Tanda 100 hari sebelum hari mati



Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari
oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan
mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung
rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya 
seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan
mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi
mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini 
akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak
diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal 
kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. 
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk
memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan 
yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati 

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan
berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang 
letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun
tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula
mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya 
sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung
seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut
nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari 

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah
kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 Hari 

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi 
kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut 
kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan
memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang
yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari
bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk
ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 Hari 

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah 
belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat 
untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir 

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian
pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini
hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan
malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah 
menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. 

Sesengguhnya mengingati mati itu adalah bijak


Wallahualam :) 

Ingat ALLAH...Hati Tenang...




Sabda Nabi, "Mahukah aku beritahu kamu tentang amal yang paling bersih di sisi Tuhanmu dan paling tinggi mengangkat darjatmu, dan lebih baik bagimu dari berperang melawan musuh, kamu memenggal leher mereka dan mereka pun memenggal leher kamu?" Para Sahabat menjawab, "Khabarkan kepada kami." Rasulullah S.A.W. pun bersabda, "Zikir (ingat) kepada Allah". (HR Hadis At-Tir...mizi dan Ibnu Majah)

Firman Allah, "Maka apabila kamu telah menyelesaikan solatmu, ingatlah Allah di masa berdiri, di masa duduk dan di masa berbaring." (An-Nisa' 103)

Firman Allah, "Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah dengan menyebut nama Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadaNya di waktu pagi dan petang." (Al-Ahzab 41-42)

Allah berfirman yang bermaksud: "Iaitu orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram." (Surah ar-Ra'd, ayat 28)



Hari ini mengikut kalendar Masihi Mak meninggalkan dunia ini ... Ku ingatmu dalam setiap doaku Mak <3 Mak dulu kini dan selamanya.