Ustaz Amin - Bagaimana Melepaskan Bebanan Hati

Ustaz Amin - Ubat Kesedihan

Ustaz Amin - Doa melembutkan hati.f4v

Ustaz Amin - Nur Kasih Pelita Hati

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W



1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak
mempunyai kurma adalah seperti rumah yang
tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh
mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia
membersihkan darah, menguatkan buah
pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan,
minuman segala minuman, ubat segala ubat.
Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air
panas, membuka selera, menguatkan perut,
membuang kahak. Elok diminun waktu pagi
dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata
wanita mengandung tidak akan gagal
melahirkan anak yang baik dari segi
perwatakkan dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk
membuang panas badan. Menguatkan
belakang,memperbaiki otak memperbaharui
pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang
keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut.
Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan
& bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga
hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan
diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati


Sumber - https://www.facebook.com/SemanisKurmaTv9



Zikir ‘Laailaha illallah'


Di mana sahaja dan pada apa sahaja masa hendaklah baca zikir ‘Laailaha illallah’ dengan banyaknya 


Kelebihan:

1. Di dalam hadis bahawa zikir yang tidak terhad kepada sebarang masa, tempat dan alasan ialah‘Laailaha illallah’. Ia merupakan zikir yang cemerlang. Di dalam hadis yang lain bahawa ia adalah bentuk kebaikan yang tertinggi.

2. Di dalam hadis yang lain bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: pada hari kiamat orang yang paling beruntung mendapat syafaatku ialah orang yang banyak membaca kalimah‘Laailaha illallah’ dengan hatinya dan jiwanya iaitu dengan hati yang ikhlas.

3. Di dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda: Orang yang membaca ‘Laailaha illallah’di dalam keadaan penuh keikhlasan di dalam hatinya atau iman bersamaan dengan sebiji barli, maka ia akan dikeluarkan dari neraka jahanam. Dan orang yang membaca kalimah ini dan didalam hatinya terdapat keikhlasan atau iman bersamaan sebesar biji gandum maka ia akan dikeluarkan dari api neraka jahanam dan orang yang membaca dengan penuh kebaikan atau iman maka ia juga akan dikeluarkan driapi Neraka Jahanam.

4. Di dalam hadis lain terdapat: Orang yang membaca kalimah‘Laailaha illallah’ dari hatinya, ia pasti akan memasuki syurga walaupun ia melakukan dosa seperti berzina dan mencuri. (Nabi SAW telah mengulangkannya sebanyak 3kali)

5. Hadis lain: Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah kamu sentiasa perbaharui iman kamu. Para sahabat Rasulullah SAW berkata ‘Wahai Rasulullah SAW, bagaimanakah kami perbaharui iman kami? Rasulullah SAW menjawab ‘ucapkanlah Laailahaillallah sebanyaknya’.

6. Hadis lain: Rasulullah SAW bersabda: Tiada yang dapat menghalang kalimah ‘Laailahaillallah’ sampai kepada Allah.

7. Hadis lain: Zikir ‘Laailaha illallah’tidak akan meninggalkan satu dosa pun di belakang dan tiada satu amalan yang menyamainya.

8. Hadis lain: Jika tujuh petala langit dan bumi diletakkan di satu dacing dan dengan kalimah‘Laailaha illallah’ diletakkan diatas dacing yang lain, maka(kalimah) lebih berat lagi.

9. Dalam hadis: Apabila seorang hamba mengucapkan kalimah ‘Laailaha illallah’ dengan ikhlas hati, maka pintu langit terbuka bagi kalimah ini sehingga ia sampai ke Arasy, dengan syarat ia menjauhkan diri dari dosa besar dan lain-lain lagi.

Wallahualam

Tujuh kalimat yang harus dbiasakan oleh seorang hamba Allah


1. بِــــــــــسْمِ الَّلهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـم  - Bismillaahirrahmaanirrahiim -  Setiap hendak melakukan sesuatu.

2. اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْـعَالَمِيْـن  - Alhamdulillahirabbil'alamiin -  Setiap habis melakukan sesuatu.

3. اَسْتَغْفِرُاللَهَ الْعَظِيْمِ  - Astagfirullahal'adziim -  Jika melakukan sesuatu yang buruk.

4. اِنْشَاءَ اللَّه  - In Shaa Allah -  Jika ingin melakukan sesuatu pada masa yang akan datang.

5. لاَحَوْلَ وَلاَقُوَّةَاِلاَّبِاللَّه  - Laa hawla walaa quwwata illabiillah -  Bila tidak bisa melakukan sesuatu yang agak berat/melihat hal yang buruk.

6. اِنَّالِلَه وَاِنَّااِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ  - Innalillahi waainnaailayhi roji'un -  Jika melihat/menghadapi musibah.

7. لاَاِلَهَ اِلاَّاللَه مُحَمَّدَالرَّسُوْلُ اللَه  - Laa ilahailaallah muhammadarrasulallah -  Bacalah pada siang dan malam sebanyak mungkin.