Persoalan HUKUM yg dianggap 'ZALIM' namun ada HIKMAH dan ADIL disebaliknya.




1. Kenapa aurat wanita lebih banyak daripada lelaki?

2. Kenapa isteri perlu meminta izin dari suami bila hendak keluar, tetapi tidak sebaliknya?

3. Kenapa wanita menerima harta warisan hanya setengah dari bahagian lelaki?

4. Kenapa isteri wajib taat pada suami, tapi tidak sebaliknya?

5. Kenapa wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak?

6. Kenapa talak terletak di tangan suami dan bukan isteri?

7. Kenapa wanita kurang dalam beribadah kerana adanya masalah haid dan nifas yang tidak ada pada lelaki?

dan ini adalah HIKMAHnya :

Tapi, pernahkah kita melihat kenyataan sebaliknya..

1. Benda yang mahal harganya akan dijaga serta disimpan di tempat yang terselamat dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarkan berserak bukan?

Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud:

"Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu." (Hadis riwayat Baihaqi)

2. Wanita perlu taat pada suami. Tapi tahukah? Lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama daripada kepada bapanya

3. Wanita menerima warisan lebih sedikit dari lelaki. Tapi tahukah? Harta tersebut menjadi milik peribadi wanita dan tidak perlu diserahkan pada suaminya sementara lelaki apabila menerima warisan, dia perlu bahkan wajib menggunakan hartanya untuk anak isterinya.

4. Tahukah? Di akhirat kelak seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap empat wanita, iaitu: isterinya, ibunya, anak perempuannya, dan saudara perempuannya. Ertinya, bagi seorang wanita tanggung terhadapnya ditanggung oleh empat orang lelaki, iaitu: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

5. Wanita memang harus menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Tapi tahukah? Bahawa saat mengandung hingga melahirkan maka setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk Allah di muka bumi, dan tahukah? Jika ia meninggal kerana melahirkan maka dia syahid dan syurga menantinya.

6. Seorang lelaki wajib berjihad fi sabilillah, sementara bagi wanita jika taat pada suaminya, serta menunaikan tanggung jawabnya kepada Allah maka dia akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjidah fi sabillillah tanpa perlu mengangkat senjata.

7. Seorang wanita boleh memasuki syurga melalui pintu syurga mana saja yang disukainya cukup dengan empat syarat, yakni: solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat pada suami dan menjaga kehormatannya.

Wahai saudariku sesama muslimah, tidakkah beberapa perkara di atas menjadikanmu BERSYUKUR telah dilahirkan sebagai seorang muslimah.

Jika kaum wanita mempunyai puluhan alasan untuk menuduh Islam sebagai agama pengekang kebebasan wanita, maka Islam punya ratusan bahkan ribuan pembelaan bahawa ajaran Islam adalah Rahmatan lil ‘alamin. Tak satu makhluk pun yang dizalimi dengan adanya syariat-Nya kerana Allah lebih tahu apa yang tidak kita ketahui.

permurnian artikel via Pakar Cinta - www.PakarCinta.com

 Sumber ~ http://www.facebook.com/EddyWan.IamMuslim/posts/220934724716207

No comments:

Post a Comment