As'salamualaikum
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَه
Dari Abu Hurairah, bahwa Rasulullah SAW bersabda: "Apabila salah seorang manusia meninggal dunia, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat baginya dan anak solleh yang selalu mendoakannya." (HR Muslim No: 3084) Status: Sahih
Pengajaran:
1. Dunia adalah tempat kita mencari bekalan untuk akhirat.
2. Kematian seseorang bermakna terputus segala amalan untuk bekalannya ke akhirat kecuali tiga perkara yang ditinggalkan semasa hidup:
a. Sedekah jariah
b. Ilmu bermanfaat yang diajar dan diamalkan oleh orang lain
c. Anak solleh yang mendoakannya
3. Carilah bekalan untuk dilaburkan sebagai simpanan tetap antaranya:
a. Bekalan harta: wakaf, sedekah, derma yang akan diperolehi faedah berterusan.
b. Bekalan ilmu: pelajari ilmu bermanfaat untuk diri dan disampaikan kepada orang lain - sama ada melalui syarahan, penulisan, rakaman dan lain-lain.
c. Bekalan zuriat: anak yang dididik menjadi orang solleh yang mendoakan keampunan berterusan.
Marilah kita bersifat RAHMAH dengan menyediakan diri untuk bekalan di akhirat. … perbanyakkan sedekah dan infaq, pelajari ilmu untuk di amalkan dan disampaikan kepada orang lain. Didiklah anak agar menjadi anak yang solleh.
Credit Ustaz Makmum Sundari
No comments:
Post a Comment