang berlainan di dalam waktu manusia sedang menghadapi sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan kalimah 'LAA ILLAAHA ILLALLAH' untuk menyelamatkan dirinya daripada gangguan Iblis dan syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut.

Bersesuaian dengan hadis Nabi s.a.w yang bermaksud ; " Ajarkanlah oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu : LAA ILLAAHA ILLALLAH."



http://www.facebook.com/photo.php?fbid=312099305481489&set=a.281923861832367.72819.281922481832505&type=1&theater

Adab Dan Larangan Ketika Membuang Hadas (melabur ;)





Syariat Islam mengajar kita beberapa adab dan larangan yang mesti diamalkan ketika buang hajat. Diantaranya adalah :

1 - Jangan menghadap kiblat ketika buang air kecil @ besarr.

* Kiblat kaum muslimin adalah Kaabah yang dibina oleh Nabi Ibrahim as di Makkah atas perintah Allah S.W.T . Ini merupakan bentuk penghormatan terhadap kiblat dan bentuk pengagungan terhadap syiar-syiar agama Allah S.W.T

Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud : "Jika salah seorang dari kamu duduk utk membuang hajatnya, janganlah ia menghadap atau membelakangi kiblat." [Hadith Riwayat Muslim no: 389]

2 - Tidak menyentuh kemaluan dengan tangan kanan semasa buang air kecil. Dalilnya sabda Rasulullah S.A.W yg bermaksud : 

"Jika salah seorang dari kamu buang air kecil, janganlah ia menyentuh kemaluannya dan beristinja' dengan tangan kanan. Dan jangan pula ia bernafas dalam gelas (saat minum)." [Hadith Riwayat Al-Bukhari no: 150]

3 - Janganlah ia menghilangkan najis dengan tangan kanan, tetapi gunakanlah tangan kiri, berdasarkan hadis di atas dan sabda Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam yg bermaksud : "Jika salah seorang kamu membersihkan kotoran janganlah ia gunakan tangan kanannya." [Hadith Riwayat Muslim no: 5199]

Dan juga berdasarkan riwayat Hafsah rh, Salah seorang drpd isteri baginda bahawa Rasulullah S.A.W menggunakan tangan kanannya untuk makan, minum, berwudhu , memakai pakaian, memberi dan menerima dan menggunakan tangan kirinya untuk selain itu. " [Hadith Riwayat Ahmad]

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud : "Jika salah seorang dari kamu beristinja 'maka janganlah ia gunakan tangan kanan, hendaklah ia gunakan tangan kirinya." [Hadith Riwayat Ibnu Majah No: 308]

4 - Menurut Sunnah Rasulullah S.A.W ,hendaklah berusaha duduk serendah mungkin saat membuang hajat. Cara seperti itulah yang lebih menutupi aurat dan lebih selamat dari percikan air kencing yang dapat mengotori badan dan pakaiannya. Dan boleh membuang hajat sambil berdiri jika aman dari percikan air kencing.

5 - Menutup diri dari pandangan orang ketika buang hajat.

Penghalang yang paling sering digunakan Rasulullah S.A.W ketika membuang hajat adalah dinding atau pagar kebun kurma (yakni di sebalik tanah tinggi atau dinding kebun kurma). [Hadith Riwayat Muslim no: 517]

Jika seorang muslim berada di tanah lapang lalu terdesak buang hajat sementara ia tidak mencari sesuatu sebagai penghalang, hendaklah ia menjauh dari orang lain. Dalilnya adalah riwayat Mughirah bin Syu'bah ra dia berkata:

"Ketika saya menyertai Rasulullah S.A.W dalam sebuah lawatan, baginda terdesak utk membuang hajat. Baginda S.A.W menjauh dari tepi jalan." [Hadith Riwayat At-Tirmidzi no: 20]

Abdul Rahman bin Abi Quraad meriwayatkan: "Saya pernah menyertai Rasulullah S.A.W ke sebuah padang luas. Jika beliau hendak membuang hajat maka beliau akan pergi menjauh." [Hadith Riwayat An-Nasa'i no: 16]

6 - Tidak membuka auratnya kecuali setelah tiba di tempat buang air. Sebab tempat buang air tentunya lebih tertutup. Berdasarkan riwayat Anas ra dia berkata:

"Apabila Rasulullah S.A.W hendak membuang hajat, Baginda S.A.W tidak akan menyingkap pakaiannya hingga tiba di tempat buang air." [Hadith Riwayat At-Tirmidzi no: 14]

Jika ia buang air di tandas, janganlah ia menyingkap pakaiannya kecuali setelah mengunci pintu tandas dan tersembunyi dari pandangan orang lain. Dari point di atas anda tentu dapat mengetahui bahawa kebiasaan yang sering dilakukan orang di negera-negara Barat, iaitu buang air kecil sambil berdiri di tempat-tempat terbuka dalam tandas-tandas am, adalah kebiasaan yang bertentangan dengan norma dan etika sopan santun dan akhlak yang mulia.

Tanpa segan silu seseorang membuka auratnya di hadapan manusia, padahal Allah telah meletakkan kemaluannya itu di tempat yang tersembunyi, iaitu di selangkangan antara kedua-dua kakinya! Dan Allah telah memerintahkan manusia supaya menutupnya, bahkan semua orang yang berakal bersetuju perintah Allah tersebut. Dan termasuk kekeliruan juga adalah membina tandas (tempat membuang air kencing) dalam bentuk terbuka seperti itu, sehingga masing-masing orang yang buang air di situ boleh melihat orang yang buang hajat di kanan dan kirinya!

7 - Di antara adab-adab yang dituntut oleh Syariat Islam kepada kaum muslimin adalah membaca zikir-zikir tertentu ketika memasuki tandas dan keluar darinya. Adab ini sangat sesuai dengan keadaan dan tempat.

Rasulullah S.A.W telah mengajarkan kepada kita doa ketika masuk ke dalam tandas.

"Bismillah, Allahumma inni a'uudzubika minal khubtsi wal khabaaits"

Ertinya: Dengan menyebut nama Allah, Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari segala gangguan syaitan laki-laki mahupun perempuan.

8 - Bersungguh-sungguh menghilangkan najis setelah selesai buang hajat, berdasarkan sabda Rasulullah yang memberi amaran keras terhadap orang-orang yang menganggap remeh perkara bersuci ini.

Baginda Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda: "Majoriti seksa kubur itu akibat tidak membersihkan air kencing" [Hadith Riwayat Ibnu Majah no: 342]

Diriwayatkan dari Abdullah bin Abbas ra bahawa ia bercerita: "Suatu kali Rasulullah S.A.W melalui dua kubur lalu berkata:

"Sesungguhnya kedua penghuni kubur ini sedang diseksa, bukanlah kerana kesalahan yang besar. Salah seorang dari keduanya kerana tidak beristinja 'selepas buang air, dan satu lagi berjalan ke sana ke mari menyebar fitnah. [Hadith Riwayat Al-Bukhari no: 5592]

"Ingatlah, sesungguhnya dua mayat ini sedang diseksa tetapi bukan kerana melakukan dosa besar. Seorang daripadanya diseksa kerana dahulu dia suka membuat fitnah dan seorang lagi disiksa kerana tidak menghindari diri daripada percikan air kencing. Kemudian baginda mengambil pelepah kurma yang masih basah lalu dibelahnya menjadi dua. Setelah itu baginda menanam salag satunya pada kubur yang pertama dan yang satu lagi pada kubur yang kedua sambil bersabda: Semoga pelepah ini boleh meringankan seksanya selagi ia belum kering." [Riwayat Bukhari no: 1378 dan Hadith Riwayat Muslim, no: 292]

9 - Hendaklah mencuci kemaluan atau dubur sekurang-kurangnya tiga kali atau ganjil sampai bersih sesuai dengan keperluan.

Dalilnya adalah riwayat 'Aisyah rh ia menceritakan bahawa Rasulullah S.A.W membersihkan kemaluannya sekurang-kurangnya sebanyak tiga kali.

Ibnu Umar Radhiyallahu 'Anhu berkata: "Kami pun melakukan amalan Baginda S.A.W dan kami dapati hal itu sebagai ubat dan kesucian." [Hadith Riwayat Ibnu Majah no: 350]

Dan juga berdasarkan hadith dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud:

"Jika salah seorang dari kamu beristijmar maka lakukanlah sebanyak tiga kali." [Hadith Riwayat Imam Ahmad]

10 - Tidak beristijmar (bersuci dengan cara mengusap) dengan menggunakan tulang dan rauts (kotoran haiwan yang telah mengering). Akan tetapi gunakanlah sapu tangan, batu dan seumpamanya.

Dalilnya adalah daripada Abu Huraira ra bahawa ia pernah membawakan tempat air Rasulullah Shallallahu' Alaihi wa Sallam untuk wudhu 'dan buang hajat beliau. Ketika Abu Hurairah mengikuti Rasul dengan membawa tempat air itu, Rasulullah berkata: "Siapakah ini?" 

"Saya, Abu Hurairah!" jawabnya.

Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud : "Bawakanlah untukku beberapa buah batu untuk beristijmar, jangan bawa tulang dan kotoran haiwan."

Akupun membawa beberapa buah batu yang diletakkan di beg bajuku kemudian kuletakkan di sisi beliau lalu aku berpaling. Setelah Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam selesai buang hajat aku bertanya: "Mengapa tidak boleh menggunakan tulang dan kotoran haiwan?" beliau menjawab: "Kerana kedua-duanya adalah makanan bangsa jin." (Hadith Riwayat Al-Bukhari no: 3571)

11 - Dilarang buang air pada air yang bertakung (tidak mengalir).

Dalilnya hadis Jabir Radhiyallahu 'Anhu bahawa Rasulullah S.A.W melarang buang air pada air yang bertakun (tidak mengalir)." [Hadith Riwayat Muslim no: 423]

*Kerana perbuatan tersebut boleh mengotori air dan mengganggu orang-orang yang menggunakannya.

12 - Dilarang buang air di jalan dan di tempat orang-orang berteduh, sebab hal itu boleh mengganggu mereka.

Dalilnya hadis Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: "Jauhilah dua perkara yang mendatangkan kutukan! Mereka bertanya: Apa itu wahai Rasulullah?" Baginda bersabda: "Buang hajat di tengah jalan atau di tempat orang-orang berteduh." [Hadith Riwayat Abu Dawud no: 23]

13 - Dilarang mengucapkan salam kepada orang yang sedang buang hajat dan dilarang menjawab salam sementara ia berada di tempat buang hajat. Sebagai bentuk pengagungan kepada Allah S.W.T agar nama-Nya tidak disebut di tempat-tempat kotor.

Diriwayatkan dari Jabir bin Abdillah ra ia mengisahkan bahawa seorang lelaki sedang berjalan melewati Rasulullah S.A.W yang ketika itu tengah buang air kecil. Lelaki itu mengucapkan salam kepada beliau. Setelah selesai Baginda S.A.W berkata kepadanya: "Jika engkau melihatku dalam keadaan demikian (sedang buang hajat) janganlah ucapkan salam kepadaku kerana aku tidak akan menjawab salammu itu." [Hadith Riwayat Ibnu Majah no: 346]

Jumhur ulama berpendapat makruh berbicara di dalam tandas tanpa ada keperluan yg mendesak.

Itulah antara beberapa adab dan larangan dalam syariat Islam berkenaan dengan permasalahan yg dilakukan kita semua setiap hari. Syariat Islam telah menetapkan dan mejelaskannya dgn sebegitu terperinci. Wahai kawan2ku, boleh kah anda mencari agama lain atau syariat di dunia ini yang menetapkan peraturan-peraturan terperinci seperti Islam? Demi Allah, hal itu cukup sebagai bukti penegasan kesempurnaan dan keindahan agama Islam serta wajibnya kita mengikutinya. 

Kita memohon kepada Allah S.W.T agar memberikan taufiq bagi kita semua kepada kebaikan dan mengurniakan hidayah kepada kebenaran. Selawat dan salam semoga tercurah kepada Nabi kita yg tercinta.. Muhammad Shallallahu 'Alaihi wa Sallam...

*Nak Share Silakan. Sumber dr : 
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=2370951038095&set=a.1778662151243.2094986.1380080408&type=1

Solat




Solat merujuk kepada sembahyang dalam agama Islam. Solat terbahagi kepada solat fardu dan solat sunat. Solat fardu diwajibkan ke atas orang Islam sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu. Solat fardu merupakan salah satu dari Rukun Islam.
Solat fardhu yang wajib didirikan ialah solat lima waktu sehari semalam, iaitu subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak.
Sekiranya seseorang tertinggal solat fardu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada
Bagi mereka yang musafir, mereka diharuskan bagi solat dengan mengqasarkan dan menjamakkannya.
Waktu-waktu solat
Solat Zohor Waktunya dimulai sejak matahari tergelincir ke barat dan berakhir di saat bayangan sesuatu benda itu sama betul panjangnya dengan benda itu. Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.
  1. Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
  2. Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
  3. Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
  4. Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.
Solat Asar Waktunya dimulai setelah waktu Zohor habis, iaitu ketika bayangan sesuatu benda sama panjang dengan bendanya dan berakhir setelah terbenamnya matahari. Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:
  1. Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
  2. Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
  3. Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
  4. Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.
Solat Maghrib Waktunya dimulai setelah terbenamnya matahari dan berakhir apabila mega merah telah hilang. Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:
  1. Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
  2. Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
  3. Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.
Solat Isyak Waktunya dimulai setelah hilangnya mega merah sampai terbitnya fajar shadiq. Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
  1. Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
  2. Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
  3. Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
  4. Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun
Solat Subuh Waktunya dimulai setelah terbit fajar shadiq sampai terbitnya matahari. Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
  1. Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
  2. Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.
Syarat wajib solat:
  1. Islam
  2. Baligh
  3. Berakal
  4. Suci daripada haid dan nifas bagi perempuan
Syarat sah solat:
  1. Suci badan dari dua hadas besar dan kecil.
  2. Suci dari najis sama ada di badannya, di tempat solatnya, dan di pakaiannya.
  3. Menutup aurat.
  4. Menghadap qiblat (kecuali yang uzur dan tidak terdaya)
  5. Yakin masuk waktu solat.
(nota: sekiranya sesudah tamat solat, lalu disedari perkara yang tersebut di atas terjadi - misalnya didapati ada najis di sejadah - maka perlulah diulangi solat itu kerana ianya tidak menepati syarat sah solat)
Perkara-perkara yang membatalkan solat:
  1. Keluar/kedatangan hadas besar atau kecil.
  2. Berkata-kata dengan sengaja walau sedikit yang memberi faham, atau ketawa.
  3. Makan/minum walau sedikit.
  4. Melakukan pergerakan di luar rukun solat tiga kali berturut-turut(mutawaliyat).
  5. Berniat keluar dari solat
  6. Terkena najis yang tidak dimaafkan pada badan, pakaian dan tempat solat.
  7. Beralih arah dari kiblat dengan sengaja (berpaling dada).
  8. Terbuka aurat dengan sengaja, atau tidak sengaja tetapi tidak segera ditutup.
  9. Berubah niat dari satu solat ke solat yang lain.
  10. Meninggalkan rukun solat.
  11. Murtad
Rukun Solat
Rukun solat ada 13:
  1. Niat.
  2. Takbiratul Ihram.
  3. Berdiri bagi yang mampu.
  4. Membaca surah Al-fatihah.
  5. Rukuk dengan tama'ninah (tama'ninah: tenang dan tertib, tidak terburu-buru).
  6. Iktidal dengan tama'ninah.
  7. Sujud dua kali, dengan tama'ninah.
  8. Duduk di antara dua sujud,dengan tama'ninah.
  9. Tasyahhud Akhir dengan membaca bacaan Tasyahhud.
  10. Duduk dalam Tasyahhud akhir.
  11. Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Tasyahhud Akhir.
  12. Membaca salam.
  13. Tertib.
Pada mazhab Maliki dan Hanafi, baca fatihah rukun bagi solat perseorangan sahaja. (Tidak rukun bila solat jemaah, bila imam baca makmum dengar sahaja berdasarkan al-quran:-dan hendaklah kamu diam bila quran dibacakan.).
Perkara-perkara sunat semasa solat
  1. Sunat Hai'ah
  2. Sunat Ab'adh
Perkara-perkara semasa solat
  1. Berpaling ke kiri atau ke kanan (kecuali ketika Salam).
  2. Memandang ke atas (mendongak).
  3. Berdiri menggunakan sebelah kaki sahaja.
  4. Berludah ke hadapan atau ke belah kanan.
  5. Berlebih-lebihan membongkok dan menundukkan kepala ketika rukuk.
  6. Bercekak pinggang.
  7. Menyinsingkan kain atau baju.
  8. Bersembahyang ketika hadir makanan (makanan dihidangkan).
  9. Bersembahyang ketika berasa hendak qadha' hajat (membuang air).
Waktu Solat Sunat
Tidak semua solat sunat mempunyai waktu tertentu melainkan beberapa solat sunat. Waktu-waktunya adalah mengiku kelaziman waktu solat Nabi Muhammad s.a.w. antara solat sunat yang dilakukan mengikut waktu tertentu:
  1. Solat dhuha - dilakukan ketika waktu matahari baru naik (mengikut pandangan sesetengah ulama, pada ketinggian segalah atau tujuh hasta)
  2. Solat dua Hari Raya - dilakukan pada waktu pagi hari raya yang pertama bagi keuda-dua jenis hari raya dan lazimnya dilakukan pada waktu Dhuha iaitu waktu matahari baru naik (mengikut pandangan sesetengah ulama, pada ketinggian segalah)
  3. Solat tarawih - dilakukan pada waktu Isya' (lazimnya dilakukan selepas Solat isya' sebelum kemunculan waktu imsak)
  4. Solat sunat gerhana - dilakukan pada waktu gerhana (matahari atau bulan) berlaku.
  5. Solat sunat rawatib - dilakukan sebelum dan selepas solat fardhu. Tidak semua solat mempunyai kedua-dua solat sunat.
Waktu Haram Solat
Berikut adalah waktu yang diharamkan solat (sesetengah mengatakan bagi selain tanah haram):
  1. Waktu selepas solat Subuh hingga terbit matahari.
  2. Waktu mula terbit matahari (syuruk) hingga matahari berada di kedudukan pada kadar segalah (tujuh hasta).
  3. Waktu rambang (zawal, istiwa, rembah) atau waktu tengahari (matahari tegak) hingga gelincir matahari kecuali hari Jumaat.
  4. Waktu selepas solat Asar hingga matahari kekuningan.
  5. Waktu matahari kekuningan hingga matahari terbenam. 

‎9 Jenis Anak Syaitan.









Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A’awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour lain-lain.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumahtangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahar

Belajar Bahasa Brunei Pt-1











Jom la kita belajar bahasa brunei yg telah dishare oleh teman saya =D




Jalama - orang.
Ali-ali - Asing.
Bahapa - Buat apa.
Kuyuk - Anjing.
Kudut - Pinggan.
Aing - Air.
Mentuka - Kereta.
Indik - Pijak.
Inda - Tidak.
Aruk - Korek.
Bisia/Bisdurang - Mereka.
Kadiaku - Saya.
Kadidia - Dia.
Kadikau - Awak.
Menerais/Meneriak - Menjerit.
Bekamih - Buang air kecil.
Beria - Buang air besar.
Ingau - Risau.
Buah Tibadak - Buah Cempedak.
Tungkal - Takut.
Beuri - rasa tak sedap hati.
Kapisan - Sakit/Sakit yang teruk.
Awu/Bah - Ya/ Boleh.
Nuhun - Meninggal Dunia.
Betabiat - Lambat.
lakas - Cepat.
Mengurancah - Tidur.
Lampuh - Gemuk.
Magarib - Waktu senja.





13Rejab1372 - 1Muharram1425




Tanggal 1 Muharram detik baru di kalender Islam untuk segenap umat Islam. Namun detik itu juga membawa kesedihan yang amat berat untuk ku bendung selama ini. Telah banyak ku lakukan tanpa disedari, tidak sempat ku luahkan rasa hati. Namun dirimu tetap menerima dan memaafkan diriku ini. Pengorbananmu bertubi2, keikhlasanmu tetap ku rasai hingga kini. Peringatanmu tetap ku ingat dan tak mungin ku lupa - BIAR ORG BUAT KITA, JGN KITA BUAT ORG! -

Tiada linangan airmata ketika ku menatap wajah manismu yg terakhir kali kerna aku sangat terharu dan terpaku diketika itu. Dari mula ku memandang wajahmu sehingga siap dikafankan yg terngiang2 ditelingaku hanyalah "Mak ada kat rumah Sin Ming ni, besok adik dgn semua dtg sini tau, Mak tunggu sini" dengan pujuk manja ku berjanji akan pertemuan dgn mu. Tak lama kemudian suaramu terdengar lagi, "Aduh, dada mak sakit dik, aduhhhh ..........." talian terputus buat seketika. Selepas 15min abah menelefon membawa berita pemergianmu untuk selamanya. 

Kehadiran (esok) 1 Muharram 1433 ini genap la 7 thn Mak meninggal dunia. Aku redha atas segalanya, bersyukur dgn kudratNYa, terhapus segala sakit dan sengsaramu ... Hanya pertanyaan ku bilakah kita boleh bertemu lagi? Sekian lama mimpi ku tanpamu. Aku tersangat merindui Mak. La Tahzan !!! Ya Allah kau kuatkan imanku, ampunkan segala dosa dan salah Mak ku, seluas mana kasih sayangku padanya namun ku sedari ENGKAU lebih menyayanginya kerna itu ENGKAU mengambil balik pinjamanMu. Syukran Ya Allah atas nikmat dibesarkan olehnya yg amat penyayang dan memahami kami. Walaupun tidak lama bersama cukup la seandainya dipanjangkan usianya, mungkin permergiaannya tak mungkin ku terima. 






Dirimu tetap dalam ingatan ~ 13Rejab1372 - 1Muharram1426 ~ Adik Syg Mak!



Bila Paderi Buka Rahsia..






Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang juru dakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun karena desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini."

Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya." Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, "Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang Muslim?"

Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu."

Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan ugamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat."

Si pemuda tersenyum dan berkata, "Silakan!"

Sang paderi pun mulai bertanya, "Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya."

"Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!"

"Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?"

"Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?"

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.

Setelah membaca Basmalah dia berkata,

-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, "Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)."
(Al-Isra': 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.

-Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." 
(Al-Mulk: 3).

-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat men-junjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.*

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air." (Al-Baqarah: 60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. ber-firman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing." (At-Takwir: 18).

-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

-Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala." Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, " tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Yusuf:98)

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keledai. Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keledai." (Luqman: 19).

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya':69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t.? "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, "Apakah kunci surga itu?" mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!"

Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah."

Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda. "

Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah."

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.**

* artikel ini tidak menyebutkan yang kesembilan (pent.)
** Kisah nyata ini diambil dari Mausu'ah al-Qishash al-Waqi'ah melalui internet..
[www.gesah.net]

Ini adalah artikel sulung dari qasha dan merupakan sebuah artikel yang cukup bagus. Ia dapat menyedarkan kita agar membaca dan memahami isi kandungan Al-Qur'an bagi membolehkan kita menangkis tohmahan dan menjawab pertanyaan orang-orang kafir. 

Suara Wanita




Umat Islam terutamanya para muda mudi amat memintai muzik dan lagu. Para remaja Islam dari kalangan lelaki dan wanita juga tidak terkecuali dari menjadi peminat muzik ini. Walau bagaimanapun, mereka mengalihkan minat itu kepada dendangan lagu-lagu nashid yang liriknya membawa kepada kebaikan dan kesedaran agama.

Tidak dapat dinafikan, banyak juga nasyid-nasyid ini yang dilihat menyimpang dari landasan asal lalu sifat komersialnya melebihi nasihatnya. Liriknya yang asalnya membawa kepada nasihat agama mulai bertukar kepada puja-puji wanita dan kekasih. Bezanya dengan lagu pop rock biasa hanyalah kerana ia diadun sedikit dengan menyebut nama-nama Allah sekali sekala, kalimah Islam atau apa-apa elemen Islam.

Saya akan menulis lanjut tentang hal ini kemudian, InshaAllah. Dalam penulisan ini, saya ingin mengajak pembaca melihat peranan kaum wanita muslimah dalam industri nasheed ini. Adakah ianya halal atau sebaliknya?

Suara Wanita

Majoriti ulama berfatwa suara wanita bukanlah aurat. Dalilnya mudah iaitu

أنَّ رسول الله ـ صلَّى الله عليه وسلَّم ـ قال: “يا معشر النساء تصدقن وأكثرن الاستغفار؛ فإنِّي رأيتكنَّ أكثر أهل النار، فقالت امرأة جزلة منهنَّ: وما لنا يا رسول الله أكثر أهل النار؟ فقال: تكثرن اللعن، وتكفرن العشير”..
Ertinya : Sesungguhnya Rasulullah SAW berkata : wahai seluruh kaum wanita, bersedeqah dan banyakkan istighfar, sesungguhnya aku melihat wanita adalah majority ahli neraka. Maka berkatalah seorang wanita : Mengapa kami menjadi majority ahli neraka ya Rasulullah? : rasul menjawab : wanita banyak yang melaknati dan mencela orang lain serta mengingkari kebaikan suaminya..” (Riwayat Muslim)

Saya bukan ingin mengulas isi kandungan hadith itu, tetapi ingin membawakan bukti bahawa suara wanita dalam keadaan biasa bukanlah aurat. Pertanyaan secara langsung wanita itu membuktinya. Selain hadith ini, banyak lagi hadith-hadith lain yang membuktikan suara wanita bukan aurat.

Hasilnya, pandangan terkuat dalam mazhab Hanafi, yang muktamad dalam Maliki, Syafie dan Hanbali menganggap suara wanita bukanlah aurat.


Berubah Menjadi Aurat

Bagaimana hukum jika seorang wanita itu melembut dan memanjakan suara di hadapan lelaki bukan mahram?.

Inilah perbincangan saya.

Tidak dapat dinafikan lagi jika demikian keadaannya, sudah tentu ia diharamkan oleh Islam.

“eh ustaz, sedapnya suara wanita tadi ye” kata seorang rakan saya

” yang mana satu ni?” Tanya saya sambil cuba mengingat kembali.

“ala, yang sekali meeting dengan kita tadi le” katanya menjelaskan.

“Sedap macam mana tu” tanya saya menduga

“ish..naik le bulu roma saya dan kalau boleh nak dengar tiap-tiap hari suara dia, astaghfirullah, eh.. dosa ke ustaz, suara bukan aurat kan ?” katanya sambil tersenyum kambing.

Bayangkan bagaimana keterlanjuran kata oleh siswa ini di hadapan saya. Wanita perlu mengetahui betapa lemahnya lelaki di hadapan mereka. Lelaki secara umumnya (kecuali yang punyai keimanan yang hebat) memang mudah tergoda dengan suara merdu wanita walaupun wanita itu tidak langsung berniat untuk menggoda. Maka apatah lagi jika di ketika ia memang berniat untuk menggoda.

Saya masih ingat satu ketika di satu universiti, satu mesyuarat sedang berjalan. Saya mempengerusikan mesyuarat.

Suasana agak biasa, sehinggalah tiba-tiba seorang mahasiswi memberikan pandangannya kepada satu isu yang sedang dibincangkan.

Walaupun mahasiswi itu berada di belakang tabir, tetapi oleh kerana suaranya yang lembut dan lemak gemalai secara semulajadi ( bukan sengaja dibuatnya), semua mahasiswa yang tadinya seperti mengantuk menjadi cergas dan terbeliak mata sambil berubah wajah seperti malu-malu serta cukup tekun mendengar setiap butiran ayat yang keluar dari mahasiswi itu.

Entah apa yang merasuk mereka..

Habis meeting, seorang dari mereka menyapa saya lalu berkata :

“sapa tadi ye ustaz, siswi tadi tu”

“siswi mana” tanya saya

“ala yang suara merdu tu, apa namanya ye ustaz..ehem ehem, terpikat juga saya dengar suaranya” tegaskan tanpa malu-malu

Cuba lihat apa yang terjadi, hanya dengan suara tanpa melihat rupa pun sudah boleh meruntun hati seseorang siswa yang mengaji agama di universiti, apatah lagi jika siswa yang mengaji rempitan di jalanraya. !
Teringat Di Jordan
Saya juga teringat satu hari, ketika saya samapi ke satu universiti untuk memberikan ceramah, ketika itu agak kecoh siswa di sana berkenaan satu vcd nashid kumpulan wanita yang baru sampai dari Malaysia. Saya mendengar bahawa terdapat beberapa bakal-bakal ustaz ini yang berebut-rebut untuk melihat dan mendengarnya. Apabila saya bertanya lanjut tentang hal ini kepada seorang pemimpin mahasiswa, rupanya vcd itu begitu popular kerana penashidnya terdiri dari kalangan anak-anak gadis yang ‘ada rupa’ serta ‘solehah’. Hmm solehahkah mereka …?
Pinjam meminjam pun berlaku dengan hebatnya di kalangan mahasiswa, ada juga yang men ‘copy’ ke komputer masing-masing. Kemudian timbul aduan dari salah seorang mahasiswa soleh kepada saya bahawa terdapat mahasiswa yang amat asyik dan mengulang-mengulang vcd tersebut.
Lihatlah kesannya, adakah ini dakwah ?..baca sampai ke habis, inshaAllah akan mendapat jawapannya.
Amaran Allah

Allah SWT yang menciptakan manusia sememangnya telah memberi peringatan akan hal ini apabila menyebut :-

فَلاَ تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِى فِى قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلاً مَّعْرُوفاً
Ertinya : Maka janganlah kamu wahai wanita, merendahkan (melembutkan) suaramu maka dibimbangi orang yang berpenyakit di hatinya beringinan jahat kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik ( kandngan dan tatacaranya)” (Al-Ahzab : 32)

Para ulama tafsir  menyebut, suara wanita yang dilagukan adalah termasuk dari kecantikan-kecantikan (yang tidak harus dipertonton dan dipeerdengarkan kepada lelaki bukan mahram) tiada khilaf dalam hal ini ( Adwa al-Bayan, 5/10 : At-Tashil Li Ulum At-Tanzil, 3/137 ; )

Imam As-Suddi berkata : larang ini bermaksud larangan kepada kaum wanita menipiskan suaranya (lembut, lunak dan manja) apabila bercakap di hadapan khalayak lelaki. Imam Qurtubi pula mengatakan, kerana suara yang sebegini akan menjadikan orang-orang lelaki munafiq dan ahli maksiat berfikir jahat  ( Tafsir Ibn Kathir, 3/483 ; Al-Jami’ Li Ahkam Al-Quran, 14/177)

Berdasarkan dalil ayat ini, apa yang boleh saya fahami adalah nasheed wanita juga tergolong dalam bab yang diharamkan oleh Islam apabila ia diperdengarkan kepada lelaki yang bukan mahram. Adapun jika ia dinyanyikan oleh kanak-kanak wanita yang belum baligh atau ia dinyanyikan khas untuk para wanita. Ia adalah harus.

Suara Wanita Ketika Beribadah
Displin Islam dalam hal ini boleh dilihat dari perkara di bawah ini :-
1) Ingin Menegur Imam semasa solat,
Jika kaum wanita ingin menegur imam lelaki yang tersilap bacaan atau terlupa rakaat dan lainnya. Nabi SAW hanya membenar para wanita mengingatkan imam dengan menggunakan tepukan sahaja.

Hadithnya :-
فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم ما لي رأيتكم أكثرتم التصفيق من رابه شيء في صلاته فليسبح فإنه إذا سبح التفت إليه وإنما التصفيق للنساء “
Ertinya : Berkata Rasulullah SAW , mengapa aku melihat kamu banyak bertepuk apabila ragu-ragu (waswas) dalam sesuatu perkara semasa solatnya. Hendaklah kamu ( lelaki ) bertasbih dan sesungguhnya tepukan itu hanya untuk wanita” ( Riwayat Al-Bukhari, no 652)

Arahan nabi untuk wanita bertepuk bagi membantu imam itu adalah bagi menjaga suaranya dari memesongkan orang lelaki yang sedang solat (Faidhul qadir, 3/281 ; Al-hawi al-Kabir, 9/17)

2) Wanita dan azan

Imam al-Jassas ketika mentafsirkan ayat dari surah al-ahzab tadi menyebut bahawa ayat ini memberi hukum bahawa wanita dilarang dari melaungkan azan terutamanya jika kemerduan suaranya dijangka mampu mengelodak hati sang lelaki ( Ahkam al-Quran, 5/229 dengan pindaan ringkas)

Demikian juga pandangan mazhab Syafie dan hanbali, dan tidak diketahui ada yang bercanggah pendapat dalam hal ini , kata Imam Ibn Quddamah, ( Al-Mughni, 2/68 )

3) Wanita menjadi imam solat kepada wanita lain atau ketika solat jahar.

Sudah tentu wanita harus untuk menjadi imam kepada wanita lain, tetapi mereka tidak dibenarkan mengeraskan bacaan quran mereka jika di tempat itu terdapatnya para lelaki yang bukan mahramnya. ( Al-Mughni , Ibn Quddamah)

Imam Ibn Hajar berkata : “jika dikatakan bahawa sekiranya wanita menguatkan bacaannya di ketika solat maka solatnya batal, adalah satu pendapat yang ada asasnya” (Fath Al-Bari, 9/509 )

Jelas bahawa suara wanita yang dilagukan atau dalam keadaan biasa apabila melibatkan soal ibadah hukumnya dilihat semakin ketat kerana dibimbangi menggangu ibdaaha wanita itu terbawa kepada kerosakan kaum lelaki yang lemah ini. Kerana itu disebutkan

فرع : صرّح في النوازل  بأنّ نغمة المرأة عورة..ولهذا قال عليه الصلاة والسلام : ( التسبيح للرجال  والتصفيق للنساء ، فلا يحسن أن يسمعها الرجل . )
Ertinya : Ditegaskan bahawa suara wanita yang dilagukan adalah aurat ..kerana itu Nabi SAW bersabda : Sesungguhnya tasbih untuk lelaki , dan tepukan khas untuk wanita, maka tiada harus didengari ‘tasbih’ wanita oleh si lelaki” ( Syarh Fath  Al-Qadir, 1/206 )
4) Suara wanita dan talbiah Haji
Ijma ulama bahawa wanita tidak mengangkat suaranya kecuali hanya setakat didengari olehnya sahaja, demikian pendapat Ato’, Imam Malik, Syafie, Hanafi Awzaie ( AL-Um, 2/156 ; Al-MUghni , Ibn Quddamah, 5/16 )


Kesimpulan

Suara wanita boleh dibahagikan kepada dua jenis :-

1) Suara biasa wanita yang didengari secara jahar kepada lelaki awam ; Ia diperbezakan hukumnya di kalangan ulama. Ada yang mengharamkannya secara total, ada yang mengharuskan secara total. Ada pula yang mengharuskannya apabila dijangka tidak membawa fitnah kepada lelaki (Al-Jami’ Li Ahkami Quran, 14/227 ; Ibn Qayyim, al-Hasyiah, 6/156 ; ‘Ianah at-Tolibin, Ad-Dimyati ; 3/260 ; Al-furu’, Ibn Al-Mufleh, 1/372 )
2) Yang dilembutkan dengan sengaja, dimanjakan dan dimerdukan. Ianya adalah diharamkan untuk diperdengarkan kepada khalayak lelaki secara Ijma’. ( An-Nihayah, Ibn Athir, 42/2 ; Lisan al-Arab, Ibn Manzur , 73/8 ; Tafsir At-Tabari ; 3/22 ; Hasiyah At-Tohawi ; 1/161)

Maka kumpulan nashid wanita hari ini termasuk di dalam kumpulan yang kedua tanpa khilaf. Malah bukan sekadar ‘illah suara sahaja yang boleh menjadikan mereka tercebur dalam perkara haram, malah pakaian dan pergerakkan mereka di khalayak awam juga.

Kebiasaannya apabila persembahan di buat, mereka kerap bersolek-solekan dengan pakaian yang canggih manggih. Di samping itu, duduk pula di atas pentas menjadi tontotan lelaki, jika para ulama semasa menghukumkan haramnya bersanding pengantin di atas pentas dalam keadaan senyap tanpa berkata. Apatah lagi kumpulan nashid wanita yang bersolek adakala seperti pengantin ini dan melentuk-lentuk tubuh dan suaranya di hadapan lelaki bukan mahram, sudah tentu haramnya lebih besar.

” tapi ustaz, inikan alternative untuk mereka yang suka tengok penyanyi wanita yang seksi..eloklah mereka tengok kami” mungkin ini sebahagian pertanyaan penyokong kumpulan nashid wanita.

Jawapnya, benda yang haram tidak boleh dialternatifkan dengan yang haram juga.

Sebagaimana di sebut oleh dalil :-
إِنَّ اللَّهَ عز وجل لاَ يمحوا السيء بالسيء وَلَكِنْ يَمْحُو السيء بِالْحَسَنِ إِنَّ الْخَبِيثَ لاَ يمحوا الْخَبِيثَ
Ertinya : ” Sesungguhnya Allah SWT tidak akan memadam yang buruk dengan buruk juga, tetapi yang buruk (haram) dipadamkan dengan yang baik (halal) Sesungguhnya yang kotor itu TIDAK boleh mensucikan yang kotor” ( Riwyaat Ahmad, 1/387 : Perawi Ahmad adalah thiqah kecuali sebahagiannya khilaf ; Majma’ Az-Zawaid, 10/228  )

Justeru, tidak boleh menggantikan penyanyi wanita seksi itu dengan penyanyi nashid wanita. Kerana kedua-duanya haram buat si lelaki bukan mahramnya.

Jangan pula ada yang mendakwa kononnya ia adalah bentuk dakwah, TIDAK, Allah tidak akan menjadikan dakwah berkesan melalui perkara haram. Tiada siapa boleh mengatakan ia sengaja minum arak kerana ingin mendakwah rakanya bahawa arak itu buruk.

Nabi SAW bersabda :
إن الله لم يجعل شفائكم فيما حرم عليكم
Ertinya : “Allah SWT tidak menjadikan penyembuhan kamu melalui perkara yang diharamkanNya” ( Riwayat Al-Bukhari )

Hadith ini menjelaskan tidak boleh mengambil apa jua yang diharamkan oleh Allah SWT untuk dijadikan ubat, kerana Allah tidak akan menjadikan ubat dalam perkara yang diharamkanNya.  ( Tuhfatul Ahwazi , 6/168 )

Demikianlah dakwah dan pemulihan akhlak dan jiwa manusia, Allah SWT tidak akan menjadinya perkara yang diharamkanNya (melembutkan suara hadapan bukan mahram) sebagai medium dakwah yang berkesan. Ia tidak lain hanyalah untuk komersial dan mengaut untung sahaja.

Setiap hasil untung dari jualan kaset nashid wanita dewasa ini juga tidak lain kecuali hasil yang haram menurut sepakat ulama mazhab. Kecuali jika ia khas untuk wanita dan dijual secara tertutup di majlis wanita sahaja. Persembahan juga untuk kaum wanita.

Sedarilah kumpulan nashied wanita dan penyanyi wanita yang mendakwa dakwah melalui nashid anda..Ia pasti tidak kan berjaya, usaha itu juga pastinya tidak diterima oleh Allah SWT berdasarkan dalil-dalil yang diberi.
BANTAHAN KEPADA ARTIKEL
Apabila tulisan ini mula disebar luaskan, maka terdapat suara-suara penyokong nashid wanita yang cuba mengharuskan tindakan mereka dengan memberikan satu hadith berkenaan dua orang hamab wanita yang mempersembahkan nyanyian kepada Aisyah r.a di rumah Nabi SAW.

Hadith ini adalah seperti berikut :-

عن عَائِشَةَ رضي الله عنها قالت دخل أبو بَكْرٍ وَعِنْدِي جَارِيَتَانِ من جَوَارِي الْأَنْصَارِ تُغَنِّيَانِ بِمَا تَقَاوَلَتْ الْأَنْصَارُ يوم بُعَاثَ قالت وَلَيْسَتَا بِمُغَنِّيَتَيْنِ فقال أبو بَكْرٍ أَمَزَامِيرُ الشَّيْطَانِ في بَيْتِ رسول اللَّهِ وَذَلِكَ في يَوْمِ عِيدٍ فقال رسول اللَّهِ  يا أَبَا بَكْرٍ إِنَّ لِكُلِّ قَوْمٍ عِيدًا وَهَذَا عِيدُنَا
Ertinya : Dari ‘Aisyah r.a berkata : Abu Bakar ( bapa Aisyah r.a ) masuk ke rumah dan dibersamaku dua orang jariah (hamba wanita) dari kalangan bangsa Ansar sedang menyanyi dengan kisah-kisah Ansar ketika hari Bu’ath , lalu asiyah berkata : Mereka berdua bukanlah penyanyi, Berkata Abu Bakar  r.a : ” Adakah seruling Syaitan di rumah Rasulullah SAW? Maka Rasul berkata : WAhai Abu Bakar, ini adalah hari raya, Bukahri , 1/335

Dalam riwayat lain :
عن عَائِشَةَ قالت دخل عَلَيَّ رسول اللَّهِ وَعِنْدِي جَارِيَتَانِ تُغَنِّيَانِ بِغِنَاءِ بُعَاثَ فَاضْطَجَعَ على الْفِرَاشِ وَحَوَّلَ وَجْهَهُ وَدَخَلَ أبو بَكْرٍ فَانْتَهَرَنِي وقال مِزْمَارَةُ الشَّيْطَانِ عِنْدَ النبي فَأَقْبَلَ عليه رسول اللَّهِ عليه السَّلَام فقال دَعْهُمَا
ُErtinya : “dari ‘Aisyah, Rasulullah SAW masuk ke rumah dan dibersamaku dua orang jariah (hamba wanita) dari kalangan bangsa Ansar sedang menyanyi dengan kisah-kisah Ansar ketika hari Bu’ath, maka baginda terus baring dan memalingkan wajanya, maka masuk pula Abu Bakar r.a lalu menegurku sambil berkata, adakah seruling syaitan di sisi nabi SAW, maka nabi terus mendapatkannya lalu berkata : Biarkannya”

Secara ringkas, hujjah untuk mengatakan terdapat percanggahan atau harusnya nashid wanita dengan dalil ini adalah tersasar dari kebenaran kerana :-
1) Ia dipersembahkan oleh hamba wanita. Maka hukum hamba adalah berbeza dengan hukum wanita merdeka dalam banyak hukum fiqh.
2) Dua orang jariah itu digambarkan dalam banayak riwayat lain sebagai bukan penyanyi khas, yang pandai menyanyi dengan teknik menyanyi yang dikenali dengan melembutkan suara, memerdu dan melunakkannya sebagaimana penayanyi profesional. Ini disebutkan melalui nas

“وليستا بمغنيتين”
Imam An-Nawawi dan Imam Ibn Hajar al-Asqolani mentafsirkannya sebagai :-
معناه ليس الغناء عادة لهما ولا هما معروفتان به
Ertinya : Maknanya, ia bukanlah nyanyian yang biasa digunakan pada masa itu, dan keduanya juga tidak dikenali pandai menyanyi (Nawawi, Syarh muslim, 6/182 : fath Al-Bari, 2/442)

3) Rasulullah juga digambar tidak turut serta menikmatinya tetapi hanya membiarkannya dinikmati oleh ‘Aisyah. Ia juga adalah di dalam rumah Nabi Saw dan bukan di khlayak ramai. Imam An-Nawawi mengulas bahawa Nabi juga disebut berpaling wajah :-
وإنما سكت النبي عنهن لأنه مباح لهن وتسجى بثوبه وحول وجهه اعراضا عن اللهو ولئلا يستحيين فيقطعن ما هو مباح لهن
Ertinya : Nabi senyap dari tindakan itu kerana ia harus BAGI WANITA, dan nabi MENUTUP DENGAN PAKAIANNYA dan berpaling wajah darinya sebagai menajuhi perkara melalaikan” ( Syarah Sohih Muslim, An-Nawawi, 6/183)

4) Takrif ‘Jariah’ selain bermaksud hamba, ia juga digunakan untuk kanak-kanak wanitabelum baligh. Sebagaimana disebut oleh Imam al-Aini & Imam As-Suyuti :-

قوله جاريتان تثنية جارية والجارية في النساء كالغلام في الرجال ويقال على من دون البلوغ
Ertinya : Dua orang jariah : disebutkan bagi mereka yang dibawah umur baligh ( Umdatul Qari, 6/269)
قوله جاريتان الجارية في النساء كالغلام في الرجال يقعان على من دون البلوغ
Ertinya : Jariah untuk wanita, ghulam panggilan untuk lelaki yang keduanya digunakan untuk mereka yang di bawah umur baligh. (Sindi, 3/194 : Syarhu As-Suyuti li sunan An-Nasaie, 3/197 )

Hal ini juga disebut di dalam Awnul Ma’bud :-

لأنهما جاريتان غير مكلفتين تغنيان بغناء الأعراب
Ertinya : kerana mereka berdua belum mukallaf ( belum baligh) lalu mereka menyanyikan lagu-lagu a’rab ( Awnul Ma’bud, 13/181)

Justeru, apa lagi hujjah yang boleh diguna untuk mengharuskannya?. Dharurat atau maslahat?..lupakan sahaja.


Sekian