Rasulullah S.A.W dan Kucing Baginda



Diceritakan dalam suatu kisah, Rasulullah S.A.W memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Suatu ketika, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Kerana tidak mahu mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya. Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan tunduk sujud kepada tuannya.

Sebagai balasan, Baginda S.A.W menunjukkan kasih sayangnya dengan mengusap-usap lembut pada badan kucing itu sebanyak 3 kali. Dalam peristiwa lain, setiap kali Nabi S.A.W menerima tetamu di rumahnya, Nabi S.A.W selalu menggendong Mueeza dan diribakan diatas pahanya. Salah satu sifat Mueeza yang nabi sukai ialah dia selalu mengiaw ketika mendengar azan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan.

Kepada para sahabat, Nabi S.A.W selalu berpesan agar menyayangi kucing peliharaan seperti menyayangi keluarga sendiri. Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan manja ini sangatlah berat. Dalam sebuah hadis sahih Al-Bukhari ada dikisahkan tentang seorang wanita yg tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepaskan kucingnya untuk mencari makan sendiri sehingga kucing tersebut mati kelaparan. Rasulullah S.A.W pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksaan neraka. Tidak hanya Nabi bahkan isteri Nabi sendiri, Aisyah binti Abu Bakar As-Siddiq pun amat suka dan menyayangi kucing.

Salah seorang sahabat Baginda S.A.W yang juga perawi hadith, Abdurrahman bin Sakhr Al-Azdi diberi jolokan "Abu Hurairah" (bapa kucing jantan), kerana kegemaran beliau dalam merawat dan memelihara banyak kucing jantan dirumahnya. Tetapi ada sesetengah dari kita yg sanggup membiarkan kucing kelaparan malah lebih teruk mereka sanggup meyepak, menyiksa, dan membunuh haiwan manja ini..

*Nak Share Silakan. Sumber - 
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=2387420489821&set=a.1778662151243.2094986.1380080408&type=1&theater

No comments:

Post a Comment