Hari istimewa




Seandainya Mak masih disini, hari ini adalah kita akan raikan hari lahir Mak yg ke 58 namun ....... Hanya Yasin & Al-Fatihah yg dapat adik hadiahkan untuk Mak semenjak hari itu. Adik berharap Mak aman dan sejahtera disana bersama golongan yg beriman.

Terlalu pantas masa berlalu ketika Mak ada, kini bagai bertahun lamanye bila Mak da takde. ADIK RINDU KAT MAK !!! ADIK SAYANG MAK !!! Terimakasih Mak datang dalam mimpi Adik, terubat sikit rasa pilu.



22 Sebab Malaikat Rahmat tidak akan memasuki rumah anda


1-Rumah orang yang memutuskan hubungan Silatul Rahim.

2-Rumah orang yang memakan harta anak yatim secara haram.

3-Rumah yang memelihara anjing.

4-Rumah yang banyak menyimpan gambar yang mencerca Para Sahabat Nabi, orang yang telah mati dan sebagainya.

5-Rumah yang mengumandangkan nyanyian yang memuja selain daripada Allah SWT.

6- Rumah yang sering meninggikan suara.

7- Rumah yang didiami mereka yang syirik kepada Allah SWT seperti tukang tilik, ahli syihir dan nujum.

8-Rumah yang menggunakan perhiasan daripada emas seperti pinggan dan mangkuk daripada emas.

9- Rumah yang makan makanan yang berbau seperti bauan rokok, perokok, penagih dadah .

10- Rumah yang didiami mereka yang sentiasa bergelombang dengan maksiat.

11- Rumah yang didiami mereka yang melakukan dosa-dosa besar.

12-Rumah yang didiami mereka yang derhaka kepada kedua ibu bapa.

13- Rumah pemakan riba,intres.

14-Rumah yang mengamalkan budaya syaitan seperti kumpulan rock.

15- Rumah yang memiliki patung-patung.

16-Rumah yang memiliki loceng seperti loceng gereja.

17- Rumah yang didiami peminum arak.

18- Rumah yang mempercayai tukang tilik.

19- Rumah yang didiami mereka yang mendapat laknat Allah SWT, pemakan rasuah, pemberi rasuah dan mereka yang mengubah kejadian Allah SWT seperti wanita yang mencukur bulu kening, wanita yang memakai gelang atau rantai di kaki.

20- Rumah yang didiami mereka yang berhadas besar tanpa mandi Janabah/Junub.

21- Rumah yang melakukan pembaziran ( berhias dengan berlebihan ).

22- Rumah yang melakukan maksiat di dalamnya.

Antara para Malaikat



Setiap orang Islam wajib mengetahui, sebagai salah satu Rukun Iman dan berdasarkan Al-Quran dan hadis.
Nama (panggilan) berserta tugas-tugas mereka adalah sebagai berikut:


Jibril - Pemimpin para malaikat, bertugas menyampaikan wahyu dan mengajarkannya kepada para nabi dan Rasul.

Mikail - Membagi rezeki kepada seluruh makhluk. 

Israfil - Meniup sangkakala (terompet) pada hari kiamat.

Munkar dan Nakir - Memeriksa amal manusia di alam barzakh . 

Raqib dan 'Atid - Mencatat amal manusia di dunia. 

Izrail - Mencabut nyawa seluruh makhluk.

Ridwan - Menjaga pintu syurga.

Malik - Pemimpin Malaikat Zabaniah dan penjaga neraka.

Zabaniah - 19 malaikat penyiksa dalam neraka yang bengis dan kasar.

Hamalat al 'Arsy - Empat malaikat pembawa 'Arsy Allah,pada hari kiamat jumlahnya akan ditambah empat menjadi lapan.

Harut dan Marut - Dua Malaikat yang turun di negeri Babil .

Darda'il - Malaikat yang mencari orang yang berdoa,bertaubat,minta ampun dan lain-lain pada bulan Ramadhan .

Hafazhah - (Para Penjaga): 

Kiraman Katibin - Para malaikat pencatat yang mulia,ditugaskan mencatat amal manusia.

Mu'aqqibat - Para malaikat yang selalu memelihara / menjaga manusia dari kematian sampai waktu yang telah ditetapkan yang datang silih berganti.

Arham - Malaikat yang diperintahkan untuk menetapkan rezeki,keberuntungan,ajal dan lain-lain pada 4 bulan kehamilan. 

Jundallah - Para malaikat perang yang bertugas membantu nabi dalam peperangan. 

Ad-Dam'u - Malaikat yang selalu menangis jika melihat kesalahan manusia. 

An-Nuqmah - Malaikat yang selalu berurusan dengan unsur api dan duduk disinggasana berupa nyala api, ia mempunyai wajah kuning tembaga. 

Ahlul Adli - Malaikat besar yang melebihi besarnya bumi besera isinya dikatakan ia mempunyai 70 ribu kepala. 

Ar-Ra'd - Malaikat pengatur awan dan hujan.

Malaikat Berbadan Api dan Salju - Malaikat yang setengah badannya berupa api dan salji berukuran besar serta dikelilingi oleh sepasukan malaikat yang tidak pernah berhenti berzikir. 

Penjaga Matahari - Sembilan Malaikat yang menghujani matahari dengan salji. 

Malaikat Rahmat - Penyebar keberkatan, rahmat, permohonan ampun dan pembawa roh orang-orang soleh, ia datang bersama-sama dengan Malaikat Maut dan Malaikat `Azab. 

Malaikat `Azab - Pembawa roh orang-orang yang kafir, zalim, munafik, ia datang bersama-sama dengan Malaikat Maut dan Malaikat Rahmat. 

Pembeza Haq dan Bathil - Para malaikat yang ditugaskan untuk membezakan antara yang benar dan salah kepada manusia dan jin. 

Penentram Hati - Para malaikat yang mendoakan seorang mukmin untuk meneguhkan pendirian sang mukmin tersebut. 

Penjaga 7 Pintu Langit - 7 malaikat yang menjaga 7 pintu langit. Mereka diciptakan oleh Allah sebelum Dia menciptakan langit dan bumi .

Pemberi Salam Ahli Syurga - Para malaikat yang memberikan salam kepada para penghuni syurga.

Pemohon Ampunan Orang Beriman - Para malaikat yang terdapat disekeliling 'Arsy yang memohon keampunan bagi orang-orang yang beriman. 

Pemohon Ampunan Manusia di Bumi - Para malaikat yang bertasbih memuji Allah dan memohonkan ampun bagi orang-orang yang ada di bumi. 




Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:


    


 1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa:Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya:  ˜Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:  Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf). Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.

5. Kalangan malaikat mengucapkan ~Amin~ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: Jika seorang imam membaca(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ~Aamiin~ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:  Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku,  Mereka menjawab: ˜Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.

9. Orang yang membelanjakan harta (infak). Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ˜Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfakâ

10. Orang yang sedang makan sahur. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.