Coretan buat diriku

2 Syabaan pada jam 2pagi dipusatku terasa sakit seperti dipulas utk seketika sehingga ke berpeluh. Sudah seminggu tak berselera utk makan, hanya makan bila terdengar bunyi perutku memanggil. Beberapa hari lepas kerap buang air besar. Jam 10pagi ketika menyayikan HasbiRabbi Di Smule rakaman suaraku tiada senyap  sahaja berberapa minit kemudian terdengar surah AlMulk. Astagfirullahaladzim .. Adalah benar jangkaanku hanya tinggal 40hari umurku disini. SubhanAllah .. Ya Allah akhiri hayatku dgn kalimahMu dan  khusnul khotimah Ya Rabb. Aamiin

Rejab

HIDUPKAN AMALAN DI BULAN REJAB.

Assalamua'laikum Warohmatullahi Wabarokatuh.

Sangat digalakkan untuk memperbanyakkan istighfar di dalam bulan Rajab dan mula bersiapkan diri untuk tibanya bulan Ramadhan.

Antara istighfar yang digalakkan adalah :

رب اغفر لي وارحمني وتب علي

Robbigh firli warhamni watub  'alayya 70x selepas solat isyak.

Disunnahkan juga untuk membaca doa :

اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان

Allahumma baariklanaa fii rajabi wa sya'baani wa ballighnaa romadhon..

Para ulama' muktabar mengatakan bahawasanya ada lima malam unggul yang mana ALLAH Subhanahu Wata'ala akan  berikan anugerah besar pada tiga malam, iaitu

1. Awal malam Rejab;
2. Malam Nisfu Sya'ban;
3. Malam 'Idil fitri;
4. Malam 'Idil Adha; dan
5. Malam Jumaat.

Semoga ALLAH berikan kepada kita taufiq dan hidayah untuk beribadah pada malam-malam tersebut, dan diterima segala amal ibadah kita....
Aamiin ya Robb... اللهم آمين. اللهم صل على سيدنا ونبينا وحبيبنا محمد وعلى وآله وصحبه وسلم. والحمدالله رب العالمين.

Harini da 27Rejab ... 33hari lg kita berpuasa In Shaa Allah 😍