Kelebihan Saf Pertama dan Solat Berjemaah Di Masjid

*بسم الله الر حمن الر حيم*
*١ ھري ١ حديث*

04hb Sept  2017
13hb Zulhijjah 1438H

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَوْ يَعْلَمُ النَّاسُ مَا فِي النِّدَاءِ وَالصَّفِّ الْأَوَّلِ ثُمَّ لَمْ يَجِدُوا إِلَّا أَنْ يَسْتَهِمُوا عَلَيْهِ لَاسْتَهَمُوا وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِي التَّهْجِيرِ لَاسْتَبَقُوا إِلَيْهِ وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِي الْعَتَمَةِ وَالصُّبْحِ لَأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا

*Dari Abu Hurairah RA bahwa Rasulullah SAW bersabda: "Seandainya manusia mengetahui (kebaikan) apa yang terdapat pada panggilan solat dan saf pertama lalu mereka tidak dapat meraihnya melainkan dengan mengundi tentulah mereka akan mengundinya. Seandainya mereka mengetahui apa yang terdapat dengan bersegera melaksanakan solat tentulah mereka akan berlomba untuk melakukannya dan seandainya mereka mengetahui apa yang terdapat pada 'Atmah (solat Isya') dan Subuh tentulah mereka akan mendatanginya walaupun dengan cara merangkak".* (HR Bukhari No: 2492) Status: Hadis Sahih

*keterangan*

1.  Jika seorang Muslim itu mengetahui kebaikan yang terdapat pada panggilan solat (azan) dan saf pertama, nescaya mereka akan mengundi untuk mendapatkannya.

2.  Seandainya seorang Muslim itu mengetahui kebaikan yang terdapat dengan bersegera melaksanakan solat, tentulah mereka akan berlumba untuk melakukannya.

3.  Seandainya seorang Muslim itu mengetahui kebaikan yang terdapat pada solat Isya dan Subuh berjemaah di masjid, nescaya mereka akan berusaha mendatanginya walaupun dengan cara merangkak.

4. Bisyr Ibnu Hasan, seorang ahli hadis daripada kalangan generasi salaf mendapat gelaran ash-shaffi kerana sentiasa berada di saf pertama di masjid Basrah selama 50 tahun.

Bersegera menuju masjid apabila masuk waktu solat merupakan salah satu ciri dari semangat seorang muslim untuk melakukan ibadah. Jika waktu solat telah tiba, hendaklah kita bersegera menuju masjid kerana di dalamnya terdapat ganjaran yang amat besar.

*اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد*

*اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد*

*اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد*

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ طِبِّ الْقُلُوْبِ وَدَوَائِهَا. وَعَافِيَةِ اْلأَبْدَانِ وَشِفَائِهَا. وَنُوْرِ اْلأَبْصَارِ وَضِيَائِهَا وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ

رضيت بالله ربا وبالاسلام دينا
وبمحمد صلى الله عليه وسلم نبيا ورسولا

Credit : Cahaya Ilmu Fb

No comments:

Post a Comment