Khasiat Surah Al-Fatihah







Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:

  • "Membaca Fatihah Al-Quran pahalanya seperti sepertiga Al-Quran"
  • "Surat Al-Fatihah adalah untuk apa ia dimaksudkankan dalam bacaannya." 
  • "Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin."

Sesiapa membaca surah Al-Fatihah dalam keadaan berwuduk 70 kali setiap hari selama tujuh hari, ditiupkan pada air yang suci lalu diminum akan memperolehi ilmu dan hikmah serta hatinya dibersihkan dari fikiran rosak.
                        
Sesiapa yang membaca 'Al-Fatihah' diwaktu hendak tidur, Surah 'Al-Ikhlas' sebanyak 3 kali dan Mu'awwidzatain (Surah Al-Falaq dan An-Nas) ia akan aman dari segala hal selain ajal. 


Sesiapa berhajat kepada Allah Swt bacalah surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunat Subuh dan sembahyang fardu Subuh sampai 40 hari (genap) kemudian memohon kepada Allah Swt. InsyAllah akan penuhi keperluan hidupnya. Umpama inginkan pangkat, ingin kaya, ingin cepat melunaskan hutang, sakit, anak yg soleh berkat surah Al-Fatihah.


Sesiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 20kali selesai sembahyang fardu Allah Swt meluaskan rezekinya, membaiki akhlaknya, memudahkan urusannya, menghilangkan keperihatinannya dan kesusahannya, menganugerahkan apa yang ia angan-angankan, dapatkan berbagai berkat dan kemuliaan, jadikan ia berwibawa, berpangkat luhur, penghidupan baik dan ia pula anak-anaknya terlindung dari kemudharatan dan kerosakan serta dianugerahkan kebahagiaan.


Sesiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 125 kali selesai sembahyang Subuh akan ketemukan apa yang dicari-cari dan sebaiknya ia memanjatkan doa yang bermaksud "Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepadaMu dengan kebenaran Surah Al-Fatihah dan rahsianya supaya dimudahkan bagiku semua urusanku di dunia akirat, supaya dimakbulkan permohonanku dan ditunaikan hajatku.............................................."


Sesiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah diwaktu sahur (tengah malam) sebanyak 41 kali Allah Swt akan membuka pintu rezekinya dan dipermudahkan segala urusannya tanpa sebarang kepayahan dan kesulitan. Selesai bacaan Al-Fatihah tersebut dan  sebaiknya ia memanjatkan doa yang bermaksud "Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya Engkau membuka bagiku pintu-pintu rahmatMu, kurniaanMu dan rezekiMu. Dan mempermudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku rezekiMu yang banyak lagi berkat tanpa kekurangan dan tanpa susah payah, sesungguhnya Engkau berkuasa atas setiap sesuatu. Aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, berikan apa yang kuhajati............................"


Diriwayatkan dari Syeikh Muhyiddin Ibnul Arabi didalam kitab 'Qaddasallaahusirrahu':
Sesiapa yang punya maksud maka sebaiknya ia membaca surat Al-Fatihah sebanyak 40 kali sehabis sembahyang Maghrib dan sunatnya, selesai itu memohon hajatnya kepada Allah Swt."



  • Surat Al-Fatihah boleh mengubati penyakit mata, sakit gigi, sakit perut dan lain-lainnya dengan dibacakan sebanyak 41 kali.

  • Ikhtiar mengubati penyakit : Baca SurahAl-Fatihah sebanyak 40 kali pada tempat berisi air, lalu air itu diusap-usapkan pada kedua belah tangan, kedua belah kaki, muka, kepala dan seluruh badan, allu diminum, Insyaallah menjadi sembuh.

  • Kalau Surah Al-Fatihah itu ditulis dengan huruf-huruf terpisah lalu dileburkan dengan air suci dan diminumkan kepada sisakit, maka dengan izin Allah Swt akan sembuh.

  • Ikhtiar untuk menghilangkan sifat pelupa: Tulis surat Al-Fatihah dengan huruf Arab pada tempat putih dan suci lalu dihapuskan dengan air dan diberi minum pada orang yang pelupa, akan hilang sifat pelupanya dengan izin Allah Swt.

  • Mengubati sakit disebabkan oleh sengat: Ambil sebuah tempat bersih lalu diisi air dan sedikit garam lalu dibacakan Surah Al-Fatihah 7 kali lalu diberi minum pada orang yang tersengat kala itu, Insyaallah akan sembuh.

  • Mengubati sakit gigi dan lain-lain: Untuk diri sendiri, letakkan jari pada tempat yang sakit lalu membaca Al-Fatihah dan berdoa sebanyak 7 kali.

"Ya Allah, hilangkan daripada keburukan dan kekejian yang aku dapati dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu".

  • Mengubati penyakit gigi orang lain: selesai membaca Al-Fatihah maka berdoa 7 kali:
 "Ya Allah, hilangkan daripada orang ini keburukan dan kekejian yang aku dapati dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu".

  • Adapun faedah dan khasiat dari Surah Al-Fatihah ialah menyembuhkan penyakit mata yang kabur (rabun)
Sabda Nabi Muhammad Saw."
"Barangsiapa yang ingin menyembuhkan kelemahan pandangannya (kabur/rabun) maka hendaklah dilakukan memandang bulan pada awal bulan, jika tidak kelihatan atau terhalang oleh awan dan lain-lain hal, lakukan pada malam kedua, juga tidak dapat, cuba pada malam ketiga atau begitu seterusnya sehingga nampak kelihatan bulan itu. Apabila telah kelihatan, hendaklah ia menyapukan tangan kanannya kemata dengan membaca Al-Fatihah sebanyak 10 kali. Sesudah itu mengucapkan pula sebanyak 7 kali doa ini:
"Al-Fatihah itu menjadi ubat tiap-tiap penyakit dengan rahmat Mu ya Tuhan yang pengasih penyayang." Lalu mengucapkan "Yaa Rabbi" sebanyak 5 kali. Terakhir mengucapkan pula doa ini sekali: "Ya Allah sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan, Ya Allah sihatkanlah, Engkaulah yang menyihatkan".







Khasiat Surah Al-Ikhlas







Untuk renungan bersama. 

"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim ...   bismillahirrahmannirrahim" Tafsirannya : Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuhkitadan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahuahad. Allahussamad. Lam yalid walamyu-lad. walam yakul lahu kufuwanahad.) sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkanpada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikatmemberi salam, seorang yang  jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap diakhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu. 

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal
dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.  (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya : Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tigaminit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Umar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu  itu)tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitabAl-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran. 

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya(Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga kebarat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas bagi lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayapmalaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Sebarang ayat Allah (al Quran) atau zikir bila dibacadengan khusu' dan tawadu'  serta  di sedekah oleh anak kepada ibu bapa insyaAllah dipanjangkan sedekah itu kepada mereka terutama yang sedang sakit atau  sudah meninggal dunia . 
Sedekah yg dibuat dengan ikhlas, tawadu' dan bersungguh-sungguh insyaAllah Allah sampaikan kepada mereka yang kita sedekahkan. Yakin dengan fadhilat ayat-ayat Allah.




Nota: Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh 
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.



Allahu 'alam :)

SURAH YASIN







SURAH YAASIIN (DARI KACAMATA DR FATMA ELZAHRAA)
UNTUK KESELAMATAN DIRI YANG SUSAH MENJADI SENANG

AYAT 1 – 9 – UNTUK KESELAMATAN DIRI
AYAT 9 – ORANG JAHAT TAK NAMPAK KITA ESPECIALLY ORANG KAFIR. DR KATA JANGANLAH DIGUNAKAN UTK ELAK KASTAM. TU DAH NIAT LAIN.
AYAT 12 – MERUPAKAN JANTUNG YAASIIN – RASULULLAH S. A. W. BERHARAP AYAT INI DI HAFAL OLEH SETIAP MUKMIN DAN MUKMINAT.
AYAT 13 – 35 – MENGISAHKAN ORANG-ORANG YANG MATI SYAHID.
AYAT 22 – 23 – UNTUK MENJAGA AQIDAH MEMBERI HIDAYAH KEPADA ANAK.
AYAT 29 – SEBAGAI AMALAN UNTUK MENGELAKKAN DIRI DARI DI FITNAH DAN KEJAHATAN MULUT.
AYAT 29 – UTK DIGUNAKAN JIKA KITA RASA ORANG NAK FITNAH OR ANIAYA KITA. LEBIH ELOK SELEPAS BACA DI SEMBURKAN KE MUKA ORANG TSBT.
AYAT 30 – UNTUK KEINSAFAN – SUPAYA DAPAT DIPERTEMUKAN DENGAN ALLAH S. W. T.
(HARUS SENTIASA BERADA DIHATI – BERAMAL DENGANNYA).
AYAT 32 – UNTUK MENGINSAFKAN ORANG LAIN SUPAYA MENJADI BAIK. CARANYA: INGAT YANG SEGALANYA DATANG DARI ALLAH S. W. T. KITA UMAT MUHAMMAD KITA ORANG ISLAM
AYAT 33 – 35 – ELOK DIJADIKAN AMALAN BAGI SESIAPA YANG SUKA BERCUCUK TANAM. TANAMAN AKAN SUBUR
AYAT 36 – MENERANGKAN YANG KEHIDUPAN ATAUPUN KEJADIAN DI DUNIA INI DIJADIKAN BERPASANG-PASANGAN. AYAT INI ELOK DIAMALKAN BAGI SESIAPA YANG BELUM BERKAHWIN SUPAYA DI PERTEMUKAN JODOH. CARANYA: BACA DAN BERDOA. HEMBUS DAN SAPU PADA MUKA SETIAP PAGI SEBELUM KELUAR RUMAH.
AYAT 37 – ADALAH UNTUK MENETAPKAN HATI – AQIDAH DIRI SENDIRI. HATI YANG KERING AKAN HIDUP SEMULA.
AYAT 38 – MENGISAHKAN YANG BULAN DAN MATAHARI PUN SUJUD PADA ALLAH S. W. T. YANG SATU.
AYAT 39 – MENGISAHKAN ILMU FALAK.
AYAT 40 – MERUPAKAN KENYATAAN ALLAH S. W. T. YANG SATU.
AYAT 41 – MENGISAHKAN NABI NOH A. S. NAIK KAPAL – ELOK DI BACA SEWAKTU MENAIKI KENDERAAN.
AYAT 44 – MENGISAHKAN KESERONOKAN HIDUP DI DUNIA – DI BACA UNTUK DIJAUHKAN FITNAH DALAM HIDUP.
AYAT 45 – 48 – MERUPAKAN KEDEGILAN ORANG KAFIR KEPADA ALLAH S. W. T.
AYAT 49 – MENCERITAKAN HARI AKHIRAT DAN KEHIDUPANNYA. TIUPAN 1 – DATANG DENGAN TIBA-TIBA TIUPAN 11 – HANCUR TIUPAN 111 – SEMUA ORANG DI HIDUPKAN SEMULA DAN HADIR DIPADANG MAHSYAR.
AYAT 50 – SETIAP ORANG AKAN DIHISAP MENGIKUT AMALANNYA.
AYAT 58 – MERUPAKAN SALAM DARIPADA ALLAH. JIKA RASA SAKIT KEPALA, BACA DAN SAPUKAN KE KEPALA. ULANG SEBANYAK 3X.
AYAT 76 – DIBACA UNTUK MENTENTERAMKAN DIRI DARI FITNAH ORANG. DIJADIKAN AMALAN.
AYAT 76 – JIKA HATI RASA SEDIH, SEBAK ATAU PUN KECEWA. SAMBIL PEGANG DAN URUT DADA, BACALAH AYAT TSBT.
AYAT 78 – 79 – DIKHASKAN UNTUK SAKIT URAT, TULANG DAN BADAN. UNTUK DOA BERMULA DARIPADA AYAT YANG BERMAKSUD: 78. “DIA BERKATA, SIAPAKAH (YANG DAPAT) MENGHIDUPKAN TULANG BELULANG PADAHAL TELAH HANCUR?
AYAT 78 DAN 79 – BACALAH JIKA SAKIT TULANG, URAT ATAU TULANG PATAH. DOKTOR DI HOSPITAL PUN TANYA DIA UTK RAWATAN KE PATIENT MRK DAN DR FATIMAH BERIKAN AYAT INI.
AYAT 79 – KATAKANLAH, YANG AKAN MENGHIDUPKANNYA IALAH YANG MENCIPTAKANNYA PERTAMA KALI. DAN DIA MAHA MENGETAHUI TENTANG SEGALA MAKHLUK.”
 AYAT 82 – UNTUK HAJAT AYAT 82 – JIKA BERHAJAT SESUATU BACALAH 100X. DIBACA PADA AIR DAN MINUM SELAMA 40 HARI BOLEH MENJADI PENAWAR. JIKA AIR HABIS ULANG BACAAN TSBT SEHINGGA 40 HARI. CARANYA: SEMBAHYANG TAHAJJUD (3X) BERTURUT-TURUT BACA PADA AIR100X) DAN BERDOA APA SAHAJA HAJAT BUAH -BUAHAN YANG DICERITAKAN DARI DALAM AL-QURAN ADALAH: BUAH ZAITON – ELOK UNTUK KULIT KURMA – BERKHASIAT (MEMBERI TENAGA) DELIMA – DALAM SEBIJI BUAH ADA SEBUTIR BIJI YANG MENJADI PENAWAR UBAT YANG MUJARAB AD TIN – MEMBERI KEKUATAN – TENAGA, FIKIRAN LEMAH, TIDAK BOLEH BERANAK.


WALLAHUALAM :)

Ayat Kursi




Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia
telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan
kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu
perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w.. dengan segera
memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali
selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar
masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya
dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan
memudaratkan dirinya b ahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga
akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kita b "Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya
setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah,
dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua
orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.
Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang mem \bacanya sebanyak 50 kali lalu
ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan
akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah
s. a. w. bersabda bermaksud:

"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah
hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

Sabda baginda lagi;

"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,
kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya
daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara
Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal
dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan
Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga,
dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat
Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki
rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan
ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang di baca dengan penuh khusyuk,
Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda
berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu
eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda
sekeluarga terhindar daripada gangguan zahir dan batin. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah
mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.


Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang
Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang
lain.. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak
menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa
membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas
rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sem bahyang Fardhu, Allah
menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang
benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa
mem b aca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan
70,000 Mala ikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
Barang siapa mem b aca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan
pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi
pertolongan kepadanya Dari Abdullah bbin ' Amr r. a... , Rasullullah s.a.w. bersabda,

" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Rasool Allah peace be upon him said, "Whoever recites Aayatul Kursi after every Fard (Fard Salat). Only death is keeping him/her from entering Jannah. (As soon as he/she dies, will enter Jannah) 
(Nisa'i, Ibne Habban, Ibnelsani A'n Abi Amatah Albahili Radiallah Anhu)

It's in another Hadis that Reciting Ayatul Kursi after one Fard (Fard Salat) will stay in Allah's protection until the next Salat.
(Tibrani Fil Kabeer, A'n Alhasan Bin Ali Radiallah Anhu)

Imam Bihaqi States that the one who recites Ayatul Kursi before falling asleep, Allah Tala gives protection to his/her home and his/her Family.
(Marqat Sharah Mishkaat, Mulla Ali Qaderi, vol. 2 pp. 583)

It's in another Hadis Jinns and Shaitans do not come close to the house in which Ayatul Kursi is recited. (Tirmizi Altargheeb Wal Tarheeb Lilmanzari vol.2 pp.631)

Hadrat A'isha Radiallah Anha states that a person arrived in the court of Nabi kareem Sallal Laaho Alaihi Wasallam and complained that there is no Barkat (Blessings) in anything in his home. Rasool Allah peace be upon him said, "You do not recite Ayatul Kursi, whichever Food and Curry you will recite Ayatul Kursi on, Allah Tala will give Blessings on that Food and Curry. (Tafseer Dar Manshoor vol. 1 pp. 323)