Siapakan Golongan " Tidak Masuk Syurga

1. Orang yang suka menyebut pemberian.

2. Derhaka kepada ibu bapa

3. Peminum arak.

Nabi SAW bersabda.

لا يدخل الجنة منان ولا عاق ولا مدمن خمر

“Tidak masuk syurga orang yang suka menyebut-nyebut pemberian, orang yang derhaka terhadap orang tua, dan pecandu khamr” (HR. Ahmad 11/99, An Nasa-i 5688, dishahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir dalam Takhrij Musnad Ahmad)

4. Orang yang membenarkan sihir.

5. Orang yang memutuskan silaturahim

Nabi SAW bersabda.

لا يدخل الجنة مدمن خمر لا مؤمن بسحر لا قاطع

“Tidak masuk syurga pecandu khamr, tidak juga orang yang membenarkan sihir, tidak juga orang yang memutus silaturahim” (HR. Ibnu Hibban 6271, dihasankan Al Albani dalam Silsilah Ash Shahihah 678)

6. Suami yang dayus ( membiarkan keluarganya melakukan maksiat)

7. Wanita yang menyerupai lelaki.

Nabi SAW bersabda.

ثلاثةٌ لا يَدخلُونَ الجنةَ: العاقُّ لِوالِدَيْهِ ، و الدَّيُّوثُ ، ورَجِلَةُ النِّساءِ

“Tidak masuk syurga orang yang derhaka terhadap orang tuanya, dayyuts (suami yang membiarkan keluarganya bermaksiat), dan wanita yang menyerupai laki-laki” (HR. Al Baihaqi dalam Al Kubra 10/226, Ibnu Khuzaimah dalam At Tauhid 861/2, dishahihkan Al Albani dalam Shahih Al Jami’, 3063)

8. Orang yang jirannya tidak aman dari keburukannya.

Nabi SAW bersabda.

لا يدخل الجنة من لا يأمن جاره بوائقه

“Tidak masuk syurga orang yang tetangganya merasa tidak aman dari keburukannya perilakunya” (HR. Ahmad 14/262, dishahihkan Ahmad Syakir dalam Takhrij Musnad Ahmad)

9. Orang yang membunuh kafir mu' ahhad

Nabi SAW bersabda.

من قتل معاهدا لم يرح رائحة الجنة إن ريحها توجد من مسيرة أربعين عاما

“Barangsiapa membunuh orang kafir mu’ahhad, ia tidak mencium wangi syurga padahal wangi syurga itu tercium dari jarak empat puluh tahun” (HR. Al Bukhari 3166)

10. Suka memukul orang ( samseng)

11. Wanita yang berpakaian tetapi telanjang ( memakai baju dan seluar yang ketat) di kepalanya bersanggul macam punuk unta.

صنفان من أمتي لم أرهما قوم معهم سياط مثل أذناب البقر يضربون بها الناس ونساء كاسيات عاريات مائلات مميلات رؤوسهن مثل أسنمة البخت المائلة لا يدخلون الجنة ولا يجدون ريحها وإن ريحها لتوجد من مسيرة كذا وكذا

“Ada dua golongan dari umatku yang belum pernah aku lihat: (1) suatu kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi yang digunakan untuk memukul orang-orang dan (2) para wanita yang berpakaian tapi telanjang, mereka berlenggak-lenggok, kepala mereka seperti punuk unta yang miring. Mereka itu tidak masuk syurga dan tidak akan mencium wanginya, walaupun wanginya syurga tercium sejauh jarak perjalan sekian dan sekian” (HR. Muslim 2128)

Secara zahir hadits-hadits ini menunjukkan bahawa pelaku dosa-dosa tersebut tidak akan masuk syurga. Kaum Khawarij memahami dari hadits-hadits ini bahawa pelaku dosa besar itu kafir dan kekal di neraka. Ini adalah pemahaman yang menyimpang.

Dalil-Dalil Tidak Kafirnya Pelaku Dosa Besar

Ahlussunnah Wal Jama’ah berkeyakinan bahawa seorang mukmin yang melakukan dosa besar tidaklah kafir selama masih ada iman di hatinya, selama ia tidak mati dalam keadaan musyrik. Ia akan diazab di neraka namun tidak kekal di dalamnya. Diantara dalilnya, firman Allah Ta’ala:

إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya” (Surah An Nisa ayat 48)

Sabda Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam:

لَا يَدْخُلُ النَّارَ أَحَدٌ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ حَبَّةِ خَرْدَلٍ مِنَ إِيمَانٍ

“Tidak akan masuk neraka orang yang masih memiliki iman seberat biji sawi” (HR. Muslim 91)

مَنْ شَهِدَ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ ، حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ النَّارَ

“Barangsiapa bersyahadat ‘Laailaaha Illallah’ dan ‘Muhammad Rasulullah’, Allah mengharamkan neraka baginya” (HR. Al Bukhari 6938, Muslim 29)

من مات وهو يعلمُ أنَّه لا إلهَ إلَّا اللهُ دخل الجنَّةَ

“Barangsiapa mati dalam keadaan mengilmui bahawa tiada sesembahan yang berhak disembah selain Allah, ia masuk syurga” (HR. Muslim 26)

Credit : Ustaz Abu Baster Fb

No comments:

Post a Comment