Hari ni akak masak simple2 jer 😊... singgang tulang... sebelum masak tulang tu, akak basuh menggunakn sedikit tepung gandum dan asam jawa utk menghilangkan bau hanyir/hamis tulang tersebut...
Dan satu lagi petua akak guna utk memastikan tulang cepat empuk, akak letak sudu besi masa merebusnya... Alhamdulillah..tak sampai 1 jam, singgang tulang akak dh siap...
SINGGANG TULANG
Bahan2nya:
Tulang lembu
Air secukup
Bawang besar dihiris
Bawang putih dihiris
Lengkuas diketuk
Serai diketuk
Kunyit hidup dihiris
Asam keping
Sedikit biji ketumbar ditumbuk
Sedikit lada hitam ditumbuk
garam
sedikit gula
Cili padi
(Kuantiti bahan2nya bergantung pd kuantiti tulang...sbb akak main agak2 jer😃)
Cara2nya:
Bersihkan tulang lembu dan toskan.
Masukkan kedalam periuk dan masukkan air.
Air hendaklah melebihi paras tulang.
Rebus hingga daging hampir empuk.
Masukkan bawang besar, bawang putih, lengkuas, serai,kunyit hidup, asam keping, ketumbar dan lada hitam.
Renihkan hingga daging empuk.
Masukkan garam, gula serta cili padi.
Masak lg utk seketika.
Sedia utk dihidangkan.
Credit : Imah Rahman Fb
No comments:
Post a Comment