Mati Kebakaran Adalah Mati Syahid Akhirat.

Mati Kebakaran Adalah Mati Syahid Akhirat.

Dari Jabir bin ‘Atik radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

الشَّهَادَةُ سَبْعٌ سِوَى الْقَتْلِ فِى سَبِيلِ اللَّهِ الْمَطْعُونُ شَهِيدٌ وَالْغَرِقُ شَهِيدٌ وَصَاحِبُ ذَاتِ الْجَنْبِ شَهِيدٌ وَالْمَبْطُونُ شَهِيدٌ وَصَاحِبُ الْحَرِيقِ شَهِيدٌ وَالَّذِى يَمُوتُ تَحْتَ الْهَدْمِ شَهِيدٌ وَالْمَرْأَةُ تَمُوتُ بِجُمْعٍ شَهِيدٌ

“Orang-orang yang mati syahid yang selain terbunuh di jalan Allah ‘azza wa jalla itu ada tujuh orang, yaitu

1. korban wabah adalah syahid;

2. mati tenggelam (ketika melakukan musafir dalam rangka ketaatan) adalah syahid;

3. yang punya luka pada lambung lalu mati, matinya adalah syahid;

4. mati kerana penyakit perut adalah syahid;

5. korban kebakaran adalah syahid;

6. yang mati tertimpa reruntuhan adalah syahid; dan

7. seorang wanita yang meninggal kerana melahirkan (dalam keadaan nifas atau dalam keadaan bayi masih dalam perutnya, pen.) adalah syahid.”

(HR. Abu Daud, no. 3111. Al-Hafizh Abu Thahir mengatakan bahwa sanad hadits ini shahih. Lihat keterangan ‘Aun Al-Ma’bud, 8: 275)

Mereka yang mati hadis di atas adalah syahid di akhirat yang bukan syahid dunia, ia diperlakukan di akhirat kelak sebagaimana orang yang mati syahid dan mendapatkan pahala syahid. Adapun di dunia, jenazahnya tetap dimandikan, dikafankan, disolatkan, dan jenazahnya diperlakukan sebagaimana jenazah kaum Muslimin pada umumnya.

Tragedi  kebakaran yang menimpa Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Kg Datuk Keramat Kuala Lumpur pagi tadi 14.9.2017 melibatkan kematian seramai 25 orang mengikut hadis di atas kesemua mereka akan mendapat mati syahid akhirat. Kedudukan mereka menuntut ilmu juga adalah amalan mulia menuju jalan ke syurga. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ

Maksudnya, “Siapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan mudahkan baginya jalan menuju syurga.” (HR. Muslim, no. 2699).

Kami ucapkan takziah kepada semua keluarga para pelajar tahfiz dan guru-guru yang telah meninggal dunia kerana kebakaran tersebut , banyakkan bersabar , kami doakan semoga semua roh mereka yang terkorban mendapat pahala syahid.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:”Allah berfirman dalam hadis qudsi yang bermaksud,” Tiada balasan bagi seseorang hamba-Ku yang telah Aku ambil kembali kekasihnya, kemudian orang itu mengharapkan pahala daripada-Ku melainkan orang itu akan mendapat balasan syurga.” (Hadis Riwayat Bukhari).

Credit: Abu Basyer Fb

No comments:

Post a Comment