Soalan Pertama : Hubungan ayah dan anak-anak dingin..ayah ada maki hamun pada kakak saya (dia anak sulung)..jadi secara autometik adik beradik lain pun tempias dengan amarah si ayah..sekarang saya tak tahu nak buat apa untuk merapatkan kembali hubungan kakak dan ayah...mohon nasihat dari ustaz..
Jawapan :
Ayah sepatutnya menunjukkan akhlak yang baik dan terpuji, sifat suka maki hamun sebenarnya lahir daripada hati yang sakit dan berpenyakit kerana di dorong oleh nafsu amarah dan dibawah hasutan syaitan. Walaupun si ayah marah pada anak-anaknya tetapi pesan pada adik beradik jangan putuskan hubungan silaturahim. Ayah tetap ayah walaupun sikap dan perbuatannya tidak membawa akhlak Islam yang dituntut oleh agama.
Saudari kena banyak berdoa dan mohon pertolongan Allah SWT semoga Dia jangan menguji keluarga saudari dengan ujian yang berat. Saudari perlu nasihatkan kakak supaya minta maaf pada ayah mungkin ada perkataan kakak yang menyebabkan ayah terasa. Anak-anak perlu bertolak ansur dan maafkan ayah yang telah tua kerana kekasaran sikapnya. Silaturahim adalah kunci terbukanya rahmat dan pertolongan Allah SWT. Dengan terhubungnya silaturahim, maka ukhuwah Islamiyah akan terjalin dengan baik.
Tahukah sahabat tentang sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan ataupun keburukan?
"Sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan adalah pahala orang yang berbuat kebaikan dan menghubungkan tali silaturahim, sedangkan yang paling cepat mendatangkan keburukan ialah siksaan bagi orang yang berbuat jahat dan yang memutuskan tali persaudaraan" (HR. Ibnu Majah).
Silaturahim tidak sekadar bersentuhan tangan atau memohon maaf belaka. Ada sesuatu yang lebih hakiki dari itu semua, yaitu aspek mental dan keluasan hati.apabila kita bersilaturahim jangan pula kita memilih-milih siapakah yang layak kita mengikat silaturahim,contohnya memilih yang kaya,cantik dan setaraf ini bukanlah yang di maksudkan silaturahim didalam islam.
Rasulullah SAW bersabda, "Yang disebut bersilaturahim itu bukanlah seseorang yang membalas kunjungan atau pemberian, melainkan bersilaturahim itu ialah menyambungkan apa yang telah putus" (HR. Bukhari).
Kalau orang lain mengunjungi kita dan kita balas mengunjunginya, ini tidak memerlukan kekuatan mental yang tinggi. Boleh jadi kita melakukannya karena merasa malu atau berhutang budi kepada orang tersebut. Namun, bila ada orang yang tidak pernah bersilaturahim kepada kita, lalu dengan sengaja kita mengunjunginya walau harus menempuh jarak yang jauh dan melelahkan, maka inilah yang disebut silaturahim. Apalagi kalau kita bersilaturahim kepada orang yang membenci kita, seseorang yang sangat menghindari pertemuan dengan kita, lalu kita mengupayakan diri untuk bertemu dengannya. Inilah silaturahim yang sebenarnya.
Rasulullah SAW pernah memberikan nasihat kepada para sahabat, "Hendaklah kalian mengharapkan kemuliaan dari Allah". Para sahabat pun bertanya, "Apakah yang dimaksud itu, ya Rasulullah?" Baginda kemudian bersabda lagi, "Hendaklah kalian suka menghubungkan tali silaturahim kepada orang yang telah memutuskannya, memberi sesuatu (hadiah) kepada orang yang tidak pernah memberi sesuatu kepada kalian, dan hendaklah kalian bersabar (jangan lekas marah) kepada orang yang menganggap kalian bodoh" (HR. Hakim).
Dalam hadis lain dikisahkan pula, "Mahukah kalian aku tunjukkan amal yang lebih besar pahalanya daripada solat dan shaum?" tanya Rasulullah SAW kepada para sahabat. "Tentu saja," jawab mereka. Baginda kemudian menjelaskan, "Engkau damaikan yang bertengkar, menyambungkan persaudaraan yang terputus, mempertemukan kembali saudara-saudara yang terpisah, menjambatani berbagai kelompok dalam Islam, dan mengukuhkan tali persaudaraan di antara mereka adalah amal soleh yang besar pahalanya. Barangsiapa yang ingin dipanjangkan umurnya dan diluaskan rezekinya, hendaklah ia menyambungkan tali silaturahim" (HR. Bukhari Muslim).
Bagaimana mungkin hidup kita akan tenang kalau di dalam hati masih tersimpan kebenciaan dan rasa permusuhan kepada sesama ahli keluarga. Perhatikan keluarga kita, kaum yang paling kecil di masyarakat. Bila di dalamnya ada beberapa orang yang sudah tidak saling bertegur sapa, saling menjauhi, apalagi kalau di belakang sudah saling megapi-api, dan memfitnah, maka rahmat Allah akan dijauhkan dari rumah tersebut. Dalam skala yang lebih luas, dalam sebuah negara, bila di dalamnya sudah ada kelompok yang saling membenci, saling memfitnah, atau saling menjatuhkan, maka dikhuawatirkan bahawa bangsa dan negara tersebut akan terputus dari rahmat dan pertolongan Allah SWT.
Soalan Kedua : Ustaz, saya ingin penjelasan dari ustaz apakah yang dimaksudkan dengan tebus talak dan adakah dibolehkan dalam Islam?
Jawapan :
Tebus talak atau dalam bahasa Arab disebut khuluk iaitu berasal daripada kata-kata khala'a al-thauba yang bermaksud menanggalkan pakaian.
Khuluk adalah pembubaran perkahwinan yang dilakukan oleh pihak isteri dengan membayar ganti rugi kepada suami.
Ataupun, pembubaran perkahwinan melalui satu pembayaran yang dibuat oleh isteri kepada suami untuk melepaskan dirinya daripada ikatan perkahwinan.
Dalil keharusan pembubaran perkahwinan menurut kaedah ini adalah berdasarkan kepada ayat 229 surah al-Baqarah dan ia menjadi dalil kepada semua ulama.
"Dalil tersebut menyebut, Dan tidaklah halal bagi kamu mengambil kembali sesuatu daripada apa yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri kamu), kecuali jika kedua-duanya (suami isteri) takut tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah.
"Oleh itu kalau kamu khuatir bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah, maka tidaklah mereka berdosa - mengenai bayaran (tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya (dan mengenai pengambilan suami akan bayaran itu).
"Satu hadis yang lain pula menyebut bagaimana Jamilah binti Abdullah, isteri kepada Thabit bin Qais mengadu kepada Rasulullah SAW tentang isi hatinya yang tidak berkenan dengan penampilan dan perawakan suaminya. Jamilah menyatakan kebimbangan akan melakukan dosa dan tidak berlaku taat kepada Thabit sebagai suami.
"Dalam kes tersebut, Jamilah menyatakan bahawa Thabit tidak mempunyai masalah akhlak mahupun dalam perkara-perkara bersangkutan agama, akan tetapi beliau bimbang akan menjadi seorang hamba Allah yang berdosa disebabkan tidak mampu memenuhi tuntutan tanggungjawab sebagai seorang isteri, disebabkan keadaan lahiriah Thabit yang disebutkan tadi.
"Rasulullah SAW (yang memaklumi Thabit secara peribadi) telah bertanya pada Jamilah, iaitu sebagai suatu dorongan jalan penyelesaian kepada beliau, dengan cara mengembalikan semula sebidang tanah kebun yang diberikan oleh Thabit sebagai mahar pada waktu pernikahan. Persetujuan di pihak Jamilah dilanjutkan dengan saranan Rasulullah kepada Thabit untuk menerima semula mahar tersebut, dan berakhirlah kemelut perkahwinan antara Jamilah dengan Thabit dengan baik."
Soalan Ketiga : Adakah boleh kita berikan wang zakat kepada ahli keluarga kita yang miskin?
Jawapan :
Wang zakat bukan boleh suka-suka digunakan tanpa dirujuk kepada 8 asnaf. Wang zakat tak boleh digunakan untuk membantu ibu bapa yang susah, membantu pembinaan masjid, buat umarah untuk adik beradik tetapi wang zakat wajib disalurkan kepada 8 asnaf.
Firman Allah SWT maksudnya, "Sesungguhnya zakat-zakat itu hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para mu’allaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan budak), orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana (Surah at-Taubah (9) ayat 60)
Tafsiran ayat tersebut jelas menunjukkan terdapat lapan golongan manusia yang berhak menerima zakat. Lapan golongan tersebut ialah al-fuqara’ (orang fakir), al-masakin (orang yang miskin), amil, muallaf yang perlu dijinakkan hatinya, al-riqab (hamba), al-gharimin (orang yang memiliki hutang), fi-sabilillah (orang yang berjuang di jalan Allah) dan akhirnya ibn sabil (musafir yang sedang dalam perjalanan).
Mahmood Zuhdi (2003) berpendapat ayat tersebut memberi penerangan yang jelas tentang pengagihan zakat berbanding dengan masalah menentukan sumber zakat berdasarkan ayat tersebut yang memperincikan arahan. Ini disebabkan kemungkinan berlaku penyelewengan dan penggunaan hawa nafsu dalam mengagihkan zakat lebih besar berbanding menentukan sumber dan memungut zakat. Pendapat ini jelas menunjukkan pengagihan zakat merupakan satu tanggungjawab dan amanah yang besar dipikul oleh institusi zakat. Untuk menunaikan amanah mengagihkan zakat dengan berkesan dan amanah, maka penentuan definisi asnaf adalah amat penting memandangkan golongan asnaf yang dinyatakan
Wang zakat harus disalurkan kepada Pusat Zakat supaya wang tersebut dapat digunakan untuk pembangunan ekonomi umat Islam dan dapat di salurkan kepada 8 asnaf bukan hanya orang miskin sahaja.
Soalan Keempat : Ustaz saya ada pertayaan mohon ustaz beri penjelasan. wanita ingin jadi isteri solehah taat suami.. tetapi suami sembahyang tak khusuk jarang pergi masjid/surau.. apakah si isteri layak menjadi solehah.sedangkan di sisi kekurangan dengan suami yang tak khusuk sembahyang. terima kasih Ustaz.
Jawapan :
Isteri boleh menjadi isteri solehah jika dia taat pada suami dan menjaga kehormatan diri, solat fardu dan puasa di bulan Ramadan. Walaupun suaminya bukan seorang suami yang soleh. Isteri yang solehah boleh masuk syurga jika dia melaksanakan keempat-empat syarat tersebut di atas. Suami belum tentu masuk syurga kerana dia perlu menjalankan amanah sebagai suami, bapa, anak (kepada kedua ibu bapanya) dan pendakwaah untuk sedarakan masyarakat.
Suami akan ditanya jika dia abaikan pendidikan Islam kepada isteri dan anak-anaknya dan dia juga akan di pertanggungjawabkan jika dia abaikan tugas amar makruf nahi mungkar kepada masyarakat. Lelaki tak mudah masuk syurga berbanding wanita jika mengikut syarat-syaratnya. Isteri tak akan dipertanggungjawabkan jika suaminya tak solat, tak puasa dan melakukan judi atau maksiat lain tetapi tugas isteri adalah sentiasa memberi nasihat dan peringatan kepada suami, jika dia enggan maka dia tanggung sendiri dosanya dan isteri boleh masuk syurga tanpa suami disampingnya.
Contoh yang jelas adalah bagaimana Asiah isteri firaun boleh masuk syurga tanpa suami yang zalim dan kejam begitu juga isteri-isteri solehah boleh masuk syurga bersendirian tanpa syafaat suami. Tetapi berlaku sebaliknya jika amalan suami adalah amalan ahli syurga tetapi dia tak hiraukan untuk mendidik isteri dan anak-anaknya maka kaki suami akan terikat dan boleh ditarik keneraka oleh si isteri dan anak-anaknya kerana si suam atau bapa tadi hanya mementingkan dirinya tak hiraukan mendidik isteri dan anak-anaknya.
Jika solat berjemaah dirumah suami tak khusyuk dan isteri khusyuk maka isteri akan mendapat pahala apa yang dia lakukan. Jika isteri sentiasa menasihati suaminya maka setiap nasihat itu akan diberi ganjaran pahala walaupun suami tak ikut nasihat isteri. Isteri akan sentiasa mendapat pahala kebaikan jika dia istiqamah dengan ajaran Islam dan dia berdoa kepada Allah SWT untuk kebaikan suaminya dan anak-anaknya. Isteri perlulah mendidik anak-anaknya dengan didkan Islam dan ini adalah saham yang besar dilakukan oleh isteri walaupun suaminya tak ada pun mendidk anak-anaknya dengan didikan Islam.
Soalan Kelima : Saya ada 1 penyakit..iaitu penyakit susah sangat nak tidur waktu malam..sudah lama saya lalui perkara macam nie..seingat saya dekat 6tahun rasanya..
Jawapan :
TIPS MENGATASI INSOMNIA | PENYAKIT SUSAH TIDUR
Setiap manusia memerlukan waktu tidur kurang lebih sekitar 1/3 waktu hidupnya atau sekitar 6-8 jam sehari. Secara fitrah dan otomatik jika tubuh letih maka kita akan merasa mengantuk sehingga memaksa tubuh kita untuk beristirahat secara fisik dan mental.
Menurut penelitian, orang yang tidur selama 5 sampai 7 jam dalam sehari akan memiliki hidup yang lebih panjang dari pada yang tidurnya hanya memakan waktu kurang dari 5 jam atau lebih dari 8 jam perhari.
Insomnia dapat diertikan sebagai suatu keadaan yang mana seseorang mengalami kesukaran untuk tidur atau tidak dapat tidur dengan nyenyak. Rata-rata setiap orang pernah mengalami insomnia sekali dalam hidupnya. Bahkan ada yang lebih ekstrim menyebutkan 30% – 50% rakyat mengalami insomnia.
Insomnia dapat menyerang semua golongan usia. Meskipun demikian, angka kejadian insomnia akan meningkat seiring dengan bertambahnya usia. Hal ini mungkin disebabkan oleh stress yang sering menghinggapi orang yang berusia lebih tua. Disamping itu, perempuan dikatakan lebih sering menderita insomnia bila dibandingkan laki-laki.
CARA MENGATASI PENYAKIT SUSAH TIDUR
1. Hindari makan dan minum terlalu banyak menjelang tidur. Makanan yang terlalu banyak akan menyebabkan perut menjadi tidak selesa, sementara minum yang terlalu banyak akan menyebabkan anda sering ke tandas untuk buang air kecil. Sudah tentu kedua keadaan ini akan menganggu kenyenyakan tidur anda.
2. Tidurlah dalam lingkungan yang selesa. Saat tidur, matikan lampu, matikan hal-hal yang menimbulan suara, pastikan anda selesa dengan suhu ruangan tidur anda. Jauhkan jam meja dari pandangan anda kerana benda itu dapat membuat anda cemas kerana belum dapat terlelap sementara jarum jam kian larut.malam.
3. Gunakanlah tempat tidur anda khusus untuk tidur. Hal ini akan membantu tubuh anda menyesuaikan diri dengan lingkungan tempat tidur. Saat anda berbaring di tempat tidur, maka akan timbul rangsangan untuk tidur.
4. Tidur dan bangunlah dalam masa waktu yang teratur setiap hari. Waktu tidur yang tidak betul akan mengacaukan waktu tidur anda selanjutnya.
5.Makanlah makanan ringan yang mengandung sedikit karbohidrat menjelang tidur, bila tersedia, tambahkan dengan segelas susu kambing (susu kambing lebih baik dan berhasiat daripada susu lembu).
6. Kurangi minuman yang bersifat stimulan atau yang membuat anda terjaga seperti teh, kopi, air gas dan rokok. Minuman ini akan menyebabkan anda terjaga yang tentu saja tidak anda perlukan bila anda ingin tidur.
7. Mandilah dengan air suam 30 minit atau 1 jam sebelum tidur. Mandi air suam akan menyebabkan efek dan merangsang untuk tidur. Selain itu, mandi air suam juga mengurangi ketengangan tubuh.
8. Berolah raga yang teratur dapat membantu orang yang mengalami masalah dengan tidur. Olah raga sebaiknya dilakukan pada pagi hari dan bukan beberapa minit menjelang tidur. Dengan berolah raga, kesihatan anda menjadi lebih optimal sehingga tubuh dapat melawan stress yang muncul dengan lebih baik.
9. Lakukan aktiviti relaksasi secara rutin. Mendengarkan bacaan al-Quran, melatih pernafasan, dan lain lain akan membantu memperlambat proses yang terjadi dalam tubuh sehingga tubuh anda menjadi lebih santai. Keadaan ini akan mempemudah anda untuk tidur.
10. Hentikan menonton TV atau membaca buku, setidaknya 1 jam sebelum tidur.
11. Setiap malam membaca al-Quran sebelum tidur dan perhatikan tafsirannya. dan berzikir memuji Allah SWT dan beristighfar. Berdoa kepada Allah SWT supaya di berikan ketenangan untuk tidur dengan nyenyak dan di jauhi insomnia . Akhir sekali sebelum tidur amalkan adab-adab tidur sebagaiaman di ajarkan oleh Rasulullah SAW. Itulah beberapa tips mengatasi susah tidur anda. Ingatlah selalu bahawa tidur merupakan keperluan pokok tubuh untuk pertumbuhan dan memperbaiki fungsi organ yang terganggu. Dengan waktu tidur yang cukup, maka kita akan merasa segar ketika bangun pagi dan siap melakukan berbagai aktiviti sepanjang hari dari pagi hingga malam.
Tidur awal sedikit dalam jam 10 malam dan bangun sebelum subuh 5.00 pagi supaya dapat beristighfar, berzikir dan mengerjakan solat tahajud 2 rekaat , solat taubat dan 1 rekaat solat witir.
Credit : Ustaz Makmum Sundari Fb
No comments:
Post a Comment