Etika solat terbatal ketika berjemaah

Asslamualaikum,bagaimanakah caranya kita hendak keluar dari saf sembahyang apabila kita telah terbatal kerana brlaku perkara2 yg membatal wuduk,pada waktu itu kita berada disaf tengah sedangkan jemaah penuh.mohon pencerahan.trma kasih

Waalakumussalam jika berada di saf hadapan atau tengah tiba-tiba batal solat kerana keluar angin maka ulama berikan dua pendapat . Pendapat pertama tunggu sampai habis solat baru keluar saf , ambil wuduk dan solat semula. Kedua boleh keluar saf dengan mengikuti beberapa adab untuk keluar saf. Solat: Terbatal solat bagaimana keluar dari jema'ah dan saf?
Suatu pengalaman yang jarang kita temui, tetapi terkadang berlaku adalah terbatal wuduk ketika solat. Oleh yang kemudian kita terpaksa bersurai atau keluar dari saf dan mengambil wuduk semula. Tetapi, yang sering kita perhatikan adalah ramai makmum yang terbatal wuduknya, yakni solatnya, keluar berjalan di hadapan saf atau jemaah lain yang sedang solat.
Kita diberitahu bahawa kita ditegah berjalan di hadapan orang yang bersolat. Tetapi, oleh kerana terbatal wuduk, wajib meninggalkan solat. Jelaslah, kebanyakan makmum tidak tahu etika keluar dari solat.
Hadith berikut menjelaskan bahawa apabila batal solat seseorang yang sedang bersolat berjemaah itu (kerana batal wuduknya), maka hendaklah dia keluar daripada jemaah solat.
Bagaimana nak keluar? Hadith ini menyebutkan caranya. Iaitu pegang hidung dengan tangan kanan, dan keluarlah ke belakang melalui celah-celah jemaah yang berdiri atau duduk.
Janganlah lalu didepan orang-orang atau jemaah yang sedang bersolat. Hadith lain menyebut berdosa seseorang itu lalu dihadapan orang yang solat:
Diriwayatkan hadith daripada Hisham bin ‘Urwat, hadith daripada bapanya, hadith daripada Aisyah (r.ah), hadith daripada Nabi (SAW), telah bersabda Nabi (SAW): ‘Ketika bersolat salah seorang kamu, maka batal (solat), maka memeganglah hidung kamu, kemudian bersurai (diperjelaskan oleh muahadithin keluar daripada jemaah solat dengan cara keluar berjalan di antara (i.e. celah-celah) jemaah dan bukannya di hadapan jemaah atau saf makmum ke rah belakang).’( beri isyarat tangan untuk minta laluan- pen) [Hadith Ibnu Majah]
Terkadang kita bertemu dengan situsi bilamana kita sedang bersolat dalam satu jemaah yang bersolat. Terbatal wuduk kita seumpama terkentut. Maka perlu keluar untuk mengambil wuduk semula. Bagaimana kita hendak keluar? Ramai di antara kita yang tidak tahu peraturan keluar dari makmum atau jemaah solat apabila terbatal wudu’ kita. Hadith di atas menjelaskan perlakuan mengikut as-Sunnah. Iaitu, kita keluar dengan memegang hidung dengan tangan kanan kemudian kita lalui di celah-celah jemaah atau makmum dan bukannya kita berjalan di hadapan makmum atau saf.
[Nota: Adalah menjadi satu kesalahan atau mendapat dosa yang besar berjalan di hadapan orang yang sedang bersolat (mengikut as-Sunnah).]. Tetapi jika solat jumaat terlalu sukar untuk keluar dan tempat wuduk jauh, pendapat ulama lebih baik kita teruskan solat untuk elakkan fitnah, bila solat selesai segera keluar untuk ambil wuduk dan solat zuhur 4 rakaat ( bila sdg solat Jumaat terbatal wuduk)

Credit : Ustaz Makmum Sundari Fb

No comments:

Post a Comment