Amalkan 10 Perkara Untuk Selamat Selepas Kematian


SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah,
beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. 

Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.

1. Mengurangkan tidur, 

2. Mengurangkan makan, 

3. Mengurangkan percakapan dan 

4. Berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT.

1. Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal (solat dan puasa)

2.  Mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, 

3. Membuat persediaan untuk mati

4. Merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR.

1. Membuang tabiat suka menabur fitnah, 

2. Membuang tabiat kencing merata-rata, 

3. Memperbanyakkan solat tahajjud 

4. Membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR

1. Tidak berdusta, berkata benar, 

2. Meninggalkan maksiat 

3. Nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL
PADA HARI KIAMAT)

1. Menahan kemarahan, 

2. Banyak berzikir,

3. Mengikhlaskan amalan

4. Sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI
NERAKA PADA HARI AKHIRAT)

1. Membuang tabiat suka mengumpat, 

2. Bersikap warak, 

3. Suka membantu orang beriman dan 

4. Suka berjemaah.(berorganisasi dan solat berjemaah)

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)

1. Menangis lantaran takutkan Allah SWT, 

2. Berbuat baik kepada ibu bapa, 

3. Bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi 

4. Memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA
SYURGA)

1. Berasa redha dengan Qadha’ Allah, 

2. Bersabar menerima bala, 

3. Bersyukur ke atas nikmat Allah dan 

4. Bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W

1. Berselawat ke atas baginda, 

2. Berpegang dengan syariat, 

3. Bergantung kepada as-Sunnah (Hadis), 

4. Menyayangi para sahabat, dan 

5. Bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HA K KEPADA ALLAH SWT

1. Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, 

2. Menyukai ketaatan 

3. Membenci kemaksiatan.

Oleh itu jika kalian dapat mengamalkan dengan istiqamah 10 perkara diatas maka akan aman dan selamat bila sampai masa menuju ke alam barzakh dan hari akhirat

🥦Wassalam🥦

Ustaz Makmum Sundari

No comments:

Post a Comment