Resepi biskut Mama Carrey



Bahan-bahan ( 60-75 biji )
==================
2 1/2 cawan mentega/marjerin
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
2/5 cawan gula icing
1/2 sudu teh esen vanila
Utk hiasan
1 biji putih telur
2/5 100gm gula icing
1sudu besar tepung jagung


Cara-cara:
Ayak tepung gandum & tepung jagung-ketepikan.
Pukul mentega/marjerin dan gula icing hingga kembang.
Masukkan esen vanila.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh lembut.
Canai doh dan terap dengan acuan berbentuk "heart".
Sapukan HIASAN (sila lihat "HIASAN" di bawah) keatas biskut yg telah diterap. Utk melorek, gunakan penyunkil gigi.
Bakar pada suhu 150C selama 20-30 min, atau sehingga masak. Gunakan api bawah supaya hiasan tidak berwarna perang.


***HIASAN***
Pukul putih telut hingga gebu.
Masukkan gula & tepung. kacau sebati.
Ambil 1 sudu besar adunan dan titikkan dgn pewarna atau emulco kegemaran anda.
Sapukan putih telur keatas biskut
Lorek kan dgn adunan yg telah dicampur dgn pewarna/emulco.

No comments:

Post a Comment