Resepi Sup Tulang Merah

Bahan-bahan A:
● 2kg tulang gearbox lembu (kambing pun boleh)
● Air secukupnya untuk merebus
● 2 inci halia, diketuk
● 2 batang serai diketuk
● 1 labu bawang putih, diketuk

Bahan-bahan B:
● 1 tin kecil tomato puree
● 4 biji tomato masak
● 4 biji kentang, dibelah 4

bahan2 utk menumis (dikisar lumat)
● 2 labu bawang besar
● 5 ulas bawang putih
● 10 tangkai lada kering
● 2 sudu makan ketumbar
● 1 sudu kecil jntan putih
● 1 sudu kecil jintan manis
● 1 sudu besar lada hitam
● rempah tumis 4 sekawan (kulit kayu manis, pelaga, cengkih dan bunga lawang)
● minyak untuk menumis

Cara-caranya:
1. Campurkan bahan2 A ke dalam periuk dan rebus sampai empuk. Kalau guna dapur gas, lebih kurang 2 - 2 1/2 jam. Kalau guna pressure cooker, lebih kurang 30 minit atau satu jam bergantung pd jenis pressure cooker yang digunakan. Dah empuk, keluarkan dari periuk, asingkan kuahnya. Sejukkan kuah untuk buang lemak yang beku.

2. Dalam periuk lain, tumiskan bahan2 kisar sampai garing dan wangi. Masukkan tomato puree dan tomato masak. Kemudian masukkan tulang gearbox yang telah direbus tadi. Kacau rata, tuangkan air rebusan. Masukkan kentang, tambahkan garam dan serbuk perasa secukup rasa. Renehkan sampai pekat. Kemudian bolehlah dihidangkan dengan nasi atau roti. Semasa menghidang, taburkan daun sup, daun bawang yang dihiris dan juga bawang goreng

Selamat Mencuba!

Kredit video, gambar dan resepi: unknown.

Credit : Resepi Masakan Daging Fb

No comments:

Post a Comment